Results in 24 Hours

Apple Stem Cell Formula

ABANG NI NAKAL TAW !

EXtreme Energy Coffee

Place To Promote Your Product

Make Money Online Today!

Like Heaven

Saufiville

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, April 30, 2013

PRU 13 - Selangor dan Perak Sukar Bagi BN

PRU 13 - Selangor dan Perak Sukar Bagi BN

 

Menurut ramalan ahli nujum negara.  Selangor dan Perak akan dimenangi oleh Pakatan Rakyat.  Akan tetapi lain-lain negeri Barisan Nasional akan menang bergaya.

Demikanlah ramalan Ahli Nujum Negara.

Kit Siang Berdepan Dengan Cabaran Getir di Gelang Patah

Kit Siang Berdepan Dengan Cabaran Getir di Gelang Patah
Kit Siang.  
Banyak mencetus kontroversi yang menyinggung banyak pihak.

Barisan Nasional meletakkan Ghani Othman yang akan menentang Lim Kit Siang.  Ini cukup membuat Kit Siang tak tidur malam.  Adakah Gelang Patah akan menjadi kubur buat Lim Kit Siang?  Ataupun kubur bagi Ghani Othman?  Perlawanan penuh dramatik dan stratergik ini merupakan antara game yang menarik perhatian seluruh rakyat Malaysia dan Singapura.  Kenapa Singapura tiba-tiba muncul?  Anda tahu jawapannya.

Ghani Othman.  
Calon kesayangan anak Johor.

Kesukaran dan keresahan di Gelang Patah diakui sendiri oleh Lim Kit Siang.  

# Gua rasa Kit Siang akan tewas !  Kita sama-sama tunggu.  

Friday, April 26, 2013

Timbalan Ketua Pengarah Kastam Malaysia Datuk Shaharuddin Ibrahim Mati Ditembak

Timbalan Ketua Pengarah Kastam Malaysia Datuk Shaharuddin Ibrahim Mati Ditembak


Beliau merupakan Timbalan Ketua Pengarah Perkastaman dan Cukai Dalam Negeri.  Menurut sumber, pada 26.4.2013 jam lebih kurang 8.40 pagi, cawangan Pusat Kawalan IPD Putrajaya telah terima panggilan daripada Datuk Hj Saharuddin telah ditembak di lampu isyarat Leboh Wawasan dari arah Dengkil bersebelahan IPD Putrajaya oleh penunggang bermotosikal.  Kemudian beliau dikejarkan ke Hospital Putrajaya, namun beliau gagal diselamatkan.

Arwah merupakan seorang yang amat terkenal dengan ketegasan dan tindakan tegas dengan vokal yang berani.

IMG-20130426-WA001.jpg
Foto sumber internet

IMG-20130426-WA000.jpg
Foto sumber internet

Rakaman cctv sedang diperiksa oleh pegawai bertugas bagi menyiasat dan mengenal pasti penjenayah.

Mari kita sama-sama doakan semoga rohnya ditempatkan oleh Allah di tempat yang terbaik di sisiNYA.

Al-Fatihah

Jangkaan Keputusan PRU 13pr

Jangkaan Keputusan PRU 13 

75% BN

65% BN

55% BN

70% BN

65% BN

70% PR

60% BN

70% BN

55% BN

60% BN

68% BN

60% BN

68% BN

Ini semua mengikut suka hati dan firasat aku dan Barisan Nasional akan dapat 2 third dengan bergaya pada PRU 13 ini.  Kita tunggu je lah nanti ye .... 

Selamat Mengundi.  

Wednesday, April 24, 2013

Siapa Pilihan Anda Untuk Menteri Besar Kelantan?

Siapa Pilihan Anda Untuk Menteri Besar Kelantan?


Aku ketawa bila nampak posting ni dari blog Zamkata.  Ada memang betulnya apa yang dikatakan.  Takkan lah kita nak ada pemimpin yang dah tua dan nak masuk uzur kan!  Tapi kita faham orang-orang Kelantan ramai yang sayangkan Pok Nik.  Kerana dah terlalu lama jadi MB di sana.  Tapi kita juga harus fikirkan kemajuan dan masa depan.  Masih nak lagi ka Nik Aziz menjadi MB Kelantan?  Beliau dah kata dia masih lagi nak jadi MB Kelantan......... 

Negeri lain dah semakin maju.  Tak kan Kelantan nak biar macam tu je.  Rakyat Kelantan berhak mendapat nikmat hidup dan kemajuan.  Kita lihat mudah saja, kenapa ramai orang Kelantan berhijrah ke Kuala Lumpur dan Johor.  Sudah pasti kerana dua negeri ini pesat membangun dan sesuai untuk berniaga.  Bukan kata di Kelantan tak boleh berniaga, tetapi untuk cepat berjaya dan maju agak sempit ruangnya.

Aku puji orang-orang Kelantan, mereka hebat-hebat dan ramai yang pandai berniaga.  Aku tahu kerana aku ada ramai kawan-kawan dari Kelantan asalnya.  Yang dok di Bukit Antarabangsa saja dan berniaga pun ramai orang Kelantan.  Anda seharusnya dah boleh membuka minda dan menerima satu perubahan untuk kemajuan rakyat di sana.

Kini masa untuk anda mengubahnya adalah waktu yang paling TEPAT setelah lama beri mandat kepada PAS yang anda semua dah tahu apa yang telah dicapai di sana.

Ayuh saudaraku, BANGUN! BANGKIT! dan BUKA! hatimu...

Buat renungan ... bacalah posting di bawah (link):




Tuesday, April 23, 2013

Politik Malaysia Yang Aneh

Politik Malaysia Yang Aneh

Di sini gua rasa tak perlu cakap apa-apa kot, pasti hangpa semua faham maksud foto di atas.  Ada mata buka, ada telinga pakai dua-dua dan ada akai kasi pakai.

Majulah sukan untuk negara.  Hahahaha .... 

Faham kan? 

Monday, April 22, 2013

Mike Tyson Sah Milik PAS

Mike Tyson Sah Milik PAS


Tan Sri Muhamad Taib yang aku kenali dulu merupakan seorang pejuang UMNO yang mantap dan jitu.  Ingat aku waktu PRU 12 beliau disingkir oleh Khir Toyo dari bertanding di mana-mana DUN mahupun Parlimen.  Sememangnya Tan Sri hancur hatinya dan bersedih ketika kami semua berkumpul di rumah beliau pada ketika itu di Kelana Jaya sebelum berhijrah ke Shah Alam.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kelana Jaya pada hari itu berkata "Tan Sri, saya kecewa dan tidak puas hati dengan keputusan ini.  Sedangkan Tan Sri telah berjaya membuktikan kepada parti dengan banyak kemenangan pada pilihanraya-pilihanraya kecil yang digalas oleh Tan Sri.  Kami semua akan pakat-pakat tutup bilik gerakan".

Tan Sri jawab "Jangan begitu, kita berjuang kerana parti buka kerana saya.  Kalau saya tak dicalonkan kita boleh sama-sama naik motosikal jadi penggempur dan berkerja untuk pastikan kemenangan parti"  Tu dia hebat Tan Sri Mat Taib ni... Tapi setelah kena mandi dan tumpas pada perebutan jawatan Timbalan Presiden beliau terus berundur dan bersara dari kancah politik.

Kini setelah anak menantunya yang bekerja keras pula tidak dicalonkan, beliau seakan mengamuk apabila membuat keputusan sertai PAS.


Apa yang terjadi sebenarnya kami lihat Tan Sri sebagai kartun.  Haha ... Mengapa tidak bertanding BEBAS je ke .... Walau apa pun Tan Sri lebih tahu apa yang Tan Sri buat.  

Apa pun lompat dan melompat parti ini perkara biasa dan lazim bila pemimpin kecewa. Dulu berkempen balun PAS dan Pakatan Rakyat bagai nak gila.  La ni apa dah jadi?  Bukan sekadar "Meludah dan jilat balik" .. Ni dah macam Mengahak dan Jilat balik" kikikiki


Selamat Hari Raya ... Ni lah topik paling sedap aku tulis dari seorang pemimpin tinggi yang berkaliber dan satu lagi tamparan manis buat Barisan Nasional.   Tan Sri pasti dah bersiap sedia kan kan kan?

