Antara Undi PR atau BN
Barisan Nasional merupakan sebuah Parti yang tulen, di mana ia sebuah parti yang berkongsi antara pelbagai kaum di dalam satu organisasi. Manakala Pakatan Rakyat bukanlah sebuah Parti Induk, mereka hanya berpakat-pakat untuk merampas kuasa dan berkuasa. Itu sebab mereka tak sebulu dengan prinsip kepartian dan dasar parti juga berbeza-beza. Maka tidak hairan kenapa mereka sering celaru dalam membuat keputusan. Kalau DAP kata A, PAS kata nak B, Kalau PKR kata C, DAP pula kata kita buat D je lah.
Menubuhkan sebuah parti bukan sahaja bercita-cita untuk merampas kuasa. Ia adalah tanggung-jawab untuk segenap lapisan masyarakat dan pembangunan serta ekonomi. Sanggupkah kita menggadaikan atau memperjudikan nasib negara dan masa depannya?
Sememangnya Barisan Nasional mempunyai pemimpin yang rakus dan tamak. Kerana sikap sesetengah individu inilah yang menyebabkan nama baik BN tercemar. Akan tetapi kita telah lihat, DS Najib mengotakan janjinya bahawa transformasi besar-besaran dibuat bagi memastikan undi yang diberi oleh setiap rakyat tidak sia-sia. Pemimpin yang merosakkan ini telah diasingkan dari bertanding demi kepentingan rakyat dan masa depan mereka.
Bukan senang kita nak tengok pemimpin nombor 1 negara beberapa kali secara terbuka meminta maaf kepada rakyat. Biarpun salah dari dia sendiri mahupun dari anggotanya. Ini bukti satu sikap yang insaf dan seorang Perdana Menteri yang sanggup merendahkan hati dan dirinya kepada rakyat.
Berbanding dengan ramai pemimpin-pemimpin dari Pakatan Rakyat yang telah jelas banyak buat salah dan silap. Akan tetapi sehingga hari ini, tidak satu maaf pun rakyat dengar dari mulut bacul mereka. Tak perlu saya sebut lagi apa salah dan dosa mereka kepada kita semua. Anda semua dah tahu, kalau tak tahu jangan jadi macam katak bawah tempurung. Sila-silalah ambil tahu. Kalau tidak diam-diam, jangan nak sebuk hal politik.
Bagi ktia sebagai manusia, menilai sikap dan sifat individu adalah satu kemestian untuk kita memberi sokongan dan kepercayaan berbanding dengan sikap pemimpin yang munafik di mana sering menipu akan janji-janjinya. Kalau faham, faham lah ...
Kita semua kini semakin matang dan jangan persiakan atau tidak pakai otak dan akal yang Tuhan dah pinjamkan. Yang tak pakai akal tu adalah beruk.
Oleh itu, marilah kita sama-sama memastikan kemenangan yang mutlak dan besar kepada BN agar kerja-kerja yang telah diusahakan selama 4 tahun ini dapat disambung agar perlaksanaan dan pencapaiannya terhasil dan memberi manafaat kepada seluruh rakyat.
Jom undi BN! Tolak Pakatan yang tak berapa nak berpakat tu .. huru hara tak habis-habis ... Porah !
2 comments:
Bhai Zelmey...
Memang ramai dalam Pakatan yang macam bangang... nama jer pakatan... tapi tak berpakat pon... hampeh tul lar... Barisan pon ader yang teruk gak... cuma dicover baek punya oleh media...
Gua plak undi Parti Komunis Malaya.... hahahaha .... errr... PKM bertanding ker???
Pemimpin ni kadang2 betul2 menyusahkan jiwa rakyat kan?
Yang ada pulak tu tak tercalon siap nak protes dan boikot BN. Siap ugut nak undi pembangkang pulak tu .. Ni lah dia sikap yg tak matang.
Tapi kan kalau aku dah abis RM2.5 juta untuk rakyat tiba2 tak dicalon pun boleh gila gak kan ... Harap2 kes tu Najib kasi tolong la dia sikit oi ...
Post a Comment