Results in 24 Hours

Apple Stem Cell Formula

ABANG NI NAKAL TAW !

EXtreme Energy Coffee

Place To Promote Your Product

Make Money Online Today!

Like Heaven

Saufiville

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, March 24, 2009

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO





PERHIMPUNAN AGUNG UMNO

Selamat bersidang saya ucapkan kepada seluruh perwakilan UMNO. Bersidang dengan matang, ikhlas demi agama, bangsa dan negara.

Pilihlah pemimpin yang benar-benar layak memimpin dan mampu memberi kegemilangan kepada negara khususnya.

UMNO mempunyai bangunan yang tinggi, oleh itu fikiran serta inovasi dan integriti juga harus tinggi. Tak guna jadi perwakilan atau pemimpin jika sifat ibarat anai-anai yang merosakkan dalaman parti.

Sayangilah agama, bangsa serta negara mu !!

Salam hormat

Zelmey Yusof

Tuesday, March 10, 2009

PETUA BONDA untuk Lelaki & Wanita


PETUA BONDA untuk Lelaki & Wanita

Berita baik untuk anda yang mengalami masalah seksual (lelaki & wanita)

Kini, bonda tampil lagi dengan kepakaran beliau secara traditional yang telah banyak membuktikan kepada ribuan pesakitnya.

Sila layari http://www.petuabonda.blogspot.com

atau terus hubungi bonda di talian 0129724661 & email- petuabonda@gmail.com

Jerat bomoh temberang

Jerat bomoh temberang
Kosmo - 1-3-2009
Oleh AMREE AHMAD
Ramai diperdaya pelbagai rahsia penipuan bomoh palsu.


RAMAI rakyat Malaysia masih mempercayai bomoh walaupun 95 peratus daripada mereka dikatakan bomoh palsu. - Gambar hiasan

SABAN malam, Mbah (nama panggilan popular) tidak 'menang tangan' apabila terpaksa melayan puluhan pelanggan yang datang untuk berubat. Teratak buruknya di Kampung Janda Baik, Pahang sudah umpama sebuah klinik kesihatan desa.

Biarpun bomoh berasal dari Batam, Indonesia itu bergigi rongak, pelanggannya tidak jemu-jemu menunggu giliran. Mereka datang dengan aneka hajat daripada merawat sakit, mencari jodoh, tangkal pelaris hinggalah kepada mendapatkan nombor ekor judi.

Namun di sebalik kehebatan Mbah yang tidak berpelajaran tinggi, ramai yang tidak menyedari bahawa mereka telah ditipu hidup-hidup. Apa tidaknya, segala macam rawatan yang dilakukan sebenarnya adalah palsu. Kaedah rawatan itu boleh dipelajari sesiapa sahaja.

Sinopsis tipikal yang dipaparkan itu adalah antara beberapa babak menarik yang disiarkan program Hipotesis menerusi Channel 99 Debar. Penonton dapat mengikutinya secara eksklusif hanya melalui siaran televisyen Internet terbaru Hypp.TV.

Realitinya ada ribuan 'Mbah' atau bomoh palsu di negara kita. Malangnya, bomoh temberang seperti 'Mbah' masih lagi dipercayai oleh sesetengah orang.

"Secara kasar dianggarkan 95 peratus daripada bomoh atau pawang atau dukun di Malaysia hari ini adalah palsu. Lebih teruk, ada yang tergamak mencabul atau memperkosa wanita yang menjadi pelanggan mereka," kata Syed Abdullah Hussien.

Mengetuai pasukan penyelidik paranormal terkenal, PSI Seeker, Syed Abdullah mengakui ada juga bomoh tulen tetapi bilangannya tidak ramai. Bahkan bomoh asli kurang dikenali kerana mereka tidak gemar mencari publisiti atau membangga diri.

Mahir rawat tulang patah

Pada umumnya bomoh ‘betul’ cuma mengkhusus kepada satu jenis perkhidmatan. Misalnya, jika mahir dalam merawat tulang patah, itulah sahaja yang dia tahu. Ironinya bomoh palsu mendakwa diri mereka pakar dalam serba-serbi.

“Sejak usia 20-an saya sudah berkawan dengan ratusan bomoh tradisional di seluruh Malaysia sehingga mereka meninggal dunia. Nyata ada banyak perbezaan antara mereka dengan bomoh moden yang muncul akhir-akhir ini,” kata Syed Abdullah mengimbau pengalamannya.

Katanya, bomoh zaman dulu didapati suka berdamping dengan dua atau tiga jin sebagai pembantu. Mereka hidup sederhana dan ada juga yang miskin. Bomoh zaman dulu berbeza dengan bomoh sekarang yang tinggal di banglo dan memandu kereta mewah.


TELUR merupakan alat perbomohan paling lazim di negara ini.

Lebih pelik, bomoh moden yang kononnya mampu mengubat pelbagai jenis penyakit itu mengenakan bayaran untuk rawatan. Malah untuk membuat temu janji pun ada caj tersendiri dan pesakit perlu datang berkali-kali bagi sesi rawatan tertentu.

“Walhal seingat saya pada tahun 1960-an, pesakit yang datang berjumpa bomoh sekali sahaja sudah sembuh. Bayarannya pula cuma memberi sekuntum bunga bagi pesakit perempuan atau sebiji buah berongga jika pelanggannya lelaki,” jelas Syed Abdullah.

Tidak hairanlah bomoh dulu cukup disegani tetapi mereka masih merendah diri.

Syed Abdullah pernah bertemu bomoh yang mampu menjadikan keris berdiri dan terbang tetapi pada zahirnya penampilan bomoh itu seperti orang kebanyakan.

Sambil menyifatkan bomoh moden sebagai tidak ubah bomoh dalam filem komedi Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, beliau kesal kerana kerjaya bomoh kini tidak lagi dihormati.

“Sesiapa saja boleh menjadi bomoh asalkan tahu pelbagai teknik helah ala silap mata.

“Ini menyebabkan masyarakat tidak percaya untuk berjumpa bomoh kerana bimbang ditipu atau lebih malang menjadi mangsa jenayah seksual. Padahal kita masih ada bomoh jujur yang sedia membantu tanpa mengharapkan apa-apa balasan,” tegasnya.


Saturday, March 7, 2009

BENARKAH ORANG MELAYU DIPERALAT MENENTANG BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH??

BENARKAH ORANG MELAYU DIPERALAT MENENTANG BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH??


Adakah sekolah kebangsaan harus ketinggalan berbanding sekolah swasta?


Tidakkah anda berasa bangga orang Melayu boleh duduk semeja dengan ahli korporat dari negara luar?

Benarkah orang Melayu telah diperalat dan dihasut secara halus oleh kaum lain kerana tidak mahu orang Melayu maju??

Sebahagian anak-anak melayu yang menuntut di OXFORD CENTRE FOR LEADERSHIP UNITED KINGDOM

Orang Melayu kuat dan lantang membuat demonstrasi menentang bahasa Inggeris, di manakah bangsa atau kaum lain??


Benarkah kaum atau bangsa lain lebih ramai menghantar anak mereka ke sekolah berbahasa Inggeris berbanding Melayu dan kenapa?

Adakah orang Melayu masih lagi tidak sedar atau pun sememangnya tidak dapat menggunakan akal fikiran mereka??

Fikir-fikirkanlah wahai bangsa ku. Orang-orang yang berjaya dan hebat hingga dihormati di mata dunia semuanya fasih berbahasa Inggeris walaupun mereka BANGSA MELAYU...

Sedarlah wahai bangsa ku, jangan duduk di bawah gelas kaca lagi dengan hanya melihat kemajuan sekeliling tetapi tidak mahu keluar dari gelas kaca itu........

Tak cukup-cukup dijajah .... dulu dijajah Jepun, sekarang dijajah ilmu .... Apa nak jadi lah dengan orang Melayu ni?

Jangan kerana kebodohan mak bapak, anak-anak tak boleh maju ....
Bagaimana pula dengan nasib anak-anak ini sekiranya tidak boleh bertutur dalam bahasa antarabangsa pabila mereka dewasa nanti?

RUKUN NEGARA


RUKUN NEGARA
Tetapi ke manakah perginya kelima-lima rukun negara yang tertanam di dalam hati sanubari rakyat Malaysia.

Dengan lantang dan berani memperlekehkannya.

Benarkah rakyat telah tiada pegangan kepada prinsip rukun negara?

Sebagai rakyat Malaysia, dari kelima-lima prinsip rukun negara ini, berapa prinsipkah yang tinggal atau yang anda bawa dalam kehidupan anda di negara tercinta Malaysia ini?

Tuesday, March 3, 2009

BENARKAH KARPAL SINGH BIADAB??




BENARKAH KARPAL SINGH BIADAB??

Salam saudara pembaca.... dah lama saya tak tulis artikel tentang politik dan isu-isu semasa .. Hari ini saya amat berminat untuk menyentuh perihal Karpal Singh.
Mula-mula si Tiger ni tampil hangat dengan menghina Raja atau Sultan.

Wow !! sekarang ni dia dengan sempoi berkata "Celaka Pemuda UMNO" di dalam Parlimen.
Apa nak jadi dengan mamat ni?

Apa pula nak jadi atau yang akan jadi pada Pemuda UMNO? Diam diri atau bertindak?

Benarkah Maruah Bangsa kian pudar dan calar. ?????

Monday, March 2, 2009

KAYANYA BUMI MALAYSIA



KAYANYA BUMI MALAYSIA

Salam. Diwaktu ekonomi dunia dalam kekalutan, kita rakyat Malaysia sangatlah bertuah kerana negara yang banyak sumber hasil bumi ini masih terus berdiri gagah dengan bangganya.

Satu seminar di Port Dickson yang baru sahaja saya sertai, Mr Michelle dari Canada memberitahu betapa beruntung rakyat Malaysia kerana negara ini mempunyai hasil bumi serta banyak peluang untuk diambil bagi menjana ekonomi masing-masing.

Beliau berkata "Tapi sayangnya rakyat Malaysia khususnya Bangsa Melayu sering berfikiran negatif terhadap peluang-peluang baru, takut dengan risiko, dan tidak pantas mengambil peluang.

Itu menyebabkan banyak peluang keemasan berjaya dirampas oleh bangsa lain dan juga rakyat dari negara luar.

Apakah yang anda dapat selami dari kenyataan ini?