Results in 24 Hours

Apple Stem Cell Formula

ABANG NI NAKAL TAW !

EXtreme Energy Coffee

Place To Promote Your Product

Make Money Online Today!

Like Heaven

Saufiville

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, December 5, 2008

BENARKAH INDUSTRI PERTANIAN DAN PENTERNAKAN MEMPUNYAI POTENSI BESAR??

BENARKAH INDUSTRI PERTANIAN DAN PENTERNAKAN MEMPUNYAI POTENSI BESAR??

KEJAYAAN SEMASA KRISIS EKONOMI

FRESH PALMS (S) SDN BHD

Dimaklumkan bahawa pemilik syarikat ini telah menjalankan operasi perniagaannya dalam bidang-bidang tersebut dibawah telah berjaya sehingga mengambil alih sebuah syarikat VOIPCOM USA INC yang tersenarai di bursa saham NEW YORK Amerika dengan majoriti 66 juta lot saham.

Senarai Projek yang sedang dibangun dan diusahakan-

1) 20,000 ekar projek penanam rumpai laut di Semporna Sabah dan Sulawesi
2) 500 ekar projek penternakan udang di Tanjong Piandang Perak
3) 50 ekar projek penternakan talapia dan patin di Simpang Pulai Perak
4) Frozen food factory yang terbesar di Asia Tenggara juga di Perak
5) Oil & Gas, pelantar minyak di Lumut Perak
6) Projek usaha sama otomobil dengan DRB Hicom (dengan konsep terkini iaitu pulangan 90% dari harga kereta dibeli setelah habis bayaran ansuran)

Anda dipelawa untuk menjadi smart partner kepada syarikat ini.

Setiap smart parner akan dibawa ke tapak-tapak projek untuk lawatan dan melihat sendiri projek-projek yang dibangunkan.

Harga saham syarikat kini meningkat kepada RM6,900 satu lot. Dijangka akan terus naik pada setiap pelancaran projek-projek baru akan datang.

Dividen / perkongsian keuntungan
- Quarterly (setiap 3 bulan) = 4 kali setahun dengan kadar min 10% - 20% (min 40% setahun - max 80% setahun)
- Yearly (tahunan) = min 10% - max 30%
* Ini berarti jika minimum 40% + 10% = 50% setahun

Sijil saham
- Pembeli saham 1-9 lot akan diberi 2x ganda nilai saham.
- Pembeli saham 10 lot keatas akan diberi 3x ganda nilai saham.

Apa yang menarik di sini selain dari kadar dividen yang tinggi, setiap pelaburan anda akan dilindungi oleh MAA Assurance (Trust Fund) dan insurans ini juga dibayar premiumnya oleh pihak syarikat.

- Benarkah ini berisiko besar????

- Benarkah ini merupakan dividen yang tertinggi dipasaran??

- Benarkah dengan syarikat yang telah mula beroperasi dengan hanya rumpai laut (sea weed) dan kini telah berkembang kepada pelbagai cabangan projek membuktikan syarikat ini mengurus dana dan projek dengan cekap??

- Benarkah dengan rekod pembayaran dividen serta komisyen yang tepat membuktikan syarikat ini juga berjaya dalam projek-projeknya??

- Benarkah ini satu bentuk pelaburan / simpanan yang terbaik??

- Benarkah ini satu peluang keemasan dan terbaik untuk jangka masa panjang bagi pelabur mahupun agen-agen pemasaran??

- Benarkah dengan pengeluaran bahan mentah dan ternakan yang dieksport ke Jepun, Taiwan, China, Hong Kong dan beberapa negara di Eropah merupakan industri yang sihat dan mempunyai prospek jangka panjang?????

Jika anda rasa benar, maka sertailah projek ini bersama.. Jika rasa tidak maka abaikan projek-projek ini....

* Anda juga dipelawa untuk menjadi agen pemasaran bagi pihak syarikat untuk projek-projek ini. Ramai dikalangan agen pemasaran telah terbukti dapat menjadikan bisnes ini sebagai karier sambilan mahupun sepenuh masa dengan pendapatan antara RM50,000 hingga RM300,000 tiap-tiap bulan.

