Results in 24 Hours

Apple Stem Cell Formula

ABANG NI NAKAL TAW !

EXtreme Energy Coffee

Place To Promote Your Product

Make Money Online Today!

Like Heaven

Saufiville

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, October 30, 2012

Pelancaran Rasmi Produk "Extreme Energy Coffee"

Pelancaran Rasmi Produk "Extreme Energy Coffee"


Salam sejahtera, kopi ajaib yang telah membantu merawat pelbagai penyakit yang lama dihidap oleh pelbagai pesakit esok (Rabu) 31 Oktober 2012 akan lancarkan secara rasmi di Dewan Tun Perak Wisma PGRM Cheras pada jam 8.00pm oleh Dato' Raja Ahmad Nizar.

Anda dijemput hadir untuk mengenali dengan lebih dekat lagi produk ini dan mengetahui cara-cara bagaimana untuk menjadi pengedar kopi yang mempunyai permintaan sangat tinggi di pasaran.  Anda boleh buat duit kaw2 dengan produk dan sistem online order yang disediakan.

Jamuan makan disediakan dan datanglah bersama kengkawan ... Untuk tempahan tempat duduk sila hubungi saya di talian 019 368 2323.

Testimoni Extreme Energy Coffee :
Bro Azmi - Sila klik sini Blogger APA 



Link :


Turut dijemput untuk 'Press Conference'



Saturday, October 27, 2012

Sharizat Korban Lembu atau Lembu ?

Sharizat Korban Lembu atau Lembu ?


Apa dah jadi......

 BenarKah banner ini memang macam ni atau ada urang suda edit?

Macam2 adaaaa.....

Tuesday, October 23, 2012

Rahsia Kebahagiaan Suami Isteri

Rahsia Kebahagiaan Suami Isteri


Kebahagiaan rumah tangga merupakan sesuatu yang paling diidamkan oleh setiap Jejaka dan Wanita.  Tetapi ia bukan sekadar kemewahan dan senda gurau.  Malah hubungan kelamin merupakan penyumbang besar untuk kebahagiaan mutlak.

DULU Extremen


SEKARANG Extreme Energy Coffee

Nah ! ambik buktinya .... Lihat tonton video di bawah



Kopi bayek punya bak kata blooger APA

Kata-Kata Ajaib Herman Tino

Kata-Kata Ajaib Herman Tino
Kuala Lumpur-20121023-00341.jpg

Malam tadi kira-kira jam 12 23/10/2012, aku bersama dengan bro Tommy, Halil Chik dan Herman Tino dok minum kopi di DON'S Plaza Damas Hartamas.  Borak-borak kedai kopi sambil rancang untuk perluaskan pasaran produk Extreme Energy Coffee aku ke Indonesia tiba-tiba terpacul dari mulut Herman Tino tentang dunia zaman sekarang.  Ia menarik untuk aku tulis dalam blog aku ni ha... 

Dulu

Sekarang

Kata-katanya berbunyi "Zaman sekarang ni zaman FITNAH, orang yang memandai-mandai duduk di atas, yang pandai terpinggir" . . . Bila renung kata brother Herman ni memang la betulkan ... Dan ini jugalah yang aku nampak berlaku dalam senario politik terutama sewaktu aku aktif dulu dengan UMNO.  Ini jugalah antara aku malas nak berjuang lagi.  Bosan, jemu, jelak, menyampah dan geli aku tengok perangai orang yang memandai-mandai dan tunjuk pandai .. padahal bengap.. Tapi ini lah orang yang BOS suka dan jadikan pencacai utama mereka ... kikiki

Moga-moga orang di luar sana ada keinsafan dan celik semula mata mereka.

Selamat Malam ...

HERMAN TINO - Ojo Kesandung

HALIL CHIK - Joget Bunga Melati

Sunday, October 21, 2012




Pertempuran akhir bagi merebut Piala Malaysia berakhir dengan kemenangan kepada skuad "The Red Warrior" 3 - 2.  Walaupun skuad ATM tewas, pujian harus diberi kepada ATM kepada para barisan pemain dan jurulatih kerana bermain dengan corak yang menghiburkan.

Ini merupakan perlawanan akhir Piala Malaysia yang amat menghiburkan semua peminat bolasepak tempatan.  Di sini kita dapat lihat betapa kuatnya sebuah pasukan bolasepak itu apabila digandingkan dengan pemain otai yang banyak pengalaman seperti Hai O dan Indraputra.  Kepada Rajagobal, boleh lah anda jadikan ini satu pedoman.

