Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, July 1, 2008

Majlis Jamuan Terima Kasih Pilihanraya DUN Meru

28 Jun 2008 - Meru Klang

Satu jamuan makan malam bersama jentera-jentera pilihanraya umum DUN Meru yang lalu telah diadakan di Kolam Habib anjuran calon ADUN Hj Md Ghazali bin Hj Md Amin. Ini sebagai tanda terima kasih beliau yang tidak terhingga kepada kesemua jentera yang telah bertungkus-lumus untuk memastikan kemenangannya sebagai calon BN pada pilihanraya yang lalu. Tapi apa daya, kemenangan memihak kepada PAS. Kalah tidak bererti tewas.

Dalam ucapannya, beliau memberitahu kepada tetamu yang hadir bahawa beliau sebagai Pegawai Khas kepada Menteri Kemajuan Luar Bandar & Wilayah akan sedaya upaya membantu penduduk kampung yang berminat dalam perusahan kecil di kampung, sebagai contoh, perusahaan kerepek, pertanian dan sebagainya. Ini kerana di kementeriannya terdapat beberapa bentuk bantuan untuk peniaga-peniaga luar bandar.

Pada malam itu terdapat kira-kira 200 orang telah hadir. Ia tanda sokongan kepada parti Barisan Nasional dan kesetiaan mereka kepada parti. Jika kita lihat pada malam itu, kesemua yang hadir benar-benar bersemangat untuk menghadapi pilihanraya yang akan datang dengan dendam untuk merampas kembali kerusi BN dari PAS di Meru.

Semoga pada pilihanraya akan datang akan memberi kemenangan kepada BN. Tetapi hendaklah dipastikan gerak kerja akan lebih kemas dan terperinci..

1 comments:

Anonymous said...

aik... kempen bos nampak