Untuk keterangan lanjut dan khidmat rundingan sila hubungi wakil agen-agen sah dibawah.

Zelmey 019-368 2323
Hisam 016-965 0505
Jamal 017-606 0650
Kamal 012-221 2231
Jasni 019-355 1149
Yusri 018-388 8600

Friday, November 7, 2008

API SEMASA KECIL MENJADI KAWAN BILA BESAR SEGALA MUSNAH

API SEMASA KECIL MENJADI KAWAN BILA BESAR SEGALA MUSNAH

Thursday, November 6, 2008

The Black Champs ...


The Black Champs ...

We think of faith as a source of comfort and understanding but find our expressions of faith sowing division; we believe ourselves to be a tolerant people even as racial, religious and cultural tensions roil the landscape. And instead of resolving these conflicts, our politics fans them, exploits them, and drives us further apart - Barack Obama (July 27, 2004)

And now, his words truly happened and he made it !!

It is not impossible to be a big wave again in our country (Malaysia). As what we have seen in PRU-12 where 5 States down to PR if UMNO or BN still in an internal conflict.

So now, what are the formula for UMNO and BN to win the heart of the population of Malaysian and gain back the trust on them.??

Benarkah Kemenangan Barrack Obama Membakar Semangat PR Untuk Menumbangkan Kerajaan BN.????



Benarkah Kemenangan Barrack Obama Membakar Semangat PR Untuk Menumbangkan Kerajaan BN.????

- Benarkah kemenangan Obama membuktikan si kerdil mampu menumbangkan si GAJAH?

- Benarkah pendapat dan idea bernas dari anak muda dan cendikiawan sering tidak diterima oleh pemimpin UMNO?

- Bernarkah UMNO menolak golongan profesional?

- Benarkah ini juga penyebab pemimpin lemah dan tidak berilmu?

- Benarkah ini terjadi kerana pemimpin UMNO asyik dan ghairah dengan agenda peribadi?

- Benarkah ini merupakan penyumbang kepada anak muda dan cendikiawan beralih kepada PR?

Sila beri komen ikhlas dan bernas untuk kebaikan semua pihak...

Terima kasih

Sunday, October 19, 2008

Uncle Seekers saman Ustaz Arief (cakera alam) RM 5 juta

Uncle Seekers saman Ustaz Arief (cakera alam) RM 5 juta

uncleseekers saman Arief cakra alam

Thursday, October 16, 2008

BENARKAH RESTORAN MAMAK JIJIK DAN KOTOR??

BENARKAH RESTORAN MAMAK JIJIK DAN KOTOR??


Satu lagi pendedahan eksklusif Uncleseekers selepas membongkar penipuan bomoh palsu, pukulan jarak jauh, Jenglot & Pameran Hantu.

Benarkah segelintir Restoran Mamak di Malaysia menghidangkan makanan kepada para pelanggan menggunakan minyak masak kitar semula yang mungkin telah digoreng dengan pelbagai makanan yang tidak halal? Benarkah sayur yang digoreng tidak dibasuh dengan bersih sehingga kadangkala pengguna tanpa sedar menikmati sayuran yang digoreng bersama ulat dan racun serangga? Benarkah terdapat segelintir peniaga Restoran Mamak yang rakus meletakkan 7 jenis najis antaranya taik kuku & abu mayat sebagai pelaris makanan? Benarkah kari yang dihidangkan setiap hari sebenarnya adalah kari yang telah dicampur dengan kari yang sudah bertahun lamanya?

Penulis sanggup dibawa kemuka pengadilan sekiranya bukti bergambar didalam buku ini adalah palsu!

Sunday, October 12, 2008

SYABAS !! PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN KAPAR

Hj Roslee bin Abdul Hamid


SYABAS !! PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN KAPAR

10 Oktober 2008 -

Gold Course Hotel Klang - Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kapar baru sahaja selesai Mesyuarat Perwakilan yang telah pun ditangguhkan pada tepat jam 3.40 pagi 11 Oktober 2008.

Pada pandangan peribadi saya, ini merupakan satu peralihan tampok pimpinan yang sangat efisyen. Ketuanya yang baru Hj Roslee dan Naibnya Ustaz Azizi bakal menonjolkan satu era baru iaitu "Suara Baru".

Hj Rosli menyatakan kepada saya "Suara Baru" yang membawa maksud, satu sistem pergerakan atau pentadbiran yang memberikan "suara terbuka" kepada seluruh ahli yang akan memberi peluang setiap ahlinya memberi sebarang pandangan, komen serta luahan. Beliau juga melantik Tn Hj Faizal bin Abdullah sebagai penasihat kepadanya.

Bagi Naibnya pula, beliau akan sentiasa berkhidmat kepada Ketuanya serta seluruh ahli tanpa mengira waktu dan akan memantapkan lagi Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kapar.

Walau terdapat beberapa suara didalam ucapan penangguhan yang agak extreme, tetapi para pemimpin pemuda dapat menerima dengan hati terbuka setiap pandangan. Ini menunjukkan kematangan dalam mengharungi cabaran untuk memenangi semula pilihanraya ke-13 akan datang.

Syabas juga diucapkan kepada Tn Hj Faizal bin Hj Abdullah iaitu bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kapar yang tenang dan profesional tidak bertanding bagi mempertahankan jawatan ini. Faizal berkata, "bukan senang untuk memuaskan hati semua pihak, tetapi kita telah buktikan yang terbaik dan berilah sokongan kepada Ketua yang baru ini dan teruskan perjuangan untuk orang Melayu. Pada kali ini program-program yang harus diberi keutamaan adalah program bertemu ahli-ahli secara terus dan kurangkan aktiviti-aktivi yang lain seperti sukan".

Wakil Pemuda dari negeri Selangor iaitu Zainuri bin Dato' Zakaria menyifatkan kehilangan Faizal Abdullah merupakan satu kehilangan besar yang amat dirasai. Beliau juga berkata, "Pemuda UMNO Kapar ini sangat beruntung kerana mempunyi Faizal Abdullah".

Apa yang kita semua harapkan, agar Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kapar akan terus memberi perkhidmatan yang cemerlang dan seterusnya menjadi satu sayap utama yang penting dalam usaha merampas kembali kerajaan Negeri Selangor.

Friday, August 29, 2008

TEAM PSI KINI MILIKI STESEN TV SENDIRI

TEAM PSI KINI MILIKI STESEN TV SENDIRI

TEAM PSI akan melancarkan satu stesen tv dengan nama saluran "99 DEBAR". Ia akan dilancarkan secara rasminya pada tarikh 15 September ini.

Stesen tv yang diberi nama yoonic.tv ini mesti anda miliki, kerana anda boleh menonton tv di mana-mana sahaja anda berada sekiranya anda menggunakan laptop, note book, komputer selain dari kaca television sendiri.

Stesen tv ini bakal menggegarkan tanah air kerana dengan hanya RM9.90 yuran bulanan, anda bakal memiliki hampir 3,000 saluran.

Kepada sesiapa yang berminat untuk meletakkan iklan anda di tv ini, sila hubungi saya zelmey di talian 019-349 6688 / 019-368 2323 atau email- zelmey@hotmail.com

Untuk menonton sendiri, layari http://yoonic.tv

- Anda perlu daftar maklumat anda dengan klik 'Register"
- Download
- Seterusnya enjoy ....!!

Salam hormat dari saya
Zelmey Yusof
Team PSI

Friday, August 15, 2008

Benarkah Mohd Saiful Bukhari Azlan Membuat Sumpahnya Dengan Jujur?

Benarkah Mohd Saiful Bukhari Azlan Membuat Sumpahnya Dengan Jujur?

KUALA LUMPUR 15 Ogos – Mohd. Saiful Bukhari Azlan hari ini mengotakan janjinya bersumpah mengikut syariat Islam untuk membuktikan kebenaran dakwaan dirinya diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta di sini pukul 6.30 petang ini.


Dalam upacara yang berlangsung di Dewan Solat Utama masjid berkenaan, Mohd.
Saiful, 23, yang berbaju Melayu coklat menghadap kiblat sebelum melafazkan sumpah berikut:

“Saya Mohd. Saiful Bukhari Azlan dengan nama Allah saya bersumpah saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008 dan pada hari tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam dubur saya.


“Jika saya berdusta dengan perkara ini, saya berdusta dengan Allah S.W.T dan akan dilaknat oleh Allah S.W.T sehingga hari kiamat.


Sebelum lafaz itu, beliau mengucapkan kalimah syahadah sebanyak tiga kali diikuti bacaan surah Al-Fatihah.


Majlis itu disaksikan beberapa pegawai masjid tersebut dan ahli keluarga Mohd. Saiful di samping para pegawai dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).


Antaranya ialah Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali.

Benarkah YB Arif Shah bin Hj Omar Shah akan menang di Permatang Pauh??

Benarkah YB Arif Shah bin Hj Omar Shah akan menang di Permatang Pauh??


Siapakah Arif Shah??

Keahlian UMNO sebelum UMNO Baru diwujudkan. Secara rasmi beliau merupakan ali UMNO semenjak 13hb January 1989 dengan nombor keahlian 00483844

Jawatan-jawatan politik yang disandang -

1. Ahli UMNO Cawangan Tuna;
2. Bertukar menjadi Ahli UMNO Cawangan Sri Kalui;
3. Ketua Pemuda UMNO Cawangan Sri Kalui;
4. AJK beberapa Biro UMNO Bahagian Permatang Pauh;
5. Pengerusi beberapa Biro UMNO Bahagian Permatang Pauh;
6. Ketua Pemuda UMNO Bahagian Permatang Pauh;
7. Bendahari Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang;
8. AJK UMNO Bahagian Permatang Pauh;
9. Naib Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh; dan
10. Ketua Penerangan UMNO Bahagian Permatang Pauh.

Beliau juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Kawasan Seberang Jaya (N10).

Di samping bergiat aktif dalam arena politik beliau juga turut terlibat di dalam kegiatan-kegiatan NGO. Antara jawatan yang disandang oleh beliau ialah:

1. Pengerusi Majlis Perpaduan dan Kebajikan Rakyat Negeri Pulau Pinang;
2. Timbalan Pengerusi PEMADAM Seberang Perai Tengah;
3. Ahli Lembaga Pengarah Kooperasi Seberang Jaya Berhad;
4. Penasihat Kelab Belia Tamil Permatang Pauh; dan
5. Penaung dan Penasihat kepada kepada banyak Pertubuhan NGO di Peringkat Negeri dan Pusat.

Setelah diberi peluang oleh YAB Dato Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi untuk beliau menjadi calon pilihanraya pada Tahun 2004, beliau telah memenangi pilihanraya tersebut dan menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Kawasan Seberang Jaya N10 dengan memperolehi majoriti 4464 undi.

Beliau telah mewujudkan beberapa sekretariat-

1. Sekretariat Permasalahan Rakyat;
2. Sekretariat Sumber Manusia;
3. Sekretariat Kebajikan;
4. Sekretariat Keselamatan;
5. Sekretariat Hal Ehwal Cina;
6. Sekretariat Hal Ehwal India;
7. Unit Agama Islam dan Qariah;
8. Unit Perhubungan Awam dan lain.

Untuk mencapai ke tahap cemerlang Pusat Khidmat YB Arif Shah telah diiktiraf dengan Persijilan ISO 9001 2000.

Pusat Khidmat YB Arif Shah adalah di antara Pusat Khidmat yang paling aktif dengan berbagai kegiatan dan aktiviti dijalankan dari masa ke semasa.



- Benarkah Arif Shah ibarat buku bertemu ruas kepada Anwar Ibrahim?
- Benarkah Anwar Ibrahim goyah dengan Arif Shah sebagai pencabarnya?
- Benarkah rakyat telah mulai sedar permainan politik peribadi Anwar Ibrahim yang telah banyak mencetus huru-hara?

Sunday, August 10, 2008

BENARKAH UMAT ISLAM SEMAKIN TERANCAM DAN TERCABAR DI MALAYSIA??