La ni kita tunggu pulak Fendi isi borang PAS.  

Sunday, April 21, 2013

Nik Abduh Nik Aziz Bakal Tewas

Nik Abduh Nik Aziz Bakal Tewas


Benarkah Nik Abduh tidak disenangi pengundi di Pasir Mas?

Benarkah beliau miliki harta yang tidak berani untuk diisytihar?

Info berada di sini.  KLIK

Saturday, April 20, 2013

Roket Mendarat Di Bulan

Roket Mendarat Di Bulan

PAS TIDAK DAPAT BAYANGKAN KESEDIHAN RAKANNYA

Harakahdaily,19 Apr 2013
KOTA BHARU: "Kesediaan DAP menggunakan logo PAS ini saya sifatkan sebagai detik bersejarah dalam perjuangan PAS semenjak lebih separuh abad ia ditubuhkan," kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Beliau mengulas keputusan DAP menggunakan logo PAS setelah Pendaftar Pertubuhan memutuskan untuk tidak mengiktiraf barisan kepimpinan DAP yang ada sekarang.

"Saya ingin melahirkan simpati kepada DAP di atas tragedi yang menimpa mereka di saat-saat akhir penamaan calon besok hari.

"Sudah tentu tidak dapat dibayangkan kesedihan yang melanda ekoran terpaksa mengenepikan lambang rasmi yang telah digunakan zaman berzaman," kata Tuan Guru Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan dalam kenyataannya hari ini.

Berikut adalah kenyataan penuh Tuan Guru Nik Aziz.

Penggunaan Logo PAS Oleh Calon DAP: Akhirnya Roket Mendarat Di BulanSaya membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi DAP Karpal Singh pada petang ini bahawa calon-calon DAP akan menggunakan logo PAS di Semenanjung Malaysia dan logo PKR di Sabah dan Sarawak di dalam pilihanraya umum 5 Mei ini.

Ini berikutan sehingga jam 3 petang hari ini, DAP belum mendapat mendapat sebarang respon penarikan balik surat penggantungan jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) parti itu daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan juga tiada tanda-tanda surat itu akan tiba.

Saya ingin melahirkan simpati kepada DAP di atas tragedi yang menimpa mereka di saat-saat akhir penamaan calon besok hari. Sudah tentu tidak dapat dibayangkan kesedihan yang melanda ekoran terpaksa mengenepikan lambang rasmi yang telah digunakan zaman berzaman.

Isu logo sekalipun mungkin nampak kecil bagi sesetengah pihak, tetapi ia melambangkan maruah dan harga sebuah perjuangan.

Dari sudut yang lain, kesediaan DAP menggunakan logo PAS ini saya sifatkan sebagai detik bersejarah dalam perjuangan PAS semenjak lebih separuh abad ia ditubuhkan.

Dalam melayari bahtera politik tanah air, PAS dan DAP sering dilagakan oleh UMNO/Barisan Nasional. Di hadapan bangsa Melayu, pemimpin UMNO menakut-nakutkan mereka dengan bahaya DAP dan begitu juga sebaliknya di hadapan bangsa Cina, mereka digembar-gemburkan dengan imej PAS sebagai taliban, radikal dan sebagainya.

Natijahnya, Melayu Islam dan bukan Melayu terus hidup dalam keadaan syak wasangka antara satu sama lain.

Hari ini, benteng tersebut telah runtuh sepenuhnya. DAP tanpa takut-takut lagi telah merobohkan persepsi ini apabila bertindak berani memilih logo PAS untuk bertanding di kawasan-kawasan yang telah diperuntukkan kepada mereka khususnya kawasan yang mempunyai majoriti pengundi Cina.

Saya kira, inilah saat di mana perjuangan PAS sudah tidak menjadi kegerunan lagi kepada bangsa Cina. Sekalipun ia masih belum diterima sepenuhnya, namun sedikit demi sedikit ia telah hilang.

