Results in 24 Hours

Apple Stem Cell Formula

ABANG NI NAKAL TAW !

EXtreme Energy Coffee

Place To Promote Your Product

Make Money Online Today!

Like Heaven

Saufiville

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, September 30, 2012

Sejarah Tercipta di Pertemuan Santai Blogger SeMalaysia

Sejarah Tercipta di Pertemuan Santai Blogger SeMalaysia


Sabtu 29 September - 30 September di Wadi Hussien Janda Baik Pahang, terlakar satu sejarah manis dan amat besar di mana ramai para blogger daripada Pro Pembangkang, Pro Kerajaan dan Pro Atas Pagar dapat berhimpun sebagai satu famili secara santai tapi serius dengan penyerahan ilmu dari Abah a.k.a Pak Habib.

Cukup dulu takat ni taw ... Foto-foto sedang di kemas kini untuk disumbat naik.  Tunggu ! ..... Anda pasti rasa menyesal tak datang .. kikiki

Saturday, September 29, 2012

Perjumpaan Santai Bloggers SeMalaysia




Perjumpaan Santai Bloggers SeMalaysia


Esok, Sabtu 29 Sept hingga 30 Sept, satu Perjumpaan Santai Bloggers akan diadakan di Wadi Hussien Janda Baik a.k.a Pondok Pak Habib.  Pertemuan mata ke mata antara para bloggers tempatan tidak kira sama-ada pihak belah sini, pihak belah sana ataupun pihak atas pagar.  Ini satu program yang sangat menarik kerana para bloggers duduk makan minum dan tidur bersama di bawah satu bumbung tidak kira fahaman mana sekali pun.

Penyertaan percuma siap dengan tempat tinggal.  Amacam, ada bran? ... Bukakan hati dan minda, mari kita bersantai menimba ilmu bersama dari Otai Pak Habib.

Esok Abah akan berkongsi segala ilmunya dalam penulisannya yang telah menerbitkan lebih 60 buah buku bersama-sama dengan perkongsian Uncleseekers.  Mesti best kan kan .... 




Jom kita lepak-lepak santai esok.  Tempat nyaman dengan udara segar bugar sudah pasti membikin otak lapang dan luas pemikiran.

Masih lagi terbuka walau last minit korang nak datang.  Email saja pada email yang tertera pada kotak banner program di atas sekali.


Friday, September 28, 2012

Penemuan Piramid Di Malaysia

Penemuan Piramid Di Malaysia


Di tengah-tengah hutan belantara Pahang sebuah Piramid dikatakan telah ditemui.  Kini ia sedang dikawal rapi oleh Pasukan Komando.  Dikhabarkan juga mereka yang pernah masuk ke dalam piramid ini, bila keluar dihinggapi penyakit misteri dan akan pulih sendiri selepas beberapa minggu.

Persoalannya, kenapa ia dikawal begitu rapi?  

Piramid telah dijumpai di beberapa buah negara di seluruh dunia iaitu Mesir, Mexico, Peru, Nubia, Malaysia, Iraq dan China.  Kesemuanya memiliki struktur dan sifat yang sama.  Antara keunikan piramid ini, ia membias cahaya dari reka cipta dan reka bentuk yang akan menerangi seluruh kawasan dalam piramid dengan terang dari cahaya matahari.  Ini cukup menakjubkan, tetapi sapa yang bina?  Ia bukan kecil...

Adakah orang Melayu membina piramid di hutan Pahang ini?

Tapi kalau nak masuk hutan kena jaga-jaga kerana ular sebesar ini (foto bawah) pernah ditemui di hutan Malaysia.



PIRAMID-PIRAMID YANG DITEMUI

IRAN


Egypt


China


Mexico


Nubia


Bosnia


Iraq



Peru

Siapa yang membina piramid-piramid ini sehingga berada di serata dunia?


The Power of the Pyramid





2 Foto di atas merupakan Piramid yang ditemui di dasar laut Okinama Jepun dan juga didakwa Piramid Melayu.  Ada yang mengatakan kerana terdapatnya keris di ke empat penjuru piramid tersebut (foto masih belum ditemui) dan ia dianggap masih belum kukuh kesahihannya.

Kisah berkaitan sila klik link di bawah:
http://austinstar.hubpages.com/hub/Facts-About-the-Mayan-Pyramids

Dan hamba Allah yang mendakwa menemui piramid tersebut sila klik: http://militaryofmalaysia.net/2012/09/pendedahan-eksklusif-piramid-melayu/

Jika kisah di atas ini adalah benar, maka kita harus sedar bahawa bangsa MELAYU ini merupakan satu bangsa yang luar biasa kehebatannya.  Jika tidak, masakan kita mampu menempa banyak sejarah dan peristiwa yang menyebabkan negara kita terkenal di seluruh dunia.  Mengapa pula negara kita sering dicuba ganggu oleh bangsa Yahudi seperti membiaya beberapa pemimpin politik untuk merampas kerajaan.  Siapakah mereka yang sebenarnya, apakah yang mereka mahukan dan siapa pula selepas Anwar Ibrahim yang mungkin telah mereka (Yahudi) tahu insan ini memiliki gen atau DNA yang hebat dari keturunan mereka (saya mendapat firasat siapa insan ini).  Wallahualam dan ini sekadar cetusan fikiran saya sekadar tiba-tiba.


Sebuah bukit yang berbentuk seperti Piramid yang terdapat betul-betul di hadapan Saufiville Resort Janda Baik Pahang.   Adakah ini piramid tersebut? Cer datang cer datang tengok sendiri.  Bawalah apa sahaja teropong ka apa ka yang boleh anda lihat dan tenung dengan dekat.




Tuesday, September 25, 2012

Seks Anda Kurang Power?

Seks Anda Kurang Power?


Tidak digalakkan kepada mereka yang belum berumah-tangga.!

Perhatian ! Produk ini bukan sekadar untuk menambah kekuatan tenaga batin dan juga bukan sekadar untuk menambah kekerasan zakar dan menambah kandungan air mani.  Tetapi ia mempunyai banyak kebaikan yang membantu masalah seperti Darah Tinggi, Kencing Manis, Gaot, Buasir, Sendi dan lain-lain.  Kopi ini juga diminum sebagai awet muda kerana mengandungi kandungan kolegen selain genseng dan maca.

Untuk membuat pesanan atau pun menjadi pengedar sah. Sila hubungi 019-368 2323 (Seluruh Malaysia)



Wednesday, September 19, 2012

KEPUASAN SEKS SEBENAR

KEPUASAN SEKS SEBENAR


Terdapat pelbagai cara setiap pasangan atau individu sewaktu melakukan hubungan seks antaranya, ada sesetengah golongan wanita lebih gemar senyap tanpa suara ketika dalam keadaan keghairahan yang memuncak. Ada juga yang gemar melontarkan suara erangan yang kuat.


Menurut kajian, kaum lelaki akan menjadi sangat terangsang apabila mendengan suara erangan pasangannya dan ini mampu membuat tahap keghairahan serta kepuasan si lelaki di tahap maksima. Wanita memiliki suara manja yang sering menambat perasaan lelaki. Oleh itu, bagi kaum wanita sebenarnya anda tidak perlu ada rasa malu untuk meluahkan kepuasan menerusi suara erangan kepada pasangan anda kerana itu adalah kesukaan kaum lelaki.

Yang biasanya hanya senyap sewaktu melakukan hubungan seks, mulai hari ini cubalah .. Kalau tak percaya tanyalah kawan-kawan anda.



Tuesday, September 18, 2012

Kes Campak Bayi

Kes Campak Bayi


Ni lah dia si haiwan yang campak bayi dari tingkat atas hidup-hidup. Apa komen korang tentang minah ni?

Remaja Murtad ?


Remaja Murtad ? 

Semoga Allah memberi hidayah kembali kepada beliau.




Saturday, September 15, 2012

Akhirnya UMNO & PAS Bersatu.

