Results in 24 Hours

Apple Stem Cell Formula

ABANG NI NAKAL TAW !

EXtreme Energy Coffee

Place To Promote Your Product

Make Money Online Today!

Like Heaven

Saufiville

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, October 21, 2013

Tergamak Pijak Bendera Negara Sendiri

Tergamak Pijak Bendera Negara Sendiri

Tukar Tiub

Tak tau apa nak cakap dengan mamat blogger ni.... Tak suka kerajaan tu hak masing-masing lah.  Tapi hang dok megah sangat buh gambar kaki pijak bendera tanah tumpah darah dan negara tempat hang beranak tu kan tak bagus.

Lu orang pi la tengok sendiri.  Tak tau la kalau lepas ni tiba-tiba dia remove foto tu.  Klik sini  TUKAR TIUB...

Sunday, October 20, 2013

Keputusan Rasmi Pemilihan UMNO 2013 -Naib Presiden



Keputusan Rasmi Pemilihan UMNO 2013 - Naib Presiden

1. Dato' Ahmad Zahid Hamdi.                 185 Bahagian
2. Dato' Shafie Afdal.                                 174 Bahagian
3. Dato' Hishamuddin Tun Hussien.      100 Bahagian
4. Dato' Mukhriz Tun Mahathir.               91 Bahagian
5. Dato' Ali Rustam.                                        7 Bahagian
6. Dato' Isa Samad.                                         7 Bahagian

Tahniah kepada yang menang.

Sunday, October 13, 2013

Khairi Jamaluddin Memang Wajar Jadi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

Khairi Jamaluddin Memang Wajar Jadi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia



Kalau nak jadi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia memang kena tegas, berani, lantang, gagah, bijak, pintar, tak takut dengan apa-apa, disukai angkatan Pemuda seluruh negara dan 'friendly'.  Dari dulu lagi aku perhatikan KJ yang dibenci oleh ramai otai UMNO.  KJ dituduh dan ditomah dengan perbagai tuduhan, termasuklah ada yang kata dia ni agen Amerika, agen Anwar, ada muslihat di sebalik rencana bersama UMNO dan macam-macam lagi.  Ya lah, takkan nak KP UMNO pondan pulak.  Cuba bezakan antara KJ dengan Hishamudin dulu, kan terlalu banyak bezanya.

Si mamat-mamat otai dalam UMNO memang rasa tak senang hati dan macam duduk dalam kuali panas bila tengok populariti KJ.  Tu sebab depa mengelabah puyuh.  

Walaupun KJ tak kenai aku, tapi aku suka dia.  KJ sangat berilmu dan bijak bila mengendalikan apa jua perkara dan isu, termasuklah debat sewaktu dengan Ambiga dan Rafizi yang lalu.

Undi hampir semua bahagian dan akar umbi membuktikan KJ disukai dan disenangi warga Pemuda.  Kalau sang otai UMNO tak suka, jawapannya senang, pigi jalan daaaaaa..... Lu dah tua tu buat cara tua, jangan nak dok sibuk bikin onar dan fitnah Pemuda yang ibarat PERMATA yang HILANG kini MUNCUL kembali.

Memang depa suka budak Pemuda baru yang dungu.  Kerana itulah UMNO jadi LEMAH dan LONGLAI. Kini nafas UMNO kian lancar.  Moga terus gemilang dan perkasa.

Selamat Berhimpun, Selamat Memikul tanggung jawab kepada yang menang.  Yang kalah jangan nak tunjuk boikot, tolong jadi matang dan ikhlas serta jujur kepada parti.  Kalau tak suka, PAS, PKR dan DAP sentiasa terbuka nak terima LOSER.




Tuesday, October 1, 2013

Calon-Calon Pilihanku

Calon-Calon Pilihanku

PEMILIHAN DI PERHIMPUNAN AGONG UMNO pada kali ini nampak lebih meriah dan berdaya saing.  Keterbukaan dengan konsep kebebasan bersuara dan menjadi pemimpin adalah amalan dan budaya UMNO.  Kematangan kini nampak lebih sopan dan bergaya.  Syabas UMNO ..

Foto-foto di bawah yang aku paparkan merupakan para pemimpin yang aku suka sahaja untuk aku promote.  Yang takda gambar tu jangan marah ya .... Tahniah saya ucapkan kepada Yang Bhg Dato' Hj Abdul Rahman bin Hj Palil, bekas Ketua UMNO Bahagian Kapar (bekas KB aku daaaa) yang telah menawarkan diri sebagai Calon Timbalan Pengerusi Tetap UMNO Malaysia.  Bos memang layak untuk menawarkan diri, berkebolehan, berkemampuan yang paling penting, besar pengalaman untuk menggalas jawatan ini.  Semoga mendapat kemenangan.  Syabas sekali lagi Dato' yang telah memberi laluan kepada para pelapis yang selama ini Dato' Rahman telah lahirkan di UMNO Bahagian Kapar untuk menggalas jawatan Ketua UMNO Bahagian.  Satu sikap matang yang terpuji dan harus dicontohi oleh para pemimpin UMNO.




Zahid Hamidi kini amat dikenali sebagai seorang pemimpin yang berani dan amat tegas.  Semenjak menjadi Menteri di KDN ini, barulah nampak fungsi KDN dan kuasa KDN.  Syabas Dato',  semoga para perwakilan mampu menilai dengan begitu baik.  



Mukhriz Mahathir pula calon yang boleh dianggap 'favorite' untuk menang.  Walaubagaimana pun ramalan saya Mukhriz akan menjadi TOP 2 selepas Zahid dan Shafie Apdal TOP 3.  Mukhriz sememangnya harus menjadi Naib Presiden kerana dengan gabungan anak muda dan senior, ia mengimbangi UMNO khasnya.


UMNO perlukan sokongan rakyat Sabah, khususnya untuk kekuatan parti Barisan Nasional.  Jadi calon ini sudah pasti akan diberi sokongan yang padu.  

ajk

Bagi jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Razali Husain bakal meniup angin baru kepada UMNO bahawa calon rakyat marhaen yang juga Ketua UMNO Cawangan di salah satu cawangan di Bukit Antarabangsa, Ampang ini berpeluang untuk menang.  Harapan beliau adalah untuk memberikan kerjasama dan memperkukuhkan UMNO di kalangan ahli-ahlinya dari peringkat tertinggi hingga yang terendah.  Selain itu juga beliau bertekad untuk memperkasakan UMNO dari setiap sudut.


Biar ramai orang dan banyak mulut kata buruk tentang Khairi Jamaludin, tetapi bagi aku,  KJ merupakan hadiah istimewa kepada UMNO.  Beliau memiliki idea, cara, inovatif, kreatif, berani dan pintar dari banyak aspek sehinggakan nama KJ boleh menjadi masalah kepada parti Pakatan Rakyat.  "Humble, Low Profile and Friendly" adalah cara pembawakan Khairi yang para Pemuda dan Belia dahagakan.  Teruskan perjuangan dan Khairi Jamaludin tiada sebab untuk dikalahkan, melainkan ada pencabar yang lebih baik dari beliau.

Selamat Bersidang, Selamat Berhimpun dan Selamat Dunia Akhirat.





RASUAH! Betul ke ni?

RASUAH! Betul ke ni?



Shahidan KassimKUALA LUMPUR - Malaysia antara negara terbersih daripada perbuatan rasuah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Shahidan menafikan dakwaan Malaysia sebuah negara yang kerap mengamalkan rasuah dan menegaskan dakwaan tersebut tidak wajar dikeluarkan kerana akan memberi kesan kepada pihak lain.

Beliau berkata, Malaysia juga mempunyai sebuah agensi memerangi rasuah yang terbaik di dunia iaitu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Malaysia adalah kerajaan yang paling telus, adil dan bijaksana," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, semalam.

Beliau berkata demikian  ketika mengulas mengenai kajian dibuat Ernst & Young yang menyenaraikan Malaysia sebagai salah sebuah negara yang kerap mengamalkan rasuah.

Beberapa hari lalu, sebuah portal berita melaporkan hasil kajian tersebut dengan menyatakan rakyat Malaysia gemar mengambil jalan pintas bagi mencapai sesuatu sasaran sewaktu dalam kegawatan ekonomi.

Laporan tersebut juga menyenaraikan Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (Pemandu) gagal dalam menjalankan peranannya untuk mentransformasikan bidang ekonomi negara.

Menurut Shahidan, mana-mana pihak yang ingin menyatakan pandangan harus mempunyai fakta yang tepat supaya tidak mengelirukan penerima maklumat.