Results in 24 Hours

Apple Stem Cell Formula

ABANG NI NAKAL TAW !

EXtreme Energy Coffee

Place To Promote Your Product

Make Money Online Today!

Like Heaven

Saufiville

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, September 27, 2011

Orang UMNO MESTI Ubah Perangai

Orang UMNO MESTI Ubah Perangai

Salam saudara pembaca. Tiba-tiba saya rasa meluat dengan sikap ramai pemimpin UMNO. Di mana apabila rakyat, atau ahli-ahli dari parti PR mengeluarkan sebarang kenyataan dan lontaran kata-kata diambil mudah dan remeh oleh ahli dan pemimpin UMNO.

Memang betul mana mungkin dapat dipuaskan semua orang. Akan tetapi setiap kritikan dan kenyataan mereka hendaklah diperhalusi dengan teliti dan dijawab atau dibidas dengan cukup toleransi dan profesional. Saya faham bukan senang nak melayan kerenah PR tapi apa daya kita kena banyak bersabar, Di dalam Alquran Allah ada berfirman "Aku tidak lupa untuk memberi GANJARAN kepada hamba2KU yang berbuat baik dan bersabar"

Bila tak sabar dan melenting melatah, tu yang jadi berbalas dengan kutuk-mengutuk. Sedangkan jelas dan nyata ia sekadar memperlihat sikap Orang UMNO yang tidak tenang dan tidak tunduk sebagai pemimpin. Buanglah sombong dan angkuh tu, barulah makin ramai orang akan suka dan mulai mencintai UMNO seperti dahulu kala. Ibarat resam padi, makin berisi makin tunduk.

Saya masih percaya ramai orang-orang Melayu di luar sana dah mula goyang dan juga keliru dengan pendirian parti PAS dan PKR yang jelas dan nyata banyak putar belitnya. Tapi orang-orang UMNO janganlah terikut-ikut rentak dan acahan mereka.

Gunakan kelemahan PR yang ada untuk memikat kembali hati orang-orang Melayu dan rakyat. Nak harap kaum Cina, sudah jelas dan nyata mereka dah tak nak sokong BN lagi, kalau ada pun hanya sikit-sikit atau kadang-kadang. Itu pun mereka-mereka yang banyak kenal sejarah. Kalau generasi baru ni tak keterlaluan saya katakan mungkin 80% atau lebih takkan undi BN.

Wahai orang-orang Melayu, tak usahlah berbalah sesama sendiri jika ini akan merugikan anak Bangsa kamu sendiri. Sedar dan insaflah.

Wahai pemimpin Melayu, berjuanglah dengan penuh keikhlasan dan selamilah betul-betul hati rakyat.

Moga Melayu terus bermaruah dan bermartabat di arus Melayu di dalam dilema.

Saya mohon maaf jika apa yang saya sampaikan di sini tiada kebenarannya. Ini berdasarkan dari banyak perbualan-perbualan saya sendiri dengan beberapa para pemimpin UMNO. Takkan tak betul lagi kot ! hehe

Melayu TERSEPIT, TERHIMPIT & DIREMPIT...

Wednesday, September 21, 2011

Sekatan Ekonomi Kerajaan Malaysia Kepada Rakyat - Bhg - 1



Sekatan Ekonomi Kerajaan Malaysia Kepada Rakyat - Bhg - 1

Salam sejahtera saudara pembaca. Agak lama saya tak menulis blog kerana saya takda tajuk yang 'stim' nak tulis. Pada mulanya saya dgn kawan-kawan dok minum kopi sambil sembang-sembang di Craven Cafe Bukit Antarabangsa dengan cerita kedai kopi angan2 nak jadi Menteri Besar. Geng-geng yang ada Abg Azmi (Aku Peduli Apa), Abg Om, Lan (Menteri Besar Selangor) dan sorang lagi saya lupa nama (maaf ya pak) hehe.

Lepas sejam merapu dengan Manufestonya "Dari Rakyat, Kepada Rakyat dan Untuk Rakyat" sambil gelak ketawa berdekah-dekah, lalu sorang demi sorang balik rumah, maklum lah dah pukul 2 pagi. Tinggallah saya dengan kawan bernama gelarannya Lan (seorang peguam). Saya pun tanyalah kepada dia tentang komen dan pendapat masalah ekonomi negara. Setelah panjang lebar kenyataan beliau saya amat tertarik dan terpanggillah untuk menulis artikel ini. Banyak topik yang kami bualkan. Jadi sekarang ni saya nak tulis bahagian 1 dulu.


Masalah pinjaman PTPTN membebankan Pelajar:

Pertamanya terima kasih kepada Kerajaan yang amat serius tentang pelajaran di negara kita ini. Justeri itu, rakyat Malaysia kini ramai yang berpelajaran tinggi. Ini juga menjadi satu punca limpahan pelajar-pelajar luar negara ke Malaysia sehingga melebihi dari 200 buah negara dan ianya memberi sumber pendapatan kepada Kerajaan yang besar apabila mereka datang ke negara Malaysia dan ada yang berpindah dengan keluarga mereka sekali. Prasarana, infrasruktur dan kos pembelajaran di Malaysia boleh kita anggap sebagai berpatutan dan agak rendah jika hendak dibandingkan dengan negara-negara lain.

Tetapi, adakah wajar kerajaan menyenarai hitam pelajar yang membuat pinjaman PTPTN ini?

Ianya menjadi masalah kepada ramai pelajar yang menanggung hutang ini. Apa tidaknya, sebaik sahaja tamat pengajian mereka telah dipertanggung-jawabkan untuk membayar ansuran pinjaman mereka. Sedangkan pada ketika itu mereka baru tamat pengajian, nak cari kerja tak dapat berpunca daripada penguncupan ekonomi, ada yang dah dapat kerja tapi pada ketika itu baru berumah-tangga, banyak komitmen lain. Tau-tau saja dah 'black list'.

Selepas tamat pengajian mereka akan melalui proses menstabilkan ekonomi dan kewangan. Pada waktu ini mereka baru dapat kerja dengan standard tangga gaji Malaysia yang rendah. Komitmen agak tinggi, nak bayar rumah sewa, kenderaan, makan minum dan lain-lain.

Setelah ditanya dan disoal selidik, gaji yang diterima pun kadang-kadang tak cukup pada tiap-tiap bulan. Bila dah mula mampu nak bayar hutang PTPTN, tau-tau saja dah kena senarai hitam. Maklum sajalah bila dah 'black list' banyak perkara terhalang. Secara langsungnya menyukarkan dan menyekat mereka untuk merancang pertumbuhan ekonomi mereka.

Persoalannya, adakah wajar Kerajaan menyenarai hitamkan mereka?

Benarkah dengan cara ini kerajaan dapat merancakkan pertumbuhan ekonomi?

Benarkah apabila ramai rakyat Malaysia disenarai hitam hingga sukar untuk membuat pinjaman bank menjadi penyumbang kepada penyukaran kerancakan ekonomi?

Tidakkah ini membebankan rakyat?

Adakah dengan cara ini rakyat gembira?

Adakah dengan cara ini Kerajaan dapat memikat mereka untuk terus menyokong kerajaan?

Patutkah kerajaan memikirkan dengan serius soal ini dan menyelesaikan bebanan mereka dengan cara, melanjutkan tempoh bayaran balik dan mengurangkan jumlah bayaran ansuran?

Kita sambung untuk tajuk atau perkara lain di Bhg - 2

Selamat Hari Malaysia ! Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !













Tuesday, September 6, 2011

Jaket Kalis Peluru Tak Mampu Selamatkan Allahyarham Noramfaizul – Datuk Dr Alwi Abdul Rahman

Jaket Kalis Peluru Tak Mampu Selamatkan Allahyarham Noramfaizul – Datuk Dr Alwi Abdul Rahman


Jangan ambil mudah, ambil remeh tentang keselamatan lebih-lebih lagi bertugas di negara yang bergolak seperti Somalia.

BENARKAH kenderaan yang langsung tiada tanda-tanda atau pelekat wartawan atau lain-lain menjadi salah satu punca ia ditembak?


Anjing hanyalah seekor haiwan tetapi lengkap dengan Jaket Kalis Peluru. Bagaimana dengan WARTAWAN, TENTERA atau dalam erti kata lain MANUSIA??


Terdapat pelbagai jenis jaket kalis peluru




Saya menyifatkan kenyataan Datuk Dr Alwi (Ketua Pasukan Perubatan Misi Bantuan Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia) bahawa pemakaian jaket kalis peluru tidak menjamin keselamatan sebagai statement yang tidak profesional.

Bagi saya pemaikaian jaket kalis peluru adalah wajib. Soal peluru jenis apa penembak gunakan bukan alasan. Kalau kena motar pun musnah yang penting langkah keselamatan awal dititik beratkan.


Tetapi walau bagaimana pun saya mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan syabas di atas pengorbanan serta keberanian rakan sepasukan.