Results in 24 Hours

Apple Stem Cell Formula

ABANG NI NAKAL TAW !

EXtreme Energy Coffee

Place To Promote Your Product

Make Money Online Today!

Like Heaven

Saufiville

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, July 29, 2013

Pengasas Arab-Malaysian Bank MATI Ditembak



Pengasas Arab-Malaysian Bank MATI Ditembak

ISNIN - Pengasas Arab-Malaysian Bank (kini lebih dikenali sebagai AmBank) Hussain Ahmad Najadi, 75 yang berbangsa Iran telah ditembak mati oleh penjenayah di sebuah kawasan tempat letak kereta di Lorong Ceylon, Kuala Lumpur.

Melalui gambar video litar tertutup suspek adalah seorang lelaki memakai baju petak berlengan panjang dan berseluar panjang 'khaki. Suspek juga didapati menggunakan sebuah teksi Proton Waja.

"Saya melihat seorang datang kearah mereka (mangsa), dan terdengar beberapa tembakan dilepaskan. Saya melarikan diri apabila suspek berlari kearah saya" kata seorang saksi yang tidak mahu namanya diwartakan.

Mangsa telah ditembak dibahagian belakang dan dada mati ditempat kejadian, manakala isterinya Cheong Mei Kuen, 49 hanya mengalami kecederaan dibahagian tangan.

Polis mengklasifikasikan kes ini sebagai kes pembunuhan.

Majalah MASTIKA vs Majalah JUWIE

Majalah MASTIKA vs Majalah JUWIE

Majlis Pelancaran Majalah Juwie oleh Tan Sri Dato' Seri Diraja Ramli Ngah Talib, disaksikan oleh Tan Sri Zainudin Maidin, Tan Sri  FD Mansor, Dato' Raja Ahmad Niza di Hotel PJ Hilton.

Tahniah kepada barisan Tulang Belakang Majalah Juwie.  Tan Sri Zainuddin Maidin (Penasihat), Dato' Raja Ahmad Niza (Ketua Pengarang), En Munir Ghazali (Pengarang) dan En Kenny Yang (Ketua Pegawai Eksekutif)

Majalah Mastika yang satu ketika dahulu pernah mencecah 300,000 naskah sebulan di mana insan yang bertanggung-jawab meletopkan majalah Mastika di tanah air adalah pengarang tersohor En Munir Ghazali. Sebut sahaja Mastika, siapa yang tidak tahu.  Sampai di mana-mana kedai buku dan kedai mamak pasti terlihat majalah ini tergantung.  Kalau di rumah Uncleseekers  sememangnya tak pernah putus stok majalah mastika.  Kalau tak percaya pergi ke rumahnya, pasti terlihat bersusun di dalam tandas.  Ya, di dalam tandas.  Ia menjadi bahan bacaan ketika mereka di dalam rumah sedang termenung.



Begitu juga dengan akhbar Mingguan Malaysia yang sering menjadi tumpuan pembaca di pasaran dan sehingga hari ini ia masih lagi utuh di mata hati pembaca. Itu lah juga sentuhan dari Penolong Pengarang Dato' Raja Ahmad Niza pada ketika itu.  Akhbar ekslusif mingguan ini merupakan akhbar yang boleh dikatakan hampir setiap rakyat di Malaysia ada membacanya.  Tidak kiralah sama ada mereka membelinya sendiri atau pun membaca dari orang lain.

Kini Dato' Raja Ahmad Niza juga telah bersama dengan Majalah Juwie bagi memantapkan lagi hasil karya penulisan dan yang pasti akan memikat selera pembaca tanah air.  Sesuai dengan slogannya "Majalah Dalam Kelas Tersendiri"

Majalah Juwie yang tampil dengan keunikan tersendiri sudah pasti membuat pembacanya ketagih untuk mendapatkan naskah berikutnya di bulan hadapan.  Keluaran sulong Majalah Juwie adalah bulan Julai 2013 dan telah berjaya diedarka di seluruh semenanjung. Anda boleh dapatkan di pasaran dengan harga RM4.00 senaskah. Bukan sahaja anda boleh beli di kedai-kedai, tetapi Majalah Juwie ini akan dijual di pasaran menerusi online e-Magazine oleh syarikat bersekutunya BOB2e.com (BYG Worldwide Berhad).

