Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, July 6, 2008

Destination Truth America & PSI Malaysia




























































































Jun 2008 - Destination Truth, merupakan satu team yang menjalankan 'world tour' untuk dokumentari tentang paranormal. 'Team' ini dari Amerika dan mereka telah mengunjungi kami Team PSI (Paranormal Scene Investigation) untuk sesi pengambaran ke tempat-tempat mistik di Tanjong Karang dan Jandabaik.

Destination Truth merupakan sebuah rancangan dokumentari mistik (paranormal) yang ke 2 tertinggi ratingnya di Amerika.

Kini Team PSI (dulu dikenali sebagai Seekers) telah melangkah setapak lagi ke hadapan dengan penghormatan untuk rancangan dokumentari ini. Ia bakal ditayangkan di Amerika dan secara online pada bulan September 2008.

Foto-foto di atas - masjid lama di Tanjong Karang yang telah ditinggalkan hampir 40 tahun dan kawasan tanah perkuburan di sekitar masjid. Menurut cerita bekas imam masjid itu serta nazirnya, di kawasan sekitarnya terdapat pelbagai aktiviti paranormal. Ada yang pernah melihat hantu bungkus, pontianak dan lembaga hitam.

Diwaktu pengambaran yang kami jalankan, ahli 'Team Destination Truth' bergilir seorang demi seorang duduk di dalam masjid bermula dari jam 12 malam hingga 4 pagi. George Gate (commentar) juga tidak melepaskan peluang.

Memang wujud aktiviti paranormal di sana, apa tidaknya.. 4 orang ahli Team Destination Truth tak tahan hampir nak melarikan diri dari lokasi pengambaran.

Setelah pengambaran selesai kami membuat 'preview' pada kesemua 50 tape yang digunakan, memang ada beberapa objek asing (paranormal) berjaya dirakamkan, antaranya lembaga hitam yang bergerak mengelilingi orang yang sedang duduk seorang diri di dalam masjid. Saya cuba mendapatkannya untuk ditontonkan, tapi Casey, penerbitnya tidak izinkan kerana mereka belum tayangkan lagi di kaca tv Amerika.

Sebelum ini, Team PSI pernah membuat rakaman dengan pasukan pengkaji paranormal dari Jerman, Jepun dan Singapura.

7 comments:

Anonymous said...

wa caya lu...tak sangka gak ko ada kebolehan lain yer...kalau ko ada masa ko call la kawan ko tu suruh buat pengambaran kat bhg kapor ni..banyak gak antu2 politik yg tgh berlegar mencari tuan(sebb xde duit nak kempen)..leh gak kasi tgk kat omputih tu antu politik malaysia cam ne...hehehe.... pasti malatop bah

zelmey said...

sabo je !!
hehe

Anonymous said...

br je tgk episod ni td kat channel scifi yg boleh ditonton live kat website tvu. skrg ni tgh marathon episod2 destination truth.mmg ada entiti yg dimaksudkan. ada bayang hitam yg misteri kat seorang lelaki omputih tu dan team member dia yg lain kat luar nampak lembaga misteri kat kubur situ. bertempiaran lari diorg semua.

Anonymous said...

weeii, ada x yg tahu website PSI msia skrg?? or wujud ke x??

Amkey International Team said...

Buat masa ni berehat dulu .... tungguuuuu !!!!

Sedang buat projek senyap ... hehe

Marhaen Dictionary said...

salam, team PSI malaysia berminat tak nak buat pameran paranormal di mana2? kami berminat nak bekerjasama dengan mana2 pasukan mencari entiti dan paranormal yg berminat nak buat pameran ala2 muzium hantu tu. tapi kat universiti lah. kalau minat tolong email saya dekat cidatka@gmail.com
RSVP. i mean it!

Anonymous said...

PSI malaysia xde ke nk recruit ahli bru? kalo ade, bole la nk join study bnde2 ni... :D