BENARKAH UMAT ISLAM SEMAKIN TERANCAM DAN TERCABAR DI MALAYSIA??

Sejarah Melayu telah menceritakan dengan pelbagai kehebatan para pendekar-pendekar dan 5 orang Panglima Melaka. Kehebatan dan kegemilangan pejuang-pejuang Melayu dan Islam Tanah Melayu pada ketika dahulu tidak dapat dipertikai dan diperlekeh. Mereka telah berkorban nyawa bagi mempertahan maruah bangsa dan agama.

Adakah kita hanya berdiam diri bila kita dicabar dan dihina?

Kini, Islam dan Melayu telah mula dicabar dan dipertikai di Tanah Tumpah Darah sendiri.

Bangkitlah bangsa ku. Jangan asyik bertelagah sesama sendiri. Mereka sedang mentertawakan kita. Mereka berasa amat gembira bila kita bercakaran sesama sendiri.

- Benarkah Umat Islam dan orang-orang Melayu akan bersatu bagi memperjuang dan mempertahan maruahnya?

- Benarkah sekiranya kita bersatu, usaha mereka yang cuba mempertikai, memecah-belah dan menghuru-harakan Umat Islam dan Bangsa Melayu akan GAGAL?



Wednesday, August 6, 2008

Benarkah Gandingan Pemimpin Yang Ada Disokong sebulat hati??

Benarkah Gandingan Pemimpin Yang Ada Disokong sebulat hati??

Tahniah ! kepada gandingan Ketua Bahagian, Ketua Pergerakan Pemuda & Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kapar yang telah mendapat pencalonan yang memberansangkan serta padu.

- Benarkah pencalonan ini diberikan dengan kehendak akar umbi, bukannya desakan?

- Benarkah barisan kepimpinan ini akan merubah UMNO Kapar kepada lebih cemerlang?

- Benarkah pemimpin-pemimpin yang telah dicalonkan ini disayangi dan disanjungi ahli-ahli UMNO Kapar?

Sunday, August 3, 2008

Pembeli pertama buku termahal di Malaysia bernilai RM1000!

Pembeli pertama buku termahal diMalaysia bernilai RM1000!

99 jelmaan makhluk halus dengan antropologi melayu

"99 Jelmaan Makhluk Halus dengan Antropologi Melayu"


En Azemi Abu Bakar
Managing Director
Golden Ecosystem Sdn Bhd


Dari kiri, Mona, Adeek, Uncle,Salim, Azemi, Saiful, Zelmey, Boy & Adan

Tuesday, July 29, 2008

BENARKAH SYED HAMID ALBAR AKAN TEWAS JAWATAN KETUA BAHAGIAN???

BENARKAH SYED HAMID ALBAR AKAN TEWAS JAWATAN KETUA BAHAGIAN???


Syed Hamid hanya mendapat 3 pencalonan daripada 13 cawangan yang telah bersidang di bahagiannya sehingga 28hb Julai 08 ini. Pencabar beliau Daing A Malik Daing Abdul Rahman mendapat 10 pencalonan.

- Benarkah jawatan Menteri yang disandang oleh Syed Hamid tidak menjamin apa-apa ??

- Benarkah pemimpin itu milik ahli dan rakyat??

- Benarkah wakil rakyat juga milik rakyat??

- Benarkah ahli atau perwakilan penentu kemenangan seseorang calon itu, bukannya calon penentu kemenangan???

Monday, July 28, 2008

BUKU KAJIAN 99 MAKHLUK HALUS DENGAN ANTROPOLOGI MELAYU - UTUSAN MALAYSIA

BUKU KAJIAN 99 MAKHLUK HALUS DENGAN ANTROPOLOGI MELAYU - UTUSAN MALAYSIA



PSI bukukan kajian tentang makhluk halus



Saturday, July 26, 2008

BENARKAH GANDINGAN ROSLI DAN AZIZI MAMPU MEMPERKASA PEMUDA UMNO KAPAR???

BENARKAH GANDINGAN ROSLI DAN AZIZI MAMPU MEMPERKASA PEMUDA UMNO KAPAR???

