Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, April 22, 2013

Mike Tyson Sah Milik PAS

Mike Tyson Sah Milik PAS


Tan Sri Muhamad Taib yang aku kenali dulu merupakan seorang pejuang UMNO yang mantap dan jitu.  Ingat aku waktu PRU 12 beliau disingkir oleh Khir Toyo dari bertanding di mana-mana DUN mahupun Parlimen.  Sememangnya Tan Sri hancur hatinya dan bersedih ketika kami semua berkumpul di rumah beliau pada ketika itu di Kelana Jaya sebelum berhijrah ke Shah Alam.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kelana Jaya pada hari itu berkata "Tan Sri, saya kecewa dan tidak puas hati dengan keputusan ini.  Sedangkan Tan Sri telah berjaya membuktikan kepada parti dengan banyak kemenangan pada pilihanraya-pilihanraya kecil yang digalas oleh Tan Sri.  Kami semua akan pakat-pakat tutup bilik gerakan".

Tan Sri jawab "Jangan begitu, kita berjuang kerana parti buka kerana saya.  Kalau saya tak dicalonkan kita boleh sama-sama naik motosikal jadi penggempur dan berkerja untuk pastikan kemenangan parti"  Tu dia hebat Tan Sri Mat Taib ni... Tapi setelah kena mandi dan tumpas pada perebutan jawatan Timbalan Presiden beliau terus berundur dan bersara dari kancah politik.

Kini setelah anak menantunya yang bekerja keras pula tidak dicalonkan, beliau seakan mengamuk apabila membuat keputusan sertai PAS.


Apa yang terjadi sebenarnya kami lihat Tan Sri sebagai kartun.  Haha ... Mengapa tidak bertanding BEBAS je ke .... Walau apa pun Tan Sri lebih tahu apa yang Tan Sri buat.  

Apa pun lompat dan melompat parti ini perkara biasa dan lazim bila pemimpin kecewa. Dulu berkempen balun PAS dan Pakatan Rakyat bagai nak gila.  La ni apa dah jadi?  Bukan sekadar "Meludah dan jilat balik" .. Ni dah macam Mengahak dan Jilat balik" kikikiki


Selamat Hari Raya ... Ni lah topik paling sedap aku tulis dari seorang pemimpin tinggi yang berkaliber dan satu lagi tamparan manis buat Barisan Nasional.   Tan Sri pasti dah bersiap sedia kan kan kan?

La ni kita tunggu pulak Fendi isi borang PAS.  

0 comments: