Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, April 8, 2013

Rakyat Malaysia Harus Berterima Kasih Kepada Pakatan Rakyat

Rakyat Malaysia Harus Berterima Kasih Kepada Pakatan Rakyat


Sekalung terima kasih yang tak terhingga kepada Pakatan Rakyat.  Kalau tak kerana PR, Kerajaan BN masih lagi duduk di dalam khayalan dan alpa.  Hentaman dan kritikan keras PR terhadap BN benar-benar membuatkan mereka sedar dan insaf hinggakan Najib Razak sudi membuang ego dan rendah hati memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia secara terbuka.  Syabas! Najib, kamu ada telor..... "Bak kata Dato' Ishak UMNO Bhg Seremban'

Video Najib ada telor - Tonton minit 4:00 


Kalau dulu aku sendiri dah naik mual dan menyampah dengan perangai pemimpin-pemimpin UMNO, kalau tak percaya 'SEARCH' sendiri artikel-artikel aku di blog aku ni.  Banyak yang aku balun pemimpin UMNO.  Tapi kini, aku pula dah jadi tak percaya dengan PR yang banyak menyimpang dan melalut (tak payah nak aku jelaskan di sini, korang sendiri pun dah tahu).

Secara peribadi, keyakinan aku hanya kepada BN untuk terus menerajui Malaysia bagi mengekalkan kestabilan ekonomi, mengekalkan majmuk dan memajukan rakyat.

Kepada kawan-kawanku yang pro PR jangan marah tau, ini kan pendapat aku..... dan aku rasa korang setuju ... kan kan kan ...

Selamat Mengundi!  

# Jangan gadaikan undi kepada parti yang berniat tak ikhlas, walaupun cara mereka dan kempen mereka nampak macam ikhlas.  Tapi sebenarnya ada kekalutan dalam keindahan.  Allah beri kita dua telingan untuk kita mendengar kiri dan kanan, mata juga untuk melihat dari dua belah.  Gunakan sebaik mungkin agar tiada kekesalan nanti ..... 


0 comments: