Results in 24 Hours

Apple Stem Cell Formula

ABANG NI NAKAL TAW !

EXtreme Energy Coffee

Place To Promote Your Product

Make Money Online Today!

Like Heaven

Saufiville

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, May 31, 2013

Mr Penyapu a.k.a Khir Toyo Bakal Merengkuk Dalam Penjara

Mr Penyapu a.k.a Khir Toyo Bakal Merengkuk Dalam Penjara



Putrajaya 30 Mei 2013 - Bekas MB Selangor Dr Khir Toyo akan memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan hari ini yang mengekalkan hukuman penjara setahun atas kesalahan mendapatkan untuk beliau dan isteri, dua lot tanah dan sebuah banglo bernilai berjuta-juta ringgit.

Khir Toyo merupakan MB Selangor dari parti BN setakat ini sebelum dirampas oleh Pakatan Rakyat.  Akibat terlalu sombong dan bongkak meratah duit dan harta juga dengan perbuatan menghina pegawai dengan memberi hadiah penyapu di pentas akhirnya memakan diri.  Tetapi sayang seribu kali sayang penjara hanya setahun sahaja.  

Aku rasa ramai orang yang sanggup merengkuk dalam penjara setahun jika keluar penjara masih lagi seorang jutawan yang memiliki wang dan harta yang tak boleh nak habis.

Inilah dulu antara sikap pemimpin buas seperti haiwan yang mengakibatkan UMNO rosak.  Masih ramai lagi di luar sana .... Apa lagi, kasi korek lah .... 

Friday, May 17, 2013

Jika Anda Peminat Kumpulan Rock SEARCH dan Rock Kapak

Jika Anda Peminat Kumpulan Rock SEARCH dan Rock Kapak


Rock Kapak satu ketika dahulu dianggap sebagai jelek dan tiada moral oleh masyarakat Malaysia kerana gaya penampilannya yang agak ganas dengan seluar koyak, baju koyak, rambut panjang dan ada yang mata bercelak hingga kelihatan menyeramkan.  Tetapi semua tanggapan itu musnah setelah kumpulan rock lagenda negara iaitu Search menjadi kumpulan rock pertama menerima anugerah dan pengiktirafan dari industri hiburan.  Maka bangkitlah martabat dan semangat pencinta rock tanah air.  




Topik utama yang nak gua kongsikan di sini sebenarnya bukannya kumpulan Search atau Wings, tetapi satu kumpulan yang terdiri daripada anak-anak muda yang telah mencuit jiwa dan hati ramai peminat rock tanah air.  Kumpulan yang saya maksudkan itu adalah RETROSPEKTIF.  Mereka telah melahirkan album single pertama.  Apa yang menarik tentang rock n roll band ini adalah, suara penyanyinya yang boleh dikatakan 90% menyamai Amy Search.  Sememangnya kumpulan Search adalah ibarat 'God Father' bagi mereka.  Di setiap 'show' yang dibuat di mana-mana sudah pasti lagu-lagu Search yang mereka mainkan.  "Drummer, Guitarist, Basis dan Singer" complete seh .... Search habis ...  Pernah sekali gua pi tengok bebudak ni main, masa tu Yazid Search, Ramli Sarip, Tom (drummer) dan ramai lagi otai-otai rockers ada.  Dengan sempoi penyanyi dan Retrospektif santak 5 lagu Search 'direct' dan orang ramai yang ada bersorak tepuk tangan.

Bagi gua, kalau lu orang minat retro rock la kan, kita kena support bebudak ni.  Album dia kita kena beli dan promote.  Secara peribadi gua tak kenal mereka dan dia orang tak kenal gua.  Tapi gua rasa jiwa rock dari dia orang ni menghidupkan kembali retro rock.  Siapa lagi sekarang ni pelapis yang akan bagi nafas segar kepada retro rock?  Gua hanya nampak Retrospektif.  Pastinya yang lain ada, tapi gua cakap lu masih lagi tak nampak kewujudannya.  Klik button facebook ni untuk kenali mereka dengan lebih dekat lagi.


Wowo .. tengok bro sapa main drum belakang tu... 


Layan bro ...... 

Semoga Retrospektif akan menggegar suatu hari nanti ...... 


Wednesday, May 15, 2013

Tan Sri Khalid Abu Bakar IGP PDRM

Tan Sri Khalid Abu Bakar IGP PDRM



Bekas Ketua Polis Negeri Selangor - Siapa yang tak kenal dengan ketegasan beliau.  Pada dasarnya saya suka dengan beliau.  Rekod pencapaian beliau memang menyakin kan dan akan memberi nafas baru kepada PDRM dan negara khususnya.

Selamat menggalas tugas sebagai Ketua Polis Negara.  Semoga dapat menjalankan tugas dengan berani, cepat dan betul.

Tuesday, May 14, 2013

EXTREME ENERGY COFFEE - Since 2008.


EXTREME ENERGY COFFEE - Since 2008.


Bagi Lelaki yang Inginkan Kejantanan Sebenar.
Bagi Wanita yang inginkan awet muda, kemesraan dan tenaga luar biasa.

Kesan Segera selepas 10 minit - Lebih Power / Lebih Tenaga / Tahan Lebih Lama / Memekatkan Sperma / Melambatkan Klimak / Merangsang / Saiz Menjadi Luar Biasa @ 100% Herba (Ginseng, Brazilian Coffee, Kolagen, Maca)

Khasiat Total:
.  Melancar perjalanan darah
.  Menurunkan kadar glukos
.  Perbaiki sistem saraf
.  Awet muda
.  Membantu meringankan sakit sendi
.  Membantu bagi mereka yang menghidapi tekanan darah tinggi dan kencing manis
.  Membantu mereka yang sukar mendapat zuriat
.  Menghilangkan keletihan.
.  Membantu masalah prostat.
.  Mengatasi masalah kerap kencing.

Cara pemakanan:
.  Bancuh satu paket Extreme Energy Coffee dengan secawan air panas suam.
.  Nikmati haruman kopi dengan perlahan-lahan
.  1 paket (sachet) hanya diminum 2-3 hari sekali sahaja.

100% Satisfaction Guaranteed

Untuk order sms EXTREMENAMA ALAMAT hantar ke 019 368 2323

Harga sekotak RM300 (Semenanjung) siap dengan kos penghantaran.
Harga sekotak RM320 (Sabah/Sarawak) siap dengan kos penghantaran.
# 10 sachet setiap 1 kotak.

Monday, May 13, 2013

Penguatkuasa Singapura Menangkap Rakyat Malaysia

Penguatkuasa Singapura Menangkap Rakyat Malaysia



Singapura telah menunjukkan bahawa negara mereka tidak melayan kerenah dan sikap kurang ajar kepada pemerintah dan undang-undangnya.

Bagaimana dengan Malaysia yang telah memperlihatkan rakyat membuat perhimpunan haram, bantahan haram, fitnah haram, desakan haram dan segala haram jadah yang ditomah tanpa bukti asas yang kukuh.  Tohmahan dan propaganda yang direka juga kini telah dibidas dengan beberapa video asal yang belum diedit oleh pihak tertentu yang cuba membuat cerita panas yang membakar jiwa dan raga rakyat.  Syabas dan terima kasih kepada mereka yang telah berjaya menangkis video-video propaganda itu.

Kalau benci mana sekali pun terhadap kerajaan, tapi jangan guna sebaran maklumat dan video berbentuk fitnah nanti makan diri geng.

Undang-undang telah dipelawa kepada mereka untuk memfailkan tuntutan kes supaya ia dibicarakan di mahkamah.  Tetapi ditolak mentah-mentah oleh Sang Anwar dan konco-konconya.

Kepada para blogger yang bebas buat 'spin' panas tu gua nasihatkan kena tapis-tapis dan hati-hati dengan penulisan.  Kalau salah tulis nanti dibawa bercuti 3 hari 2 malam percuma di lokap kan sia-sia...

Majulah sukan untuk negara. .....


Saturday, May 11, 2013

Barack Obama Tunaikan Permintaan Rakyat Malaysia

Barack Obama Tunaikan Permintaan Rakyat Malaysia



Beriya-iya sangat minta tolong dengan Obama di facebooknya.  Nah! amek kau ....


WASHINGTON 10 Mei - Presiden Barack Obama mengucapkan tahniah atas kejayaan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak memimpin Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Umum ke-13, baru-baru ini.
Jurucakap White House, Jay Carney yang mewakili Obama berkata, jumlah tinggi rakyat Malaysia yang keluar mengundi pada pilihan raya itu disifatkan sebagai satu asas demokrasi.
Bagaimanapun, beliau meminta Malaysia menangani 'kebimbangan' yang timbul selepas parti pembangkang mendakwa berlakunya penyelewengan.
''Kami merujuk kepada perkara berkaitan berlakunya kebimbangan ketika proses pilihan raya dan mempercayai penting untuk pihak berkuasa Malaysia menangani kebimbangan tersebut.
''Kami akan menunggu hasil siasatan tersebut,'' katanya.
Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) pada awal minggu ini mengucapkan tahniah kepada BN atas kemenangan parti itu tetapi melahirkan kebimbangan berhubung dakwaan penyelewengan dalam pengundian.
Jabatan itu meminta semua pihak 'menghormati kehendak pengundi'. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130511/lu_06/Obama-ucap-tahniah-kepada-Najib#ixzz2SvRA6oQ6
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Friday, May 10, 2013

TERKINI : SIDANG MEDIA TERGEMPAR AZMIN ALI SEDANG BERLANGSUNG SEKARANG.


TERKINI : SIDANG MEDIA TERGEMPAR AZMIN ALI SEDANG BERLANGSUNG SEKARANG.






Berita terkini yang EP terima sebentar tadi mengatakan bahawa Azmin Ali sedang mengadakan sidang media sekarang untuk mengumumkan perletakan jawatannya didalam PKR dan Pakatan Rakyat..Tempat tidak dinyatakan...Mungkin atas faktor keselamatan...

Perkara ini telah disahkan menerusi twitter milik suami Erra Fazira iaitu Engku Imran yang memberitahu perkara tersebut..

Sumber dari KLIK SINI

Thursday, May 9, 2013

Jalan Lurus, jalan belok-belok

Jalan Lurus, jalan belok-belok


Kadang-kadang bila aku dok pikir dalam-dalam, kesian pulak aku tengok kerajaan dan pihak berkuasa mahupun pihak keselamatan.  Apa saja yang depa buat semua jadi tak betul.  Contoh di bawah:

1.  Pencerobohan Lahad Datu - Pihak Keselamatan dihina dan dikecam.
2.  Pilihanraya - SPR ditomah dan dipropaganda dengan pelbagai cara.
3.  Himpunan - Tatacara mohon permit tahu, tapi buat tak tau.  Jadilah Perhimpunan Haram.
4.  Bantahan PRU13 - Saluran betul ada, tapi guna cara terbalik, kononnya undang-undang tak bole pakai.
5.  Isu moral - Pihak tu tak pernah pulak nak buat Sumpah.  Tapi asik dok ngelak saja.
6.  Kerajaan - Bagi dikata pakai duit rakyat ikut suka hati mak bapak.  Tak bagi dikata tak jaga rakyat.
7.  Saman - Acah-acah je nak saman RM100 juta, lepas tu haram, senyap je.  Bunyi pun tarak.
8.  Onar - Puak depa yang buat, dikatakan puak pro BN atau Kerajaan yang buat.
9.  Menang - Kerusi yang PR menang tak pula kata tidak ketelusan kiraan undi berlaku.

Hujung-hujung, apa saja yang dispin dan dionarkan tak dapat bukti betul.  Akhirnya terbukti ia sekadar propaganda dan fitnah.  Nanti yang kena sumbat dalam lokap korang jugak.  Tak rasa sia-sia ka?  Hangpa punya bos-bos besaq dok diam sempoi cuci tangan.  Korang jugak jadi mangsa.

Bila kita dok pikir, pasai apa tak mau guna chanel betoi?  Setiap perkara mesti nak guna cara agresif luar batasan.  Motif apa?  Nak dapat publisiti luar negara? Supaya seluruh dunia dok keji negara hangpa sendiri?

Kita tau, kerajaan pun ada juga kesilapannya.  Bukan ka dah banyak yang diperbetol? Sudah-sudah la geng.  Tak rasa malu dan bersalah ka buat cara lagu tu?

Hangpa jangan marah,,, aku sekadar beri pandangan.  Apa pun hangpa nak buat apa, tu hak hangpa la ...

Kalau hangpa kesian kat Anwar Ibrahim, aku pun kesian juga kat pemimpin Melayu UMNO yang tak habis-habis dicerca.

Peace yo!

Jalan lurus, jalan belok belok .... 

Wednesday, May 8, 2013

Azmin dan Zuraida Akan Letak Jawatan Sekiranya Khalid Menteri Besar Selangor

Azmin dan Zuraida Akan Letak Jawatan Sekiranya Khalid Menteri Besar Selangor

Post Pic

SHAH ALAM: Pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali dan timbalannya, Zuraida Kamaruddin akan melepaskan jawatan masing-masing jika Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilantik semula sebagai Menteri Besar Selangor.
 
Menurut sumber PKR, Azmin memberi kata dua itu dalam mesyuarat bersama Ketua Umum parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini setelah Anwar melahirkan kecenderungan melantik semula Khalid mengisi jawatan berkenaan.
 
“Jika ini berlaku (Khalid dipilih), Azmin sedia meletakkan jawatannya sebagai pengerusi dan akan diikuti timbalannya Zuraida yang juga Ketua Wanita PKR pusat,” kata sumber itu.
 
Difahamkan, Anwar sebelum ini merancang meletakkan Azmin menggantikan Khalid selepas didesak penyokong akar umbi sebelum PRU 13 tetapi mengubah fikiran selepas Ahad lalu.
 
Khalid yang menerajui pentadbiran Selangor sejak 2008 mengecewakan rakyat Selangor kerana mungkir melaksanakan manifesto PRU12 membabitkan ibu tunggal, suri rumah dan warga emas yang bangkit memfailkan saman terhadap Khalid dan kerajaan negeri.
 
Sumber itu berkata, Khalid mendesak Anwar agar beliau dilantik semula sebagai menteri besar dan dipercayai mendapat sokongan PAS dan DAP Selangor.

#  Psst ... Kesian rakyat yang mengundi hangpa berdua.  

Sumber KLIK

Malaysia Akan Terus Aman dan Makmur

Malaysia Akan Terus Aman dan Makmur
Negara yang sudah merdeka lebih setengah abad ini telah terbukti bijak menangani pelbagai konflik dalaman.    Pihak berkuasa dan keselamatan negara ktia diiktiraf antara yang terbaik di dunia.  Kepercayaan mesti diberi sepenuhnya kepada negara untuk menangani krisis politik semasa.  Cuma sekarang ini agak tegang dari bahana pilihanraya yang ke 13 lalu.

Apa yang berlaku hanyalah dari beberapa pihak yang mengambil langkah agresif dengan provokasi yang agak keterlaluan sehingga boleh mencetus rasa bimbang dan tidak selamat.  Padahal negara masih lagi dalam keadaan aman dan terkawal.

Sebagai orang yang bijak kita harus menenangkan hati dan perasaan tanpa berbaur perkauman.  Ini akan hanya menjadikan kita rakyat yang derhaka kepada rukun negara.

Oleh yang demikian, marilah kita tarik nafas panjang dan buka minda dengan niat ikhlas untuk terus memiliki negara yang sejahtera.  Tuhan tidak suka jika kita marah berlebih-lebih kerana kita tahu itu semua bisikan dan nafsu imarah syaitan.

Tidak perlulah kita meniup api yang di dalam sekam.  Nanti membakar diri.  Sayangilah anak-anak generasi kita yang menjadikan kita sebagai ikon mereka.  Mereka masih mentah untuk kita tanamkan sifat benci membenci antara satu sama lain.


Ayuh kawan-kawan, demi negara tercinta ini, bersatu kembali tanpa kira apa agama dan bangsa kita.  Agar perjalanan harian kita terus lancar dan damai.  Teruskan memberi senyuman kepada orang-orang di kiri dan di kanan kita.

Semoga Tuhan bersama kita dalam mencapai cita-cita ini.









Tuesday, May 7, 2013

Kekalkan Keharmonian, Buang Sifat Kebencian

Kekalkan Keharmonian, Buang Sifat Kebencian


Malaysia telah mengamalkan sistem perkongsian sesama kaum.  Ini telah dipraktikkan selama berpuluh-puluh tahun.  Tapi malang sekali pada hari ini isu perkauman ini semakin hangat dibangkitkan.  Untuk apa?  

Adakah ini akan menguntungkan semua pihak atau sebaliknya?  Kita semua sudah jelas, menghormati sensitiviti antara satu kaum dengan yang lain adalah sebuah budaya kita.  Jika ini pun kita sudah lupa, bagaimana nak hidup aman dan damai.

Ini boleh menimbulkan rasa tidak selamat di dalam negara sendiri.  Kepada seluruh rakyat Malaysia, jangan terbawa-bawa emosi kemarahan.  Kerana apabila kita sedang marah, kita tidak boleh berfikir secara rasional.  Ini merugikan kita semua.  

Oleh itu, bertenanglah dan bersabar.  Setiap kekalutan pasti ada jalan penyelesaian.  Propaganda dan fitnah itu bahaya.  Kesannya amat buruk sekali jika kita tidak tangani dan hentikan.

Marilah kita selesaikan sengketa dan aman kembali demi masa depan negara dan anak cucu kita.



The Jokes by Barrack Obama

The Jokes by Barrack Obama


How can Barrack Obama simply supports to this kind of thing.  I hope Obama will not interrupt Malaysian business.  For the sake of peaceful Malaysia.

Korang ni macam-macam hal lah! ... apa pun terima kasih jenaka yang buek den golak tak boronti jang oi 

Peace Yo!

Monday, May 6, 2013

Transformasi Atau Transfomers

Transformasi Atau Transfomers

Transformasi politik atau Transformasi Parti yang dilaungkan nampak tiada kejayaan.  Malah gagal sama sekali apabila PRU13 BN mendapat keputusan lebih buruk pada zaman pemerintahan Pak Lah.  Kenapa jadi begini?  Sudah tentu kerana transformasi ini hanyalah dilaksanakan dengan kerja-kerja membaik pulih pengurusan dan pentadbiran kerajaan Barisan Nasional.  Tetapi adakah saf pimpinan Najib sudah ditransformasikan?  Atau masih lagi memiliki anggota tertinggi yang hanya menjadi ketua-ketua yang lemah?

Rakyat Malaysia tidak mahu robot transformers.  Mereka hanya seronok untuk dilihat sebagai hiburan semata-mata.  Kempen parti BN yang berhabis-habisan dilihat sebagai gagal secara 'total' apabila tewas kepada calon-calon PR yang tidak sibuk berkempen dan berceramah bagai nak gila.  Calon-calon mereka hanya santai dan bersiar-siar jumpa kepala-kepala yang memegang pengundi.  Tiada ceramah yang banyak dan besar-besar.  Tetapi menang besar.  Pujian harus diberi kepada PR yang kini telah menyatukan jiwa dan semangat untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional.

Bagaimana ia boleh terjadi?  Sudah tentu ini bukan satu proses gerak kerja yang singkat.  Mereka telah bekerja lebih daripada sepuluh tahun.  Menyerap kepercayaan kepada rakyat bahawa pemimpin BN mesti dibungkus dalam plastik sampah kerana mereka ini pengamal rasuah, penindas rakyat dan pembazir nyata telah memenangi hati rakyat.  Perasaan benci terhadap kerajaan BN semakin mendadak apabila kerusi pertandingan calon-calon BN kalah teruk berpunca daripada saluran-saluran pengundi veteran dan separuh umur.  Apatah lagi saluran 4 - 6 sudah tentu pengundi muda tidak beri undinya kepada calon-calon BN.

Jika dahulu dalam sebuah keluarga, mak ayah sokong BN anak-anak sokong PR.  Si mak ayah kempen kepada anak-anak untuk sokong BN.  Ternyata kali ini anak-anak mereka yang berjaya memusingkan kepala dan jiwa mak ayah mereka daripada menyokong BN bertukar kepada menyokong PR.  Bagaimana pula dengan adik-adik mereka yang bakal mengundi buat kali pertama pada PRU14 nanti?  Sudah tentu jawapannya dah ada.

Cara menyebar video salah laku atau moral buruk pemimpin PR tidak langsung memberi impak bagi menurunkan jumlah pengundi PR.  Malah ia menambah kebencian dan mewujudkan rasa simpati kepada pemimpin kesayangan mereka.

Barisan Nasional di dalam dilema.  Tak beri dikata tak jaga rakyat, bila beri dikata salah guna wang rakyat!  

Corak BN yang lebih kepada memperjuangkan hak Melayu sudah jadi sia-sia apabila  PAS menerima kaum Cina untuk bersama membentuk kerajaan.  Ini satu kesempatan terbaik bagi kaum Cina untuk menjayakan misinya.  Pakatan Rakyat disokong padu oleh satu bangsa ke dua terbesar di Malaysia.  Maka tidak hairan PR semakin diterima rakyat dan semakin diyakini.

Bukan sekadar memperjuangkan hak Melayu.  Tetapi memperjuangkan kaum Cina dengan menambah pelbagai bantuan tidak berjaya mendapat undi mereka.  Mereka berhak untuk menuntut apa sahaja kerana mereka juga rakyat Malaysia.  Mereka juga berhak untuk tidak beri undi kepada BN kerana hak mengudi itu hak mereka.  Orang BN nak marah ... nak buat apa marah.  Salah pun pemimpin Barisan Nasional juga dahulu.  Sewaktu kuat dan tegap mereka sombong, lalai dan tidak mahu lakukan transformasi.  Apabila nasi sudah menjadi bubur baru nak dijadikan nasi.  Mana boleh jadi nasi.  Ia akan terus menjadi bubur.

Rakyat sudah mula benci sebenci bencinya kepada kerajaan sampai sanggup menterbalikkan bendera negara mereka sendiri.  Ini juga kerana mereka nampak kumpulan orang-orang Melayu sendiri yang sangat besar mahu menjatuhkan kerajaan.  Kalau nak kata marah, siapa yang tak marah apabila bendera Malaysia diberi tunjuk 'thumb down'.  Nak buat macam mana, sebab dah jadi bubur. 

Menangani sesuatu perkara dengan emosi akan menjadikan seseorang itu bodoh kerana gagal bertindak secara rasional.  Tetapi macam mana nak menangani tanpa emosi apabila sudah memang tertekan emosinya.

Buat salah, tak buat salah.  Jadi semua serba salah.  Secara peribadi saya sendiri tak suka perkara begini terjadi.  Kita nak hidup aman dan damai.  Dahulu semua bangsa bersatu.  Kini bangsa yang bersatu hanya jelas di permukaan Pakatan Rakyat.

PRU12 dan PRU13 BN semakin tewas banyak kerusi.  PRU14 nanti pasti akan hilang lebih banyak.  Jangan marah kaum Cina, kerana mereka bangkit begini sebab mereka bergabung dengan kaum Melayu sendiri.

Transformasi sudah gagal.  Robot-robot Transformers sudah kalah dalam PRU13.  Transgender yang mereka sokong pulak menang.  Lepas ni nak Trans apa lagi?  

Sewaktu PRU12 apabila BN kalah di Selangor baru timbul berita-berita UMNO dan PAS akan bersatu.  Tetapi PAS tak sudi pun.  Jangan la perasan sangat.  Nanti jadi hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong.  PRU13 dah selesai dengan kekalahan bergaya Barisan Nasional di beberapa negeri.  Timbul sekali lagi cerita dongeng angan-angan Mat Jenin untuk UMNO dan PAS bersatu.  Tak rasa malu ke apabila orang-orang UMNO dan PAS saling mencaci hina sesama sendiri, lepas tu nak ajak duduk sebumbung.  Boleh jadi ke?  Atau tak boleh?  atau memang tidak mustahil untuk terjadi?

Rakyat Malaysia pun dah ramai kahwin campur.  India kawin dengan Melayu, Cina kahwin dengan India, Melayu kahwin dengan Cina.  Yang kahwin dengan anak minah atau mat salleh pun dah bersepah.  Mana boleh kita sebut perjuangan yang menjurus kepada perkauman.  Kalau perjuangan menjaga hak dan menghormati hak kaum-kaum tertentu itu harus dipelihara.  Barulah hidup aman harmoni.

Walaubagaimana pun kesedaran perlu ada bagi setiap rakyat Malaysia.  Politik dan pilihanraya bukannya perang saudara atau perang perkauman.  Ia hanyalah pemilihan kerajaan yang hendak dibentuk.  Negara sudah semakin maju.  Sasaran Malaysia maju tahun 2020 pun sudah hampir tiba.  Tapi senario politik amat menyeramkan dan membimbangkan.  Negara sudah seakan tiada harmoni.  Dunia luar pula banyak yang sibuk campur tangan urusan negara kita.  Kalau tak minta orang tak beri.  Mestilah sebab rakyat Malaysia sendiri meminta pertolongan dari negara luar.  Kepercayaan terhadap SPR dan Kerajaan walau telus macam mana sekali pun sudah tiada.

Ketahuilah wahai kawan-kawan, perasaan benci yang keterlaluan juga tidak baik.  Ini akan menutup hati dan jiwa dengan menafikan dan menidakkan setiap nikmat yang diterima.  Tuhan juga tidak suka sifat yang begini.  Kita sudah diberi akal untuk berfikir, jadi haruslah kita fikir dengan baik dan rasional.  Ikut emosi dan hasutan itu juga tidak baik.  Nanti banyak perkara buruk boleh tercipta.

Pada hari ini jelas dan terang rakyat Malaysia tidak suka kepada Najib dan Rosmah.  Kalau dahulu Tun Mahathir mendapat kebencian rakyat yang semakin besar peningkatannya setelah terlalu lama menjadi Perdana Menteri walaupun Tun terlalu besar jasanya kepada rakyat dan negara.  Bila Tun bersara, Pak Lah ambil tempat untuk mengganti.  PRU11 Pak Lah mendapat sokongan luar dugaan ibarat Tsunami politik.  Kemenangan itu menjadikan lagi pemimpin UMNO dan BN leka.  Ini bukan cerita bohong, kalau bohong masakan Najib banyak kali memohon maaf kepada rakyat di atas kesilapan-kesilapan kerajaan BN yang lalu.  Pak Lah setelah diberi mandat, buat banyak kerosakan pula.  Najib bekerja keras untuk baik pulih keadaan.  Tetapi kerja keras Najib jadi sia-sia kerana rakyat juga tak suka Najib dan Rosmah.

Justeru, untuk mengembalikan kestabilan politik dan kerajaan Barisan Nasional serta kekuatan parti UMNO dengan apa cara lagi yang ada?  Sudah tentu dengan meletakkan seorang Ketua yang disenangi dan tiada kebencian daripada rakyat.  Kita bukan tidak berterima kasih kepada Najib.  Tetapi kita juga tidak mahu kerja bertungkus-lumus yang akhirnya memberi kekalahan kepada parti.  Ketua baru mesti dinaikkan dan orang ini mestilah orang yang bersih, tiada isu kebencian dan mampu menjadi ikon kepada masyarakat.  Akan tetapi tidak semestinya ia dilakukan dengan kadar segera, kerana kita juga punya rasa kesihan terhadap Datuk Seri Najib yang sudah bekerja keras selama lima tahun.  Cuma kerja keras itu penghujungnya ada sedikit kesilapan yang tidak seharusnya terjadi.  Kesilapan yang dimaksudkan ini adalah salah memilih calon yang bertanding pada PRU13 lalu.  Terdapat ramai orang yang bekerja selama lima tahun tidak dicalonkan.  Sedangkan mereka lah yang telah banyak mendapatkan kepercayaan para pengundi di kawasan mereka.  Sebaliknya orang yang diberi mandat untuk menggalas tugas sebagai calon terdiri dari kalangan orang yang bukan menjadi 'favourite' pengundi.  Akhirnya ikon yang pengundi percaya dan sayang disingkirkan.  Macam mana tak beralih undi kepada Pakatan Rakyat.  Ini terjadi sudah pasti apabila mereka dikecewakan lagi.  Tidak pernah dalam sejarah UMNO ada 16 orang ahlinya bertanding dalam tiket BEBAS.  Ini juga menandakan mereka kecewa.  Takkan kita nak marah dan salahkan mereka kerana ada sifat kecewa pula sedangkan mereka sendiri yang dikecewakan.  Sekarang siapa yang paling kecewa?

Transformasi sebenar adalah transformasi secara total.  UMNO khususnya mesti melakukan 'Rebranding' atau akan menjadi semakin lemah.

Teruskan perjuangan demi Agama, Bangsa dan Negara tercinta.  Melayu, Cina, India dan seluruh bangsa-bangsa di Malaysia adalah seNegara.  Kembalikan keharmonian dan kedamaian jika mahukan negara yang maju dan makmur.

Walaubagaimana pun Tahniah saya ucapkan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah menang PRU13 dan juga berjaya membentuk sekali lagi kerajaan.  Tahniah juga pada hari ini telah diberi lagi kepercayaan dan amanah begi memikul tanggung-jawab sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Sekian cebisan kata ikhlas daripada saya.  Fikirkan dengan tenang dan sabar tanpa emosi.

Sayangi Ahli Parti, Yakini Calon Pilihan Rakyat .... 











KEPUTUSAN RASMI PRU13

KEPUTUSAN RASMI PRU13

Pembentukan Kerajaan Pusat = Barisan Nasional

Klik imej untuk gambar lebih besar

Pembentukan Kerajaan Mengikut Negeri :

1.    Johor = BN
2.    Melaka = BN
3.    N. Sembilan = BN
4.    Selangor = PR
5.    Perak = BN
6.    Pulau Pinang = PR
7.    Kedah = BN
8.    Perlis = BN
9.    Kelantan = PR
10.  Terengganu = BN
11.  Pahang = BN
12.  Sabah = BN  


Klik imej untuk gambar lebih besar


Friday, May 3, 2013

Pilihanraya Bukanlah Peperangan Dalam Negara.

Pilihanraya Bukanlah Peperangan Dalam Negara.

Ia ibarat satu sukan atau pertandingan yang besar.  

Akan tetapi ia bukannya sebuah peperangan.

Sendiri pakai akal lah! ... Kempen PRU 13 ini nampaknya macam perang zaman komunis.  Malah ia nampak lebih dasyat lagi.  Cuma yang membezakan kini bukannya pertumpahan darah.  Tetapi perang psycho yang melibatkan tuduhan, fitnah, tohmahan, propaganda sesama sendiri.  Bumi Malaysia seaakan dilanda perang saudara.  Memang hebat bahang pilihanraya kali ini.  Tak dapat digambarkan dengan hanya sebutan di bibir.  Ia begitu dasyat sekali.  

Kemakmuran dan keamanan yang dikecapi dan diperjuang oleh moyang kita selama ini akhirnya dihancurkan oleh generasi baru yang meroyan kuasa dan berniat tidak baik dalam kebaikan yang dikaburinya.

Pelbagai sms berantai palsu yang mengatakan SPR terlibat dengan BN dalam melenyapkan nama pengundi yang mana apabila mereka dikenal pasti merupakan penyokong PR.  Sampai begitu sekali buruk dan hinanya kemanusiaan di Malaysia hari ini.  Di manakah perginya akhlak murni dan di manakah perginya keprofesionalisma para pejuang politik.  

Demokrasi telah tiada kini, ketakutan memuncak di fikiran rakyat.  Siapakah yang bertanggung-jawab hal ini semua?  Siapakah yang harus dibunuh karier politiknya?  

Anak muda buang sejarah.  Anak muda bernafsu lupa asal usul mereka.  Mereka tidak kira, mereka akan buat apa sahaja asal dapat memuaskan nafsu serakah sendiri.  Pemimpin dijulang bagai Tuhan, pemimpin diangkat bagai dialah pencipta bumi ini.

Percayalah ..... 2013 ini merupakan tahun yang akan membuatkan kamu, wahai rakyat Malaysia merasa menyesal yang tidak berkesudahan kelak.  Tidakkah ada rasa berdosa dan bersalah di atas perbuatan?

Damai dan nyaman yang dicari, tetapi permainan merosak minda dan jiwa yang penuh dengan kepalsuan menular berakar di saraf tubuhmu.

Semoga Tuhan terus merestui dan memberi kedamaian di atas bumi yang penuh dengan nikmat dan tuah ini.

Selamat Mengundi!





Thursday, May 2, 2013

Video Saiful Bersumpah Laknat diliwat Anwar Ibrahim Depan Kaabah

Video Saiful Bersumpah Laknat diliwat Anwar Ibrahim Depan Kaabah



Semoga rakyat Malaysia juga terbuka hati dan jiwanya.


Bila nak kasi selesai saman-saman RM100 juta lu?  Bila pulak mau bikin sumpah Laknat?


"Ini kalilah" aku betoi-betoi pedih!

Kenapa harus lagi kita sebagai manusia yang memiliki akal dan jiwa membenarkan Anwar Ibrahim ini menjadi pengucar-kacir negara.  Adalah menjadi satu TUGAS, sekiranya kita bertanggung-jawab ke atas negara makmur ini menolak Pakatan Pembangkang!


Katalah bahawa video ini juga edit wahai manusia ..... kikikikikiki

Saksikan sendiri.  Jika Saiful tidak berkata benar sudah pasti Tuhan akan melaknatinya.  Allah akan pelihara kejujuran Saiful.