Akhirnya UMNO & PAS Bersatu.

Puisi Sehari Sebelum Hari 1 Malaysia @ Sehari Sebelum Hari Lahirku.


Hari ni petang Sabtu tanggal 15 September sehari sebelum hari 1 Malaysia dan sehari sebelum hari ulang tahun aku, sambil dok minum petang dengan kawan-kawan di Craven Cafe Bukit Antarabangsa. Tiba-tiba jiwa terasa ingin mencuit hati perasaan bangsa dan tanah air tercinta. Maka terhasillah puisi sepontan ini ..

Dulu Bumi menadah darah,
Darah tumpah Tok Nenek Moyangku,
Dulu Bangsa menjadi korban,
Mencari Kebebasan untuk cucu cicitnya.

Terkorban nyawa terkorban kasih,
Tiada berasa kesal dan layu,
Siang dan malam berteman ketakutan,
Tiada aman bumi dijajah.

Keluarga bersatu mengerat jemari,
Kasih disulam sesama tetangga,
Mencari muslihat mengusir penjajah pergi,
Atuk dan abang berhias senjata.


Cina, India juga Melayu.
Bersatu hati ibarat si pipit,
Berjuang demi 1 hala tuju,
Merdeka diidam di hati terpahat.


Setelah nyawa mereka terkorban.
Kini kita pewaris bumi,
Mengapa bangsa tiada sehaluan,
Kekusutan lalu harus dikembali.


Tiada sengketa terhasil bahagia
Tiada benci membawa gembira
Tunduklah seketika ingat yang Esa
Hargai anugerah negara sejehtera

Jika Tuhan menjadi MURKA
Tiada guna sesal dan berduka
Bangsa hancur lagi binasa
Anak bangsa menjadi mangsa

Siamang tertawa melihat sengketa
Apa tidaknya mereka sendiri hidup berdamai
Beruk pula berdekah gembira
Melihat bangsa menjadi keji

Sudahlah wahai rakyat Malaysia
Kembali lah kepada damai yang asal
Bersalah sudah bermaaf turut dikata
Berjabat mesra tanpa kesal

Melayu, Cina mahupun India
Kasih terpupuk berabad lama
Kini sudah tiba masanya
Berjiran bekeluarga berkasih mesra.

Salam 1 Malaysia.






Friday, September 14, 2012

Simbah Cat vs Pistol

Simbah Cat vs Pistol


Elok la tu ... puak satu simbah cat, puak dua keluar pistol.

Tapi pistol tu dalam keadaan yang merbahaya beb .. Dikatakan 'Locked' tapi masih ada sebutir peluru lagi mungkin ada di dalam 'injection port'' ? Kalau la tertarik picu dan pistol tak lock. .. Macam-macam bole jadi beb ,,,


Apa nak jadi dah negara Malaysia ni oi ... ?!!

Nelly Furtado Pun Layan Gangnam Style ! Muahaha

Nelly Furtado Pun Layan Gangnam Style ! Muahaha


Jangan tak percaya beb ! ...

Kata-Kata Keramat Pemuda UMNO Bahagian Kapar

Kata-Kata Keramat Pemuda UMNO Bahagian Kapar


Ketetapan Pemuda UMNO Bahagian KAPAR dalam persidangan hari ini, 13.09.2012. Klang Executive Club.

1. Penyatuan pemimpin dan orang Melayu Islam dalam isu-isu kepentingan kaum Melayu, Agama dan Raja Melayu sentiasalah harus bersepakat dan dipertahankan.


2. Idea penyatuan dan perpaduan antara parti kaum Melayu terbesar iaitu UMNO dan PAS harus terus digerakan demi menyelamatkan Bangsa Melayu , Agama Islam , kuasa Raja dan menyelamatkan Negara daripada mereka yang berkepentingan peribadi

3. Semangat Patriotik dan cintakan Negara serta semangat kasih sayang antara kaum harus digerakan supaya tidak terhakis pembangunan, kemajuan ekonomi , semangat daya juang dan pembinaan Negara bangsa,


4. Undang-undang dan Tindakan yang lebih tegas harus digubal, dinilai dan diambil supaya dapat membendung gejala-gejala tidak bertamadun , dan diambil tindakan keras keatas mereka-mereka yang menanamkan semangat kebencian kepada pemimpin dan mereka memporak perandakan Negara.


5. Pemimpin harus lebih berani dan lebih tegas bersuara dalam menangani isu-isu bila melibatkan Negara, bangsa, agama serta Raja-raja Melayu dan seharusnya berani mengambil tindakan lebih keras, dan menegur walaupun pahit.


6. Semua Pemimpin –pemimpin harus mengambil iktibar agar tidak sekali kali menimbulkan kesombongan baru politik, rakyat tidak didahulukan, dasar diubah secara bukan-bukan, terlalu bertolak ansur dan menolak prinsip penerimaan yang akhirnya membawa bahana yang besar pada keseluruhan kaum Melayu.


Pengulungan persidangan Pemuda UMNO Kapar.


Melayu-Islam itu sendiri yang sukakan perpecahan. Melayu beragama Islam tetapi menolak persaudaraan Islam. Itukah dilema politik Melayu?


Perjuangan nasionalis Islam nampaknya berpandangan lebih jauh. Sejak

kemerdekaan negara 1957 dan pembentukan Malaysia 1963, kita telah

menyaksikan turun naiknya gelombang politik dan kehidupan rakyat dalam semuabidang. Kini, kita sedang memasuki Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10),2011-2015 melalui Gagasan 1Malaysia, Program Transformasi Kerajaan dan Model Baru Ekonomi yang diperkenalkan pucuk pimpinan nasionalis Islam.

Politik Melayu terletak di bahu UMNO dan Pas. UMNO sudah melebarkan

sayapnya ke Sabah. Kebijaksanaan kesepakatan kerajaan BN sudah terbukti.
Persekongkolan Pas, PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat (PR) belum berjaya
menunjukkan kehebatan, kecuali pecah belah, dikepalai orang yang menentang
Melayu dan menolak Islam, serta mengharu-birukan pentadbiran. Hala tuju
kepimpinan politik Malaysia sebenarnya pula tergantung kepada Melayu dan
bumiputera. Masyarakat Cina dan India telah memahami dan akur akan situasi
ini. Jika Melayu hilang kuasa, sebabnya bukan kerana orang lain, tetapi kerana
perbuatan sesama Melayu. Oleh yang demikian, Bangsa Melayu perlukan
transformasi budaya politik tersendiri.

Tuan Pengerusi dan siding perwakilan…..

Kuasa politik Melayu di Malaysia ternyata merupakan pertarungan antara UMNO
dengan Pas. PKR bukan sebuah parti Melayu tulen dan baru diasaskan. Melayu
patut mengkaji bagaimana pola politik bukan Melayu khususnya orang Cina dan
India. Kenapa mereka bersatu apabila berhadapan dengan isu-isu kepentingan
kaum mereka. Pola MCA, DAP, Gerakan dengan sokongan pertubuhan bukan
kerajaan (NGO) mereka sentiasa sepakat mempertahankan isu bahasa, budaya dan pendidikan sendiri.

Perbalahan sesama Melayu janganlah sampai merosakkan idealisme perjuangan, menjadikan 'yang dikejar tidak dapat, yang dikendung berciciran', apalagi sampai merobekkan tonggak-tonggak kenegaraan. Melayu pula suka bertelingkah hatta terhadap dasar-dasar nasional. Sepatutnya di mana ada kelemahan, di situ dibuat pembaikan bersama. Masalah umum rakyat dan kenegaraan jangan dipinggirkan.

Kita bimbang politik Melayu mudah berubah prinsip kerana meraih sokongan. Kita juga bimbang kalau ada mana-mana parti dan perjuangan politik Melayu menjadi semakin lemah. Jika Melayu benar-benar mahu mempertahankan Islam sebagai agama negara, kemajuan bangsa dan Malaysia menjadi tanah air terbaik buat rakyatnya, maka kekuatan kuasa politik Melayu adalah suatu kemestian.

Era 1980-an, era parti induk Melayu hampir terkubur. UMNO pengsan sebentar,

kerana perebutan kuasa dalaman, tetapi mujur dapat dipulihkan. UMNO pernah
kehilangan tokoh-tokoh besar dalam peristiwa parti pada tahun 1987 dan 1999.
Pada dekad itu, bukan sahaja UMNO yang berpecah, bahkan sampai sekarang,
hubungan UMNO dengan Pas terlalu 'masam'. Untuk menemukan pimpinan
Melayu dari kedua-dua parti itu sehingga bermuzakarah pun terlalu sukar.

Apakah politik Melayu boleh bertahan lebih lama kerana semakin banyak tandatanda menunjukkan Melayu dihinggapi penyakit. Dahulu politik Melayu sangat kuat kerana didukung oleh para guru, orang-orang desa dan mereka yang berjuang tanpa mengharapkan ganjaran mata benda. Kini dikaitkan pula dengan politik wang. Mungkin kerana generasi pimpinan sudah berubah, lebih ramai orang korporat terlibat secara langsung.

Perjuangan komersialisme telah mengatasi idealisme asal. Skandal politik wang

diakui oleh para pemimpin kita sendiri. Kalau nilai-nilai buruk sedemikian
tidak dilupuskan, krisis politik akan terjadi, keikhlasan akan hilang, timbul
penyakit-penyakit lain yang lebih kronik yang akan menjalar kepada kerja-kerja
pembangunan, kemajuan ekonomi, kelunturan daya juang dan kesan besar terhadap pembinaan negara bangsa.

Sewaktu kaum lain terus mengukuhkan kuasa ekonomi mereka dan tegar

mempertahankan kuasa politik, amat tidak 'comel', Melayu dan bumiputera
asyik bercakaran, sorak sorai macam 'Pak Kaduk'. Ketahanan orang lain sudah
lama ditegakkan melalui ekonomi, pendidikan, kebudayaan dan bahasa sendiri,
dan menguasai kehidupan kota dan gerakan terbaru pembangkang ialah untuk
menguasai setiap bandar di Malaysia.

Melayu yang tidak tetap pendirian dan 'tidak lekat dasar' tergamak bersekongkol

dengan mereka itu semata-mata kerana dendam dan kerakusan kuasa.

Tuan Pengerusi dan sidang perwakilan….

Saya ingin menyelar pembangkang yang dilihatnya telah 'mempamerkan
keupayaan' memporak perandakan negara dalam tempoh sehari sahaja dengan
merosakkan sambutan Hari Kemerdekaan menggunakan perhimpunan 'Janji
Bersih' di Dataran Merdeka dan sambutan di peringkat negeri Selangor.
"Bayangkan, selama 54 tahun kita telah menyambut hari kebangsaan dengan
bersatu hati di bawah satu bumbung, mengibarkan Jalur Gemilang sambil
menyanyikan lagu Negaraku dengan semangat patriotik, tetapi pada sambutan
kali (ke-55) ini, terdapat segelintir rakyat Malaysia enggan mengakui kewujudan
bendera yang kita hormati.

"Tidak cukup itu, mereka kelihatan begitu bangga mengibarkan pula bendera yangseakan-akan bendera dari Singapura dan Indonesia. Terasa patah hati melihat anak bangsa sendiri berkelakuan seperti tidak berakal kerana termakan tohmahan kumpulan berkepentingan yang mahu mengubah Jalur Gemilang.

"Perlu saya ingatkan golongan ini bahawa Jalur Gemilang adalah hak milik setiap
rakyat Malaysia. Ia bukan bendera parti politik yang perlu diubah mengikut cita
rasa pemerintah. Cubaan mengubah bendera rasmi sesuka hati adalah perbuatan yang saya anggap sebagai jijik dan hina,"Pembangkang telah menyemai benih kebencian terhadap Jalur Gemilang dan kelihatannya sungguh yakin bahawa agenda pembangkang adalah mahukan pembentukan Malaysia kepada sebuah negara republik. Lebih menyedihkan terdapat penglibatan golongan anak muda Melayu yang turut sama di dalam perhimpunan itu.

Saya harap rakyat dapat lihat ke manakah arah hala tuju pembangkang kini.

Dalam sekelip mata saja, pelbagai keinginan serta perubahan-perubahan 'aneh'
cuba dilakukan oleh mereka.Baru sahaja 4 tahun memerintah, mereka sudah
besar kepala seolah-olah telah memerintah negara selama 55 tahun. Kita tidak
dapat membayangkan apakah kita masih bersatu padu, seandainya diperintah oleh mereka yang hanya mempunyai kepentingan mereka sendiri.

Tuan pengerusi dan sidang perwakilan….

Ini bukan kali pertama cubaan pakatan pembangkang memprovokasi Jalur
Gemilang. Sebelum ini, bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin pernah bertindak di luar dugaan dengan menggelarkan Jalur Gemilang kepada 'Jalur Malang' tanpa sedikit pun perasaan bersalah. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M. Manoharan pula lebih drastik dengan berjanji akan mengubah bendera Malaysia kepada bendera baru jika pembangkang berjaya ke Putrajaya. Malah dia enggan mengakui Jalur Gemilang sebagai bendera rasmi dan berdegil untuk tidak mengibarkan bendera Malaysia di mana-mana beliau berada sehingga kini.

Kita turut membidas sikap peserta perhimpunan 'Janji Demokrasi' yang bertindak

luar batasan dengan memijak potret Perdana Menteri dan isterinya, Datin Seri
Rosmah Mansor. Tidak cukup dengan itu, ada peserta bertindak melampau dengan melondehkan seluar pada gambar tersebut dan ditatap beberapa orang Melayu dengan siulan kegembiraan oleh anak-anak muda.

Demikian juga apabila kerajaan PKR Selangor membelakangkan peranan Sultan

Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dengan tidak menjemput baginda ke
sambutan Hari Kemerdekaan peringkat negeri Selangor. Kerajaan negeri berkenaan dilihat hanya membiarkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim seorang untuk menjadi orang kenamaan (VIP) dengan memberikan ucapan selama lebih setengah jam. Apakah ini seminar ekonomi atau majlis ceramah politik PKR?

"Apa lagi perubahan yang ingin dibuat oleh mereka? Bagaimana boleh bertindak

sedemikian? Adakah ini gaya pembangkang apabila sampai ke Putrajaya kelak?
Kita minta rakyat terutamanya orang Melayu menilai sendiri betapa rakusnya
pembangkang yang cuba mengambil tampuk kuasa dari kerajaan.

Tuan Pengerusi dan sidang perwakilan…..

Kalau tidak kena jalannya, Melayu memang boleh hilang kuasa politik. Sesuatu
yang hilang bukan mudah untuk diganti. Senario politik kian kompleks. Kalau
kita hilang ketegasan, maka akan banyak hak-hak Melayu dan kenegaraan akan
terkorban. Sokongan ahli parti, semangat kekeluargaan berparti, amanah mesti
dipupuk kembali agar tidak mati, bukannya amalan rasuah. Sejarah menunjukkan kejatuhan Melayu terjadi disebabkan adanya orang-orang seperti Pateh Karma Wijaya, Raja Mandaliar dan Si Kitol. Melayu jatuh kerana ruang akal budinya dipenuhi dendam, hasad dengki, cemburu, dan perbalahan yang merugikan. Sampai bilakah Melayu harus berpecah belah….Ayuh..!!! Berubahlah Melayu demi anak bangsa, agama, dan Negara. Tekadkan hati, satukan pendapat, kuatkan semangat untuk terus kita bersatu di bawah satu bumbung yang teguh dinamakan MELAYU….

Allah hu Akbar ..Allah hu Akbar…Allah hu Akbar.. Hidup Melayu..!!!