Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, July 11, 2008

PEMENTASAN TEATER BUKAN DEJAVU







Teater Perdana Bukan Dejavu yang memenangi tempat pertama Sayembara Mengarang (Drama) Sempena 50 Tahun Merdeka yang lalu kini dipertontonkan sekali lagi di Panggung Auditorium Dewan Bahasa Dan Pustaka pada 9 - 13 Julai 2008.

SINOPSIS

NARTI sudah mampu membuka sebuah warung makan untuk teman-temannya. Dia menjual pelbagai jenis sup dan yang paling mendapat permintaan adalah Sup Ekor yang mereka namakan Sup Ekor Setan. Salah seorang pelanggan tetap Narti ialah Leman, seorang posmen yang lurus bendul tetapi sangat jujur dan amanah.

Cerita bermula dengan kegembiraan Nora apabila menerima sepucuk surat daripada anaknya, Norma Hamima yang memberitahu ibunya bahawa dia akan tamat pengajiannya di New Zealand dan akan kembali ke tanah air. Namun berita gembira itu bersalut dengan kerunsingan Nora sekiranya anaknya tahu pekerjaan sebenarnya.

Leman pula kalut dengan masalah teman wanitanya, Jamilah iaitu anak tiri Tahir, seorang ketua gengster di Kelab Karaoke Semarak Hati tempat ibu Norma bekerja. Jamilah mengandung kali kedua angkara perbuatan ayah tirinya selepas kandungan pertamanya gugur akibat ditendang oleh ayah tiriya. Jamilah mahu melahirkan dan membesarkan bayi tersebut. Leman meminta bantuan Narti dan Nora agar membantu Jamilah melahirkan anaknya di rumah mereka.

Yanto dan Pak Jamal merancang untuk mengadakan kenduri aqiqah dengan menyembelih seekor kambing. Tahir mencari Jamilah hingga ke rumah Yanto dan berlakulah pertengkaran antara Parjo dan Wan Dol dengan Tahir. Tahir kemudian menghantar seorang penagih dadah untuk merisik maklumat tentang Jamilah.

Nora menghadapi masalah besar apabila anaknya, Norma Hamima tiba-tiba muncul di rumah sewanya. Norma yang sudah pun mengetahui pekerjaan ibunya telah bertengkar dan mengeluarkan kata-kata pedas hingga menggores hati Nora. Bagaimanapun perselisihan tersebut berakhir apabila Nora bertekad berhenti kerja dan mengajak anaknya pulang ke kampung.

KARYA - Ismail Kassan
PENGARAH - Siti Rohayah Attan

BARISAN PELAKON-

Juhara Ayob / Narti
Shukor Yon / Yanto
Safura Ya'cob / Salmi
Norish Karman & Mardiana Alwi / Nora
Mardiana Alwi & Abby / Norma
Datuk Jalaluddin Hassan / Tahir
Yussak Kassan / Parjo
Aris Othman / Leman
Eyzendy Aziz / Wandol
Maziah Thany / Jamilah
Siti Asmeira / Siti
Rasdi / Pak Jamal

Teater ini sangat menarik untuk ditonton. Ia memaparkan kisah-kisah yang sangat lucu hingga tak kering gusi dibuatnya dan juga kisah sedih yang boleh membuat anda menitiskan air mata.

  • Wangsa Melawati Ticket2U Call Centre: 03-4149 8600
  • Istana Budaya, Jln Tun Razak: 03-4026 5558
  • KL Sentral, Travel Mart: Departure Hall
  • KL Sentral, Holiday Tours: Arrival Hall
  • KLCC, Triways Travel&Tours, 4th Level left wing
  • IKEA, Damansara: Reliance
  • One Utama: Asia Travel Mart
  • Desa Sri Hartamas: Triways Omega Travel & Tours, 2nd Floor Unit 42
  • TTDI, Jln Tun Mohd Fuad: Triways Travel & Tours
  • Mid Valley : Ticket charge
Sokong dan tonton teater kita untuk memartabatkan seni tanah air.

Tayangan dari jam 8.30 pm hingga 11.15 pm
(Tiket boleh didapati terus di pintu masuk panggung)

http://www.bukandejavu.blogspot.com

2 comments:

Anonymous said...

Whoever owns this blog, I would like to say that he has a great idea of choosing a topic.

Anonymous said...

Alla hu akhbar!!!