Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, April 24, 2013

Siapa Pilihan Anda Untuk Menteri Besar Kelantan?

Siapa Pilihan Anda Untuk Menteri Besar Kelantan?


Aku ketawa bila nampak posting ni dari blog Zamkata.  Ada memang betulnya apa yang dikatakan.  Takkan lah kita nak ada pemimpin yang dah tua dan nak masuk uzur kan!  Tapi kita faham orang-orang Kelantan ramai yang sayangkan Pok Nik.  Kerana dah terlalu lama jadi MB di sana.  Tapi kita juga harus fikirkan kemajuan dan masa depan.  Masih nak lagi ka Nik Aziz menjadi MB Kelantan?  Beliau dah kata dia masih lagi nak jadi MB Kelantan......... 

Negeri lain dah semakin maju.  Tak kan Kelantan nak biar macam tu je.  Rakyat Kelantan berhak mendapat nikmat hidup dan kemajuan.  Kita lihat mudah saja, kenapa ramai orang Kelantan berhijrah ke Kuala Lumpur dan Johor.  Sudah pasti kerana dua negeri ini pesat membangun dan sesuai untuk berniaga.  Bukan kata di Kelantan tak boleh berniaga, tetapi untuk cepat berjaya dan maju agak sempit ruangnya.

Aku puji orang-orang Kelantan, mereka hebat-hebat dan ramai yang pandai berniaga.  Aku tahu kerana aku ada ramai kawan-kawan dari Kelantan asalnya.  Yang dok di Bukit Antarabangsa saja dan berniaga pun ramai orang Kelantan.  Anda seharusnya dah boleh membuka minda dan menerima satu perubahan untuk kemajuan rakyat di sana.

Kini masa untuk anda mengubahnya adalah waktu yang paling TEPAT setelah lama beri mandat kepada PAS yang anda semua dah tahu apa yang telah dicapai di sana.

Ayuh saudaraku, BANGUN! BANGKIT! dan BUKA! hatimu...

Buat renungan ... bacalah posting di bawah (link):




0 comments: