Results in 24 Hours

Apple Stem Cell Formula

ABANG NI NAKAL TAW !

EXtreme Energy Coffee

Place To Promote Your Product

Make Money Online Today!

Like Heaven

Saufiville

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, July 31, 2012

PRU & BLOGGER

PRU & BLOGGER


Sudah pasti Pilihanraya UMUM ke 13 ini akan menjadi medan tempur yang paling sengit dalam sejarah pilihanraya Malaysia. Fenomena hebat yang sering menghantui setiap parti sering berlaku antara yang terbaru di Sabah di mana Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengumumkan perletakan jawatan Datuk Seri Lajim Akim di dalam jawatan UMNO dan Barisan Nasional.

Siapa lagi selepas ini, BN ke PR dan PR ke BN? Ini senario biasa di dalam politik di mana-mana negara sekali pun. Semakin hampir pilihanraya, semakin banyak isu dan propaganda terjadi sebagai strategik dan perang psikologi untuk memenangi pilihanraya atau lebih tepat lagi "mengelirukan pengundi".

Bakal calon tidak kurang hebat berperang sesama sendiri dengan pelbagai cara untuk mendapat tempat dan tercalon sebagai calon ADUN atau PARLIMEN. Ini merupakan Perang sebelum Perang. Apa yang pasti terjadi sebelum berperang dengan musuh masing-masing, mereka telah mencipta musuh di kalangan keluarga sendiri ataupun di kalangan tentera perang sendiri. Dan berlakulah permusuhan di dalam rumah sendiri. Permusuhan ini hendaklah dijadikan sebagai perang sihat yang tidak merugikan parti masing-masing.




Apa yang penting kita tidak mahu negara kita jadi seperti foto-foto di atas.

Kini BLOG sudah menjadi salah satu medium atau tentera atau jentera yang sangat penting bagi setiap parti politik. Peranan blogger tidak boleh dinafikan oleh para pemimpin kerana si blogger mampu menghentak, menaikkan dan menjatuhkan kredibility mahupun maruah seseorang pemimpin itu.

Kita lihat betapa besarnya KESAN kepada pemimpin mahupun parti apabila dicincang atau dicanang oleh sang blogger. Sebagai contoh sila klik link di bawah:



Dan banyak lagi ....

Apa yang penting, pembaca juga harus bijak menilai dan berfikir apabila membaca dan penulis blog juga harus jujur dan ikhlas dalam penulisan. Kepada para peminpin, anda WAJIB menghargai puak-puak BLOGGER kerana sumbangan kepada anda semua tersangat BESAR.

Jika anda semua tidak tahu menilai golongan blogger ini semua, ANDA boleh diklasifikasikan sebagai HARAM JADAH! ... Kepada geng blogger, salah tak gua guna perkataan HJ tu? hehe

Selamat Memblogging dan Selamat Hari Raya serta Selamat Pilihanraya ...

Rakyat Pintar, Negara Aman dan Maju.

Pemimpin Paidai, Rakyat Bodoh masih banyak sekolah untuk diberi ilmu. Tetapi kalau Pemimpin Bodoh, Negara Hancur.

Sekian ...












Monday, July 30, 2012

Timbalan Menteri Kabinet keluar Umno & Mahu Tukar Sabah!


Datuk Seri Lajim Akim - Bekas Menteri Perumahan & Kerajaan Tempatan?
Juga Bekas Majlis Tertinggi Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan pengerusi Barisan Nasional (BN) Beaufort yang meletakkan jawatan berkuat kuasa serta-merta.

Beliau menegaskan bahawa telah bosan diperalatkan oleh UMNO, BN kepada rakyat Sabah dan menganggap rakyat Sabah tertipu. Tidak kurang dari itu beliau menyifatkan dan menyatakan kepada penyokongnya bahawa rakyat Sabah selama ini telah dibuli oleh UMNO, BN kerana selama ini menyifatkan pengundi Sabah sebagai 'Deposit Tetap' untuk BN.

Satu lagi tamparan KUAT kepada Kerajaan. Apa yang sebenarnya terjadi? Adakah ia satu fenomena besar yang memeningkan kepala Najib Razak kerana BN akan hilang jumlah undi yang besar? Atau pun ada 'Future Game'?

AKU DAH BOSAN





Blogger APA Gua Salut Sama Lu

Blogger APA Gua Salut Sama Lu


The Ranking !


Perbandingan dengan lain Blogger.

Setelah gua baca artikel ini, ia mencuit otak kita untuk berfikir tentang peranan dan motif menjadi blogger. Sama ada syok sendiri atau menjadi blogger yang berinformatif.

Ini membuktikan Blog APA benar-benar blog yang berjaya menjadi laman blog yang menjadi tumpuan para pembaca.

Lu fikir sendiri lah !

Kamal Hisham Peguam dot dot dot

Kamal Hisham Peguam dot dot dot

Delusi Kamal Hisham

Peguam Kamal Hisham yang memulakan cetusan kontroversi yang terhebat di negara kita yang menyebabkan Uncleseekers terlepak di lokap selama 10 hari kelihatan macam muka lalok di atas.

Sudah pasti Uncleseekers tidak akan berdiam diri. Jika dilihat diblog terbaru Uncleseekers adalah dipamerkan foto di atas dengan perkataan 'Tunggu ..' Apakah cerita susulan dan kontroversi seterusnya.? Tapi kali ini sudah pasti pasal mamat di atas ni.

Sama-samalah kita nantikan episod seterusnya. . . . .

Sunday, July 29, 2012

Uncleseekers on 2nd Blog Posting

Uncleseekers on 2nd Blog Posting

At Lovely Home ... Aku lambat sampai setengah jam.

Uncleseekers mulah mengkisahkan peristiwa 10 hari dilokap. Ikuti sendiri diblognya. Klik sini


Friday, July 27, 2012

a Place To Develop Entrepreneurs & Leaders

a Place To Develop Entrepreneurs & Leaders













Teknik dan Cara untuk membimbing Insan ke arah Maju & Berjaya.

Ia merupakan sebuah akedemi melahirkan Usahawan yang Kaya & Berjaya.

Bersambung ...

Thursday, July 26, 2012

Blog Uncleseekers Dah Kembali Aktif !

Blog Uncleseekers Dah Kembali Aktif !


Apa yang peminat Uncleseekers nantikan, kini telah tiba !

Uncleseekers bakal menceritakan kisah & pengalaman beliau dari

Hari Penangkapannya

Pengalaman Di Lokap

&

Setelah Keluar Lokap

Uncleseekers bercuti di Johor Bharu selama 10 hari dan check out pada 14 Julai 2012. Kenapa 2 minggu Uncleseekers menyepi dan kenapa 2 minggu masa diperlukan untuk kembali
kepada dunia Blog?

Sudah pasti anda semua nak tahu cerita menarik ini. Adakah sangkaan anda semua tentang layanan kepada Uncleseekers sewaktu di lokap BENAR ataupun MELESET?

Kita nantikan bersama ...

Ekclusif untuk tatapan Anda semua....

Juga nantikan pendedahan SIAPA sebenarnya KAMAL HISHAM?


Adakah dia seorang dot dot kah ... atau pun dot dot ....

PAS Diperkotak-Katik?

PAS Diperkotak-Katik?


Kemelut dalaman Pakatan Rakyat makin terdedah apabila Bekas Naib Presiden PAS Datuk Nakhaie Ahmad berkata "Kini jelas DAP lebih banyak mendominasi pakatan pembangkang dalam pelbagai perkara termasuklah isu murtad dan arak di Selangor manakala PAS hanya diam membisu".

PAS kini tunduk dengan Pengerusi DAP Karpal Singh yang menentang habis-habisan hukum hudud dan seakan semakin terhakis hala tuju dan prinsip perjuangan PAS.

Apo dayo jang oi .. dah kono koncing ... Tahniah jo lah dan pandai-pandai la nak buek apo jang oi.....


Wednesday, July 25, 2012

Panas ! Uncleseekers vs Dot Dot Dot ...

Panas ! Uncleseekers vs Dot Dot Dot ...

Ramai kawan-kawan selalu dok tanya sama-ada di telefon atau blog "apa cer uncleseekers?"

Semalam kami dok sembang sekejap sebelum aku cabut pi ofis ada kerja nak buat. .... ada cerita PANAS bakal menyusul, mesti korang saspen kan ... haha Anyway bukan tentang cerita PANAS dan MELETOP yang sama ..... Nak tau .... tungguuu ....

Arsenal Bermatian Untuk Tewaskan Skuad Harimau Malaya


Arsenal Bermatian Untuk Tewaskan Skuad Harimau Malaya.

Arsenal 2 - 1 Harimau Malaya

Syabas pasukan Malaysia yang mempamerkan mutu perlawanan yang menarik dan matang.


Foto gol jaringan Malaysia mendahului 1 - 0





Tidak hairan kini rakyat Malaysia semakin ramai berbangga membeli dan menyarung jersi Kebangsaan dari anak kecil, remaja hingga yang dewasa.


Ini yang kita mahukan dan banyak sejarah bolasapak kini dilakar diwajah Harimau Malaya. Kita kini memiliki pemain bertaraf antarabangsa seperti Nazmi Faiz Mansor yang kini bermain di Kelab SC Biera Mar Portugal, Safee Salie di Pelita Jaya dan seorang lagi bakal bermain dan berlatih di Old Trafford Manchester United setelah terpilih di dalam program Mencari Ramli.

Saya amat yakin dan percaya suatu hari nanti skuad Malaysia mampu berada di perlawanan Olimpik dan Piala Dunia. Doa rakyat Malaysia terus tidak putus untuk skuad kebanggaan kami dengan usaha gigih profesional para pemain.

Walau tewas kepada Arsenal, tetapi skuad Harimau Malaya tewas dengan penuh maruah dan bergaya. Tewas yang aku anggap satu lagi kemenangan.

Majulah Sukan Untuk Negara.