Hj Roslee bin Abdul Hamid

Ustaz Azizi bin Ishak

Tak tahu nak buat apa pada petang ini, saya pun pergi ke Blue Wave Hotel Shah Alam untuk secawan kopi. Setiba di sana terlihat Hj Rosli dan Ustaz Azizi (calon Ketua dan Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kapar) serta beberapa sahabat yang lain. Apa lagi.. saya ambil kesempatan ini untuk interview mereka berdua dengan bertanyakan matlamat dan visi mereka berdua untuk memimpin Pemuda UMNO Kapar.

Hj Rosli memberitahu saya bahawa beliau inginkan satu pendekatan baru di Pemuda Kapar yang disebut sebagai 'Suara Baru'. Berikut adalah apa yang dijelaskan dengan matlamat beliau -

1) Keputusan dalam mesyuarat Exco Pemuda Kapar akan ditentukan oleh majoriti AJK. Bukannya keputusan yang dipengaruhi oleh beliau.

2) Ketua-ketua Pemuda Cawangan serta AJK cawangan akan lebih didekati dan diberi perhatian.

3) Bekerja berterusan bagi memastikan BN dapat merampas kembali tampok pemerintahan negeri Selangor.

4) Mewujudkan serta menggerakkan biro-biro yang lebih efektif dan efisien.

5) Melaksana program dan aktiviti yang akan menarik lebih ramai lagi masyarakat menyertai UMNO.

6) Berusaha keras bagi memantapkan lagi Pemuda UMNO diperingkat cawangan.

7) Sentiasa mendengar dan mempertimbang secara terbuka setiap aduan dan keluhan pemuda.


- Benarkah mereka berdua ikhlas untuk memperjuangkan Pemuda UMNO Kapar??

- Benarkah hasrat dan matlamat Rosli, Azizi serta barisan ajk yang baru ini bakal menyaksikan Pemuda UMNO Kapar lebih perkasa??


Wednesday, July 23, 2008

BENARKAH ADA 11 'KELING' DI MALAYSIA??

BENARKAH ADA 11 'KELING' DI MALAYSIA??


Sireh Keling (Piper betel Linn)



Ubi Keling (Ubi Kemili - Stemona tuberose) – Kelantan



Kampung Sungai Keling - Labuan



Kuih Telinga Keling - Johor


Masjid Tanjung Keling - Melaka



Pengkalan Ubi Keling - Terengganu


Cempaka Keling

(Michelia Figo/Magnolia Figo/Magnolia fuschata)




Gelama Keling (Johnius amblycephalus)


Gendang Keling Ibu - Kedah


Jambu Keling (Eugenia malaccensis)


Masjid Kapitan Keling, George Town - Pulau Pinang





BENARKAH SITI AZRAH ANGKUH?


BENARKAH SITI AZRAH ANGKUH?

- Benarkah Siti Azrah tidak mahu berjumpa dengan ketua-ketua puteri cawangan bagi berusaha untuk mendapatkan pencalonan dan punca tidak mendapat pencalonan?

- Benarkah Siti Azrah hanya menggunakan blog sahaja sebagai laluan untuk mendapat pencalonan?

- Benarkah Siti Azrah sombong, tidak mahu mendapatkan restu dan pandangan daripada kalangan AJK Puteri UMNO Bahagian Kapar bagi menyatakan hasrat bertanding?

- Benarkah Siti Azrah tidak disokong oleh ramai ketua-ketua Puteri Cawangan dan AJK Puteri Bahagian?

- Benarkah Siti Azrah 'syok' sendiri?

Sunday, July 20, 2008

BENARKAH PAS & UMNO AKAN BERSATU??


BENARKAH PAS & UMNO AKAN BERSATU??

- Benarkah Pak Lah membuat pengakuan bertemu dengan Hadi Awang?

- Benarkah Pak Lah bersedia untuk bermuzakarah dengan PAS?

- Benarkah PAS yang tidak mahu bersatu dengan UMNO?

- Benarkah pemimpin-pemimpin UMNO sukar terima PAS kerana bimbang kepentingan peribadi mereka tergugat?

- Benarkah MELAYU akan menjadi lebih kuat sekiranya dua parti keramat ini bergabung atau semakin hancur?




Thursday, July 17, 2008

BENARKAH HANIMASRAH AKAN TUMBANG KE TANGAN SITI AZRAH???

BENARKAH HANIMASRAH AKAN TUMBANG KE TANGAN SITI AZRAH???

Salam saudara / saudari ..

Kini hangat diperkatakan tentang SAUDARI SITI AZRAH BINTI RAZALI,
KETUA PUTERI CAWANGAN KAMPUNG BUDIMAN dari Dun Meru bakal mengganti Hanimasrah dengan corak kepimpinan baru yang lebih memberi manafaat dan kebaikan kepada Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kapar?

- Benarkah Siti Azrah mampu membawa Puteri Kapar dengan lebih gemilang & cemerlang?

- Benarkah Siti Azrah berhasrat untuk menumbangkan Hanimasrah setelah Naibnya Puan Asnita menarik diri dari melawan ketuanya?



Tuesday, July 15, 2008

BENARKAH MUHYIDDIN YASSIN "DERHAKA" PADA PAK LAH???


BENARKAH MUHYIDDIN YASSIN "DERHAKA" PADA PAK LAH???

Derhaka - tidak taat atau khianat kepada negara (Tuhan, orang tua, dan lain-lain), menentang kekuasaan yang sah.

Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
edisi keempat

BENARKAH TUN MAHATHIR NYANYUK (Demensia)???





BENARKAH TUN MAHATHIR NYANYUK ( Demensia)???

Demensia atau nyanyuk adalah keadaan di mana terdapatnya kemerosotan atau penurunan fungsi intelektual, ingatan dan perubahan dari segi personaliti. Pada peringkat awalnya pesakit menjadi mudah lupa. Apabila ianya berlarutan gerak balas emosi menjadi terbantut, tidak stabil dan kerap berubah. Pada peringkat serius pesakit akan berkelakuan resah gelisah, keliru atau berkelakuan ganjil, Percakapan merekapun pula menjadi tidak rasional.

BENARKAH ANWAR IBRAHIM MENGHITUNG HARI UNTUK DIPENJARAKAN???




BENARKAH ANWAR IBRAHIM MENGHITUNG HARI UNTUK DIPENJARAKAN???

Saturday, July 12, 2008

ASNITA LAWAN HANIMASRAH

Salam saudara pembaca.

Saya telah terima pelbagai cerita tentang Cik Hanimasrah dan Pn Asnita dari komen-komen yang anda berikan di ruangan ulasan pada 2 artikel saya.

Ia membuat zelmey berminat untuk menanyakan kepada saudara / saudari berkaitan hal ini.

Saya juga ada terdengar bahawa Pn Asnita tidak berminat untuk bertanding jawatan Ketua Puteri UMNO Bahagian Kapar.

Persoalannya kenapa anda menyuarakan hasrat untuk Asnita lawan Hanimasrah?

Boleh menang ke Asnita kalau lawan Hanimasrah?

Friday, July 11, 2008

PEMENTASAN TEATER BUKAN DEJAVU







Teater Perdana Bukan Dejavu yang memenangi tempat pertama Sayembara Mengarang (Drama) Sempena 50 Tahun Merdeka yang lalu kini dipertontonkan sekali lagi di Panggung Auditorium Dewan Bahasa Dan Pustaka pada 9 - 13 Julai 2008.

SINOPSIS

NARTI sudah mampu membuka sebuah warung makan untuk teman-temannya. Dia menjual pelbagai jenis sup dan yang paling mendapat permintaan adalah Sup Ekor yang mereka namakan Sup Ekor Setan. Salah seorang pelanggan tetap Narti ialah Leman, seorang posmen yang lurus bendul tetapi sangat jujur dan amanah.

Cerita bermula dengan kegembiraan Nora apabila menerima sepucuk surat daripada anaknya, Norma Hamima yang memberitahu ibunya bahawa dia akan tamat pengajiannya di New Zealand dan akan kembali ke tanah air. