Results in 24 Hours

Apple Stem Cell Formula

ABANG NI NAKAL TAW !

EXtreme Energy Coffee

Place To Promote Your Product

Make Money Online Today!

Like Heaven

Saufiville

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, June 27, 2013

Jawatan Kosong Untuk Website Designer Di Kuala Lumpur

Jawatan Kosong Untuk Website Designer Di Kuala Lumpur


Jawatan kosong bagi pereka laman web di Kuala Lumpur.  Kerja sepenuh masa.  Sekiranya anda berminat sila hubungi nombor ini 019 368 2323.

Terima kasih

Monday, June 24, 2013

Najib Razak dan Anwar Ibrahim Bergurau Senda

Najib Razak dan Anwar Ibrahim Bergurau Senda

Najib: Cover dengan tangan.  Anwar pula dah genggam dengan tangan.  
(Sekadar gurau usik mengusik)

Kadang-kadang bila kita dok tengok kalut malut politik negara naik poning kopalo dibueknyo.  Sana perhimpunan, sini merusuh, situ membalun, sinin gelak ketawa.  Tak penat ke rasa buat macam-macam perhimpunan?  Sampai tidur pun tak tentu tempat.  Dalam masa yang sama kita tak tau apa saja yang depa berdua tu dok gelak ketawa.  Makan pun semeja ...




Amboi-amboi


Ini lah dia permainan politik.  Yang dok di bawah berpolitik macam nak ajak perang dunia.  Tapi depa para pemimpin bila tiba masa tertentu dok makan minum semeja dan bergurau senda.  

Mudah saja, ambil ikhtibar.  Tak payah nak sakan sangat dengan politik.  Tak payah nak berpolitik sepenuh masa mengalahkan ahli parlimen dan wakil rakyat.  Hangpa semua tu dok ada kerja dan tanggung-jawab pada keluarga.  Tu yang lebih penting. .... Kan?

Akhir kata, sayangilah negara dan seluruh bangsa yang ada di bumi bertuah ini.


Wednesday, June 5, 2013

Pendaki Gunung Everest Malaysia Maut dan Seorang Kritikal

Pendaki Gunung Everest Malaysia Maut dan Seorang Kritikal

pendaki malaysia maut di everest 2013 pendaki malaysia shahrulnizam maut di gunung everest

Seorang peserta Ekspedisi Mendaki Gunung Kala Patthar dan Everest Base Camp Perbadanan Putrajaya (PPj) dilaporkan meninggal dunia manakala seorang lagi kritikal akibat penyakit akut ketinggian (AMS) ketika mengikuti misi itu di Nepal menurut laporan yang disiarkan media.  Mangsa yang meninggal dunia ialah Mohammad Shahrulnizam Ahmad Nazari berusia 25 tahun yang merupakan Penolong Jurutera PPj manakala seorang lagi pendaki, Mohd. Yazrul Ekhzan Yahya dilaporkan dalam situasi kritikal Dalam pada itu, turut dilaporkan cuaca buruk di sana telah mengendalakan misi menyelamat dua pendaki Malaysia itu.

Ekpedisi yang bermula pada 27 Mei lalu, disertai 14 pendaki (11 lelaki dan tiga wanita) mewakili Kelab Rekreasi Sukan dan Kebajikan PPJ.Menurut perkembangan semasa yang dilaporkan, sehingga kini pihak PPj belum dapat kepastian bila jenazah akan dapat dibawa keluar dari Phericihe ke Kathmandu.
Pun begitu usaha sedang dilakukan bagi memastikan jenazah dapat diterbangkan ke tanah air secepat mungkin.
Susulan kejadian itu, kesemua pendaki telah membatalkan rancangan ke kem pangkalan Gunung Everest dan kini berada di Lobuche, dalam keadaan stabil dan selamat.
Kumpulan ekspedisi berkenaan dijangka pulang ke tanahair pada 10 Jun.