Apa yang saya amat kagum dan 'salute', tajuk dan pengisian Majalah Juwie memang hebat dan anda semua pasti akan hairan bagaimana majalah ini boleh dapat 'content' dan isi kandungan yang begitu unik, klasik, unggul dan mahal.

Antara tajuk yang anda mesti baca untuk keluaran bulan September adalah: Pedang yang bunuh JW Birch ada di tangan Tan Sri Ramli Ngah Talib, Cinta Lombok, pelbagai kisah misteri dan kisah-kisah masyarakat dan silam yang pasti anda akan 'kemut' (istilah bagi kedekut) majalah ini tak mahu bagi orang lain baca kerana takut tak pulang.

Nampaknya Juwie benar-benar mencabar Mastika.  Tetapi ini merupakan persaingan sihat yang positif.  Saya percaya Mastika pasti akan menambah lagi nilai-nilainya dari segala aspek bagi memastikan tidak kecundang ke tangan Juwie.

Saya sebagai pembaca Mastika, kini sudah mula teruja dengan Juwie.  Apa ke tidaknya, pengarang otai Majalah Mastika kini sudah mengarang di Majalah Juwie.  Saya boleh ibaratkan begini, kita dulu suka makan di sebuah restoran dan ramai pelanggan makan di restoran itu kerana masakannya sangat sedap. Tiba-tiba di suatu hari masakkannya dah berubah rasa, pelanggan mulai berkurangan.  Di suatu hari pula, kita singgah makan di restoran yang baharu, lalu kita dapati rasa masakkan dan resepinya sama macam restoran yang dahulu.  Apabila ditanya rupanya Chef di restoran yang dahulu dah memasak di restoran yang baharu itu. Maka itulah Juwie, ibarat restoran yang baru dari chef yang lama.

Saya mendoakan semoga majalah Juwie akan berjaya dan unggul di pasaran.

Syabas!

Buaya Besar Ditemui Tidak Jauh Daripada Kuala Lumpur

Buaya Besar Ditemui Tidak Jauh Daripada Kuala Lumpur



buaya gergasi kuala selangor buaya besar mati ditemui di kuala selangor

Buaya mati ditemui di Bukit Belimbing Kuala Selangor. Lokasi hanya 40 minit memandu kereta dari Kuala Lumpur. Besar bukan main wooo .. Ini macam punya buaya, kereta viva pun selamba dia bule baham ...