Saya mengimbau kembali saat ketika Perjanjian Hudaibiyyah dimeterai antara Rasulullah SAW dan orang-orang Musyrikin Mekkah.

Kabilah-kabilah Arab di sekitar Madinah yang masih belum memeluk Islam mengambil keputusan untuk bernaung di bawah naungan kerajaan Islam Madinah.

Di saat itulah, sahabat-sahabat Rasulullah SAW diuji dengan rasa terhina akibat melihat secara zahir bagaimana perjanjian tersebut berat sebelah.

Namun kesabaran mereka segera diganjari oleh Allah SWT apabila perjanjian tersebut membuka peluang Rasulullah SAW menakluki kota Makkah apabila perjanian tersebut dilanggar di mana Bani Khuzaah yang masih belum memeluk Islam dan berlindung di bawah naungan Islam diserang oleh kaum Musyrikin.

Alhamdulillah, ketika UMNO masih menjaja keris tumpulnya merata-rata, perjuangan PAS sudah mula diterima di kalangan non muslim. Ketika UMNO main kayu tiga dengan perjuangan bangsa Melayu, PAS terus ke hadapan membawa misi dakwah dengan slogan PAS for All.

Non Muslim di sana sini tidak lagi segan silu membawa bendera PAS dan sebaliknya tidak pernah kita saksikan mereka membawa bendera keris tidak bersarung milik UMNO.

Saya yakin, benih Islamphobia yang disemai UMNO semakin mati tunasnya. Keputusan DAP ini insya-Allah satu rahmat besar buat PAS. Ia sebenarnya rezeki buat perjuangan Islam.

Mungkin Barisan Nasional merasakan langkah ini bakal membantutkan gerak langkah Pakatan Rakyat, namun sesungguhnya ia mengandungi rahmat yang sangat besar.

Jika Perjanjian Hudaibiyyah membuka jalan kepada pembukaan kota Makkah, maka tidak mustahil langkah kerajaan Barisan Nasional ini sedang membuka kepada pembukaan Putrajaya dan pembinaan Malaysia Baru.

Tidak mustahil tarikh 6 Mei 2013 nanti, perayaan besar-besaran kemenangan rakyat akan berlangsung di seluruh negara menyaksikan keruntuhan Barisan Nasional.

Yakinlah keputusan ini membuka pintu sejarah yang akan dikenang zaman berzaman. Inilah saatnya di mana akhirnya roket berjaya mendarat di bulan!

Salam hormat,

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (PAS)

Jeng jeng jeng ....... 

Friday, April 19, 2013

PRU 13 - Selangor Dijangka Banyak DUN dan Parlimen 3 Penjuru?

PRU 13 - Selangor Dijangka Banyak DUN dan Parlimen 3 Penjuru?


Terdapat banyak DUN dan Parlimen masing-masing kurang puas hati tentang orang yang dicalonkan.  Yang buat kerja 'ALL OUT' 4 tahun terpinggir.  Yang santai-santai kedai kopi tercalon.  Tidak kira sama ada dari BN atau PR.  Ini satu senario paling menarik di Selangor.  

Kejutan bakal berlaku pada hari penamaan calon esok!  Wow! a Transformation and Action by the people who fight for the right.



3 penjuru a.k.a Cap Kaki Tiga.  Cap Kaki Tiga adalah ubat yang dipercayai turun menurun.  Hanya ubat yang mampu mengubati penyakit.  Kikikiki

Setiap kawasan tak kira kedai kopi, restoran, hotel, cafe, dewan, rumah, pejabat, hampir semua orang bicara tentang ini.

Bertandinglah dengan aman dan damai.  Profesional dan jangan ikut nafsu dan marah.  Kerana manusia tidak boleh berfikir dengan waras ketika kemarahan membelenggu jiwa.

Ingat! Sayangi Malaysia dan generasi akan datang.....

Usah ikut perangai orang tak bertamadun, nak buat huru hara ketika mengundi.  Kita rakyat dari negara yang meningkat maju.  Akal dan sikap juga harus moden.

Undilah Barisan Nasional .... :)





Sumpah Laknat vs FItnah

Sumpah Laknat vs Fitnah


Ada mata tengok, ada telinga dengar, ada akal pakai.  Kalau tak pakai akal elok jadi mangkuk tandas.

Thursday, April 18, 2013

Politik vs Duit

Politik vs Duit


Daripada ada blog yang popular tapi tak mendatangkan hasil.  Lebih baik jadi blogger yang boleh jadi jutawan! Hahaha

Komisyen bulan ke 2


Komisyen Bulan ke 3

Kalau setiap bulan income semakin meningkat.  Agaknya bulan ke-4 berapa la pulak kan ....

Wednesday, April 17, 2013

Antara Undi PR atau BN

Antara Undi PR atau BN


Barisan Nasional merupakan sebuah Parti yang tulen, di mana ia sebuah parti yang berkongsi antara pelbagai kaum di dalam satu organisasi.  Manakala Pakatan Rakyat bukanlah sebuah Parti Induk, mereka hanya berpakat-pakat untuk merampas kuasa dan berkuasa.  Itu sebab mereka tak sebulu dengan prinsip kepartian dan dasar parti juga berbeza-beza.  Maka tidak hairan kenapa mereka sering celaru dalam membuat keputusan.  Kalau DAP kata A, PAS kata nak B, Kalau PKR kata C, DAP pula kata kita buat D je lah.  

Menubuhkan sebuah parti bukan sahaja bercita-cita untuk merampas kuasa.  Ia adalah tanggung-jawab untuk segenap lapisan masyarakat dan pembangunan serta ekonomi.  Sanggupkah kita menggadaikan atau memperjudikan nasib negara dan masa depannya?

Sememangnya Barisan Nasional mempunyai pemimpin yang rakus dan tamak.  Kerana sikap sesetengah individu inilah yang menyebabkan nama baik BN tercemar.  Akan tetapi kita telah lihat, DS Najib mengotakan janjinya bahawa transformasi besar-besaran dibuat bagi memastikan undi yang diberi oleh setiap rakyat tidak sia-sia.  Pemimpin yang merosakkan ini telah diasingkan dari bertanding demi kepentingan rakyat dan masa depan mereka.

Bukan senang kita nak tengok pemimpin nombor 1 negara beberapa kali secara terbuka meminta maaf kepada rakyat.  Biarpun salah dari dia sendiri mahupun dari anggotanya.  Ini bukti satu sikap yang insaf dan seorang Perdana Menteri yang sanggup merendahkan hati dan dirinya kepada rakyat.

Berbanding dengan ramai pemimpin-pemimpin dari Pakatan Rakyat yang telah jelas banyak buat salah dan silap.  Akan tetapi sehingga hari ini, tidak satu maaf pun rakyat dengar dari mulut bacul mereka.  Tak perlu saya sebut lagi apa salah dan dosa mereka kepada kita semua.  Anda semua dah tahu, kalau tak tahu jangan jadi macam katak bawah tempurung.  Sila-silalah ambil tahu.  Kalau tidak diam-diam, jangan nak sebuk hal politik.  

Bagi ktia sebagai manusia, menilai sikap dan sifat individu adalah satu kemestian untuk kita memberi sokongan dan kepercayaan berbanding dengan sikap pemimpin yang munafik di mana sering menipu akan janji-janjinya.  Kalau faham, faham lah ... 

Kita semua kini semakin matang dan jangan persiakan atau tidak pakai otak dan akal yang Tuhan dah pinjamkan.  Yang tak pakai akal tu adalah beruk.

Oleh itu, marilah kita sama-sama memastikan kemenangan yang mutlak dan besar kepada BN agar kerja-kerja yang telah diusahakan selama 4 tahun ini dapat disambung agar perlaksanaan dan pencapaiannya terhasil dan memberi manafaat kepada seluruh rakyat.

Jom undi BN!  Tolak Pakatan yang tak berapa nak berpakat tu .. huru hara tak habis-habis ... Porah !