Tahniah kepada skuad Kelantan.  

Majulah sukan untuk negara .... 

Thursday, October 18, 2012

Benarkah Pemimpin PR Adalah Penyamun Tarbus?

Benarkah Pemimpin PR Adalah Penyamun Tarbus?
Sumber Blog APA
Benarkah mereka ni penyamun? .... atau bukan sekadar Penyamun, tetapi ada yang diperbodohkan pun tak tau ?... kah kah kah

Sumber video dari blog APA

Untuk kisah lanjut sila klik sini

Benarkah Ramai Ambil Keputusan Tidak Keluar Mengundi Pada PRU 13?

Benarkah Ramai Ambil Keputusan Tidak Keluar Mengundi Pada PRU 13?


Selama beberapa bulan aku suka-suka tanya ramai kawan-kawan tentang politik dan pilihanraya.  Rata-rata ramai yang dah mula rasa bosan dengan senario politik yang kucar-kacir.  Apa yang paling membosankan bagi mereka adalah apabila melihat tukang karut parti politik asik maki hamun, provok, fitnah memfitnah dan mencaci antara satu sama lain.

Dia orang kata, tak tahu nak undi siapa kali ni, nak undi BN dah meluat dengan ramai perangai pemimpin UMNO, nak undi PR pula aku tak suka dengan cara mereka yang banyak cetuskan huru-hara.  Tapi kalau tak buat huru-hara dan tanpa PR, BN pula akan terus tak sedar diri, lupa diri, sombong dan terus angkuh.

Ada pemimpin bila nak tagih sokongan dan undi janji macam-macam, jumpa pun senyum jabat tangan dan ada yang tunduk kepala.  Tapi bila dah dapat apa yang diimpikan, tukar perangai macam penyangak dan sombong.

Kalau nak cakap bab perangai pemimpin politik ni, bagi aku pula tak kiralah parti mana pun mesti ada beruk-beruk yang macam ni.  Tapi takkan kita nak dok rumah tak keluar mengundi pulak kan?

Tapi sebenarnya sikit sebanyak hal-hal macam ni pun kadang-kadang aku pun terlintas malas nak keluar mengundi.  Apa nak jadi ... jadi lah ... Tapi nanti aku pulak tak bertanggung-jawab pada negara.

Mana-mana parti politik sekali pun bila nak menjelang pilihanraya masing-masing dah mula kempen sesama sendiri untuk jadi calon pilihanraya.  Nama pun belum tercalon dah macam kempen pilihanraya, walau satu parti, walau satu bumbung tikam menikam dah bermula... Keji juga politik ni kan?  Lebih mulia beruk-beruk kat dalam zoo tu ha, kalau ada yang gaduh mesti ada otai depa yang kasi lerai.  Ini dalam politik, banyak pulak kaki bakar dan kipas.  Beruk kalau tengok pun depa gelakkan korang tau ...

Nanti kang bila ada orang panggil mangkuk tau pulak marah.  Sebenarnya ini lah yang berlaku apabila perjuangan 100% bukan untuk parti, bangsa dan negara.  Bangsa dan maruah sanggup digadai dan dijual.  Diri sendiri pun sanggup jadi keji.  

Entah la dol ... apa nak jadi la zaman sekarang ni... Makin tak senonoh pejuang dan pemimpin politik, walau tidak semua tapi jumlahnya banyak.  Pemimpin adalah khalifah, tapi kalau dah khalifah perangai macam iblis macam mana ek?  Cer citer cer cite .... 

Ini sajalah bebelan aku hari ini ... Majulah sukan untuk negara .... 


Friday, October 12, 2012

Pejuang MELAYU Yang Kian Pudar

Pejuang MELAYU Yang Kian Pudar

British yang menjajah Tanah Melayu

Negara yang tercinta ini dulu pernah dijajah oleh British.  Kehidupan dizaman penjajah hanya datuk nenek moyang kita yang tahu.  Peninggalan daripada kolonial British dan kesan sejarah dapat dilihat hingga ke hari ini.  


Perairan Selat Melaka yang menjadi laluan setiap kapal-kapal dari serata pelusuh dunia kerana ia merupakan  selat yang selamat dari angin kencang dan Melaka menjadi tempat persinggahan pedagang-pedagang luar.  Di sini jugalah menjadi pusat awal penyebaran agama Islam dan permastautinan rakyat asing.  Portugis, Belanda, China, India, British dan lain-lain.  Tanpa disedari ia telah membuka mata orang luar untuk menjadikan Melaka dan Tanah Melayu sebagai tempat cari makan dan takluk.

Jepun di Tanah Melayu

Tentera Jepun yang menyerang dan membunuh ramai penduduk telah membuatkan British keluar dari Tanah Melayu.  Kesengsaraan penduduk pada ketika itu amat pedih tidak terhingga.  Perasaan takut dan bimbang menjadi teman harian di jiwa.

Komunis

Komunis yang kemudiannya berperang dengan askar Jepun hingga Jepun meninggalkan Tanah Melayu.  Akan tetapi pelbagai kontroversi dalam kisah ini.  Komunis bertindak kejam selepas Jepun dengan mencuri dan membunuh orang-orang yang tidak berdosa di Tanah Melayu.

Gambar sumber internet - 


Tunku Abdul Rahman - Bapa Kemerdekaan

Dato' Onn Jaafar - Pejuang yang TULEN untuk Bangsa.

"Hang Tuah"

Pendekar Melayu

Orang Melayu

Sejarah


Kepala Orang Melayu

Kepala Orang Melayu

Kepala Orang Melayu

KJ, Hebat tapi pastikan anda ikhlas dalam perjuangan dan jangan gadai negara dan bangsa.

Tun Dr Mahathir yang menjadi lagenda pemimpin Melayu yang digeruni dan disegani Dunia.

Bangsa Melayu yang dibenci ketika dahulu, Tetapi dialah juga Melayu yang banyak menaikkan nama Melayu dan negara.  Betul kata Tun, Melayu MUDAH LUPA...

Hari ini, perkataan 'Perjuangan Untuk Bangsa' segalanya nyata dalam bentuk material dan sukar hingga tahap yang mustahil untuk melihat perjuangan Bangsa Melayu semata-mata kerana PRINSIP PERJUANGAN tanpa balasan material.

Terdapat ramai para pemimpin Melayu yang berjuang untuk kepentingan peribadi, samaada untuk kekal bertahta dengan jawatan atau menikam sesama sendiri untuk merampas jawatan yang lebih tinggi.

Melayu Lupa, Leka dan Lalai.  Yang rugi dan musnah kelak hanyalah keturunan dan generasi akan datang.  Memfitnah sana dan sini, siapa yang untung?  Perpecahan Melayu pada hari ini hanyalah akan memudahkan Bangsa Melayu dimusnahkan dan diroboh.  Tiada lagi perpaduan, tiada lagi rasa cintakan bangsa, tiada lagi rasa hormat menghormati, tiada lagi kasih sayang, tiada lagi kepercayaan, tiada lagi pengorbanan, tiada lagi keikhlasan, tiada lagi semangat untuk menaikkan bangsa.  Akhirnya, bentuk baru dalam penjajahan iaitu politik dan ekonomi dapat diambil alih oleh orang lain yang berkemungkinan besar mempunyai talian kuat dan kepentingan Barat dan Yahudi.

Bacalah sejarah dan ingatlah detik-detik sejarah negara kita.  Hanya mengenal sejarah dan perjuangan, mampu menyemai semula semangat perpaduan Bangsa.  

Tanah Melayu

Malaysia

Rusuhan - Adakah ini yang kita mahukan ?

Atau pun seperti foto-foto di bawah:

Open House Raya

Gong Xi Fa Chai

Deepavali

MELAYU mudah LUPA, tetapi MEREKA tak LUPA.

Bangun lah dan jangan sampai dah rebah baru nak Bangun !

Akhir kata Majulah Bangsa, Majulah Negara dan Majulah Rakyat.

Kepada para pemimpin tadak kiralah apa juga parti sekali pun dan bangsa apa sekali pun.  Apabila kamu telah memegang kuasa dan sedang menjadi ketua atau Kerajaan di Negeri mahupun Negara.  Berkhidmatlah dengan HEMAH, JUJUR serta IKHLAS.  Kerana apabila engkau berlaku KEJAM dan ZALIM, doa rakyatMu yang teraniaya ini diterima oleh Allah.

Dan setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah dan manafaat.


Thursday, October 11, 2012

Presiden Gaps, Hamidzun Khairuddin, didakwa salah laku

Presiden Gaps, Hamidzun Khairuddin, didakwa salah laku



Berikutan dakwaan penyelewengan tersebut Hamidzun Khairuddin telah disenarai hitam oleh PKNS.
(FMT) - Presiden Gabungan Anti-Penyelewengan Selangor (Gaps) yang kerapkali membongkar pelbagai dakwaan kononnya berlaku penyelewengan di negeri Selangor kini didakwa pula melakukan penyelewengan.
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Selangor telah menemui beberapa dokumen yang menyatakan bahawa Hamidzun Khairuddin ini pernah melakukan penyelewengan ketika menjadi peguam kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Penyelaras Bersama SAMM Selangor Azhar Achil mendakwa penyelewengan tersebut telah menyebabkan beliau disenarai hitam oleh PKNS.
“Walaupun kononnya Hamidzun telah membayar semula wang selepas itu setelah dipaksa tetapi dari segi profesionalisme guaman ia tetap merupakan suatu kesalahan,” kata Azhar dalam satu kenyataan media.
Beliau selaku penyelaras SAMM Selangor membuat laporan polis di IPD Sabak Bernam semalam ke atas kewujudan dua dokumen yang menyatakan penyelewengan yang dilakukan Hamidzun.
Menurutnya, Hamidzun ialah rakan kongsi dalam syarikat peguam Zamri Ibrahim & Co. yang telah menyeleweng wang ketika menjadi panel peguam PKNS.
“Satu siasatan harus dilakukan dan jika benar perkara ini berlaku beliau seharusnya dilucutkan dari menjadi seorang peguam kerana jelas telah menipu dan dikhuatiri ramai lagi akan tertipu dengan gelaran peguamnya itu,” kata Azhar.

Wednesday, October 10, 2012

Kami Memutuskan Untuk Undi BEBAS?

Kami Memutuskan Untuk Undi BEBAS?


Bagaimana kecewanya mangsa2 kebakaran kedai di Pekan Bangi pada parti2 politik yg sedia ada... Mungkinkah mereka akan undi bebas masa PRU nanti ?

Terpandang dan terbaca daripada facebook https://www.facebook.com/azmiothman, foto di atas merupakan luahan kekecewaan mangsa kebakaran yang telah dijanjikan oleh 'PARTI POLITIK' ?

Walaubagaimana pun saya tidak pasti parti mana .. Akan tetapi saya post artikel ini kerana timbul rasa simpati di dalam sanubari saya terhadap mangsa.

Kepada mereka yang bertanggung-jawab atau yang berwajib atau yang telah membuat janji, sila lah tunaikan janji anda.  Atau anda akan dianggap bacul !


Tuesday, October 9, 2012

Blogger APA Azmi Pulih Cedera Setelah Ditendang Blogger Papagomo

Blogger APA Azmi Pulih Cedera Setelah Ditendang Blogger Papagomo


Rupanya kesan kecederaan akibat menepis tendangan blogger Papagomo makan masa berbulan untuk sembuh.  Ikuti kisah benar dari blogger APA dengan klik sini

Monday, October 8, 2012

The Most Brutal Muay Thai Fighting !

The Most Brutal Muay Thai Fighting !


ROUND 1

ROUND 2

ROUND 3

ROUND 4

Kalau kita kena henjut macam ni beb ..kompom ke Ospital ... hehe
Amacam .... Ada Brannnssss !

Saturday, October 6, 2012

SYURGA DUNIA DI PUNCAK BANJARAN TITIWANGSA

SYURGA DUNIA DI PUNCAK BANJARAN TITIWANGSA


Di ketinggian 1,860 kaki dari aras laut dengan suhu 20 darjah selsius, Saufiville Boutique Resort, Janda Baik Pahang menghidangkan sebuah percutian yang anda pasti terpesona.  

Pintu hadapan masuk ke banglo Saufiville 

Panorama yang anda pasti tidak jumpa di lain tempat

Walau matahari masih menyinar tetapi suhu dingin menyegar percutian anda.

Santai 

Ruang makan yang anda pasti tenang
Setiap sudut memberikan suasana yang menawan kalbu


Ruang santai borak-borak sambil minum kopi


Taman yang subur dengan bunga-bunga yang cantik dan harum




Kolam renang infiniti


Bilik karaoke buluh 





Balkoni 

Bilik mandi juga direka dengan begitu cantik dan menawan




Foto-foto bilik tidur di atas menjanjikan tidur yang lena dan segar di bawah suhu 20 darjah selsius pada waktu malam hari.

Nikmatilah setiap makanan yang sangat enak rasanya di Saufiville.  Semua masakan dimasak sendiri oleh isteri tuan tanah kedaung Saufiville Kak Raja Izrinda.  Sentuhan air tangannya memang tiada perlu anda ragui.  Masakannya sering membuat pelanggan naik ke sini sekadar untuk bersantap gara-gara senario dan rasa.