Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, March 31, 2013

Nasi Briyani Gam Johor Paling Sedap Di Kuala Lumpur

Nasi Briyani Gam Johor Paling Sedap Di Kuala Lumpur
Nasi Briyani Gam Johor An Nur Kampung Baru

Berjalan-jalan di sekitar Ibu Kota Kuala Lumpur tidak lengkap sekiranya tidak singgah di Kampung Baru yang terpahat pelbagai nama makanan dan sejarah.  Amat terkenal dengan Bubur Lambuk Masjid Kg Baru di bulan puasa, Nasi Lemak Antarabangsa, Nasi Campur, Lontong Jawa, Restoran Minang dan macam-macam lagi.

Bagi yang suka dengan rasa rempah semulajadi Nasi Briyani Gam Johor, aku sarankan korang pekena di Nasi Briyani Gam Johor An Nur Kampung Baru.  Pemilik kedai dan resepi, Buang Ahmad berasal dari Bakri Muar, Johor dah 30 tahun di dalam bidang masakan dan restoran.  Beliau juga merupakan bekas Pengurus kepada Shah Caterer Kg Baru pada sekitar tahun 80'an.

Gua bukan nak angkat sembarang ini kedai lah .. tapi lu orang sendiri rasa dan sendiri kasi komen la ... Dia punya lauk Kambing, Ayam, Daging dan aca buah memang gua bagi 'First Class'.  Rempah memang tak lokek dan sangat terasa masakan briyani gam ni beb.


Selain itu, mee rebus Johor, mee bandung Muar, Tauhu Bakar dan Air Bandung Soda Muar pun ado jang oi ... Sedap be! ... Sedap ek! ... 

Gua dah try beberapa nasi briyani gam johor di sekitar Kuala Lumpur, yang lain-lain tu boleh la ... tapi yang ini MUST TRY lah!






Mee Bandung Muar Original memang terangkat beb.  Pun kena rasa, tak kena tak tau....

Mee Rebus Johor

Tauhu Bakar


LOKASI :
NO 15, JALAN RAJA MUDA MUSA
MASUK JE IKUT PINTU GERBANG KAMPUNG BARU 
ADA DI SEBELAH KANAN SEBELUM RUMAH PANGSA KAMPUNG BARU 




017-3134610 / 012-2343310




3 comments:

Unknown said...

Thanks bro for the info...lpas bace post kau terus aku pergi... N currently while comment kau punye post aku sedang menikmatinya.... Cheers bro...

zelmey said...

That's cool bro. Send my regard to the bos haha

Unknown said...

Boleh share location