Friday, July 19, 2013

Lagi, Guru ditembak mati



maut3

KULIM – Seorang guru maut dipercayai ditembak dua lelaki yang bermotosikal di persimpangan lampu isyarat Simpang Empat Keladi di sini tengah hari tadi.
Ketua Jaatan Siasatan Jenayah Kedah, ACP Mohd Nashir Ya berkata K.Shanmugam, 45, didapati dalam keadaan berlumuran darah di dalam kereta Toyota Wish miliknya.
Kejadian berlaku kira-kira 12.25 tengah hari tadi ketika mangsa dipercayai dalam perjalanan dari rumahnya di Taman Bidara ke Sekolah Menengah Kebangsaan Berapit, Bukit Mertajam.
Beliau berkata dua lelaki tersebut dikatakan telah mengikuti kereta mangsa sebelum melepaskan tembakan.
“Salah seorang dari suspek dipercayai telah melepaskan beberapa das tembakan yang mengenai kepala dan badan mangsa. Ini mengakibatkan kereta mangsa terbabas dan melanggar sebuah kereta di hadapan,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian.
Mohd Nashir berkata kedua-dua suspek kemudiannya memecut motosikal mereka.
ma3Mangsa dipercayai ditembak dengan pistol automatik dan polis turut menemui beberapa kelongsong peluru di tempat kejadian.
“Kita akan mengambil keterangan daripada beberapa pihak termasuk ahli keluarga mangsa. Buat masa ini kita belum dapat kenal pasti punca sebenar kejadian,” kata Mohd Nashir.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Kulim.
Seorang pemandu Mat Lin Saad, 62, berkata beliau sedang memandu di hadapan kereta mangsa dan apabila tiba di simpang lampu isyarat tersebut, beliau terdengar bunyi letupan seperti mercun.
“Tidak lama selepas itu, saya terdengar bunyi kereta saya dilanggar dari belakang. Saya turun dari kereta saya untuk melihatnya dan mendapati orang ramai sudah mengerumun kereta di belakang saya. Saya turut melihat mangsa yang berlumuran darah meronta-ronta sebelum tidak lagi bergerak,” katanya.
Zulkiffli Itam, 45, pula berkata beliau yang berada di jalan yang bertentangan ternampak dua lelaki menaiki motosikal mengekori kereta mangsa.
“Tidak lama selepas itu, saya terdengar bunyi seakan-akan mercun dan dua lelaki yang menaiki motosikal itu terus memecut motosikal mereka ke arah Taman Selasih,” katanya.  – Bernama/Sh
# Jenayah radikal meningkat 90% setelah ISA dan EO dimansuhkan.  Kerajaan harus bertindak segera dan satu undang-undang baharu bagi menggantikan kedua-dua akta tersebut diwujudkan.  

Monday, July 15, 2013

Langsingkan Tubuh Anda Dalam Masa 24 Jam

Langsingkan Tubuh Anda Dalam Masa 24 Jam

 


Bulan puasa ini merupakan bulan yang terbaik jika anda berhasrat untuk melangsingkan atau menurunkan berat badan.

Pada hari ini, kecantikan wajah dan bentuk badan bukan lagi sesuatu yang dipentingkan oleh kaum wanita, malah lelaki  kini lebih bersemangat dan berdisiplin menjaga kecantikan wajah dan tubuh badanJadi tidak hairan lah terlalu pesat pembukaan pusat-pusat ‘gym’ di serata negara.   Disebabkan perkara ini BOB2e kini telah mengeluarkan produk terbaharunya iaitu L’AROME Apple Stem Cell Slimming Serum.  Produk ini dicipta khusus untuk melangsingkan tubuh badan penggunanyaIa diadun dengan Stem Sel Epal yang diimpot khas dari Swiszerland daripada Dr. Fred ZuliKebaikan produk ini bukan sahaja membakar lemak, malah ia membantu menghilangkan salulit dan juga ‘stretch mark’. 

Ramai pengguna yang telah mencuba produk unik ini di seluruh negara, termasuk pengguna dari negara jiran seperti Brunei dan Indonesia.  Kami amat berpuas hati apabila para pengguna dapat melihat sendiri kesan kebaikan produk ini hanya selepas satu atau dua hari menggunakannya.
Cara menggunakan L’AROME Apple Stem Cell Slimming Serum sangat mudahHanya perlu digosok pada bahagian yang kita mahukan lemaknya dibakar atau dikecilkanPenggunaan hanyalah dua kali sehari iaitu selepas mandi pagi dan sebelum tidur malam.
Untuk melihat kesan yang lebih luar biasa, anda hanya perlu mengurangkan sedikit cara pemakanan harian anda Cara ini akan lebih mendatangkan kesan yang luar biasa kepada si penggunanya.



BYG Worldwide Berhad : www.BOB2e.com 

Zon Lembah Kelang:
 019 368 2323, 013 301 1356, 017 227 0064, 010 257 4831, 017 318 8132, 019 229 4653

Zon Utara: 
014 201 2059, 010 343 5958

Zon Pantai Timur:
 013 330 3156, 019 961 0967

Zon Selatan: 
019 761 1144

Indonesia: 
+6282 1730 307 05

Brunei: 
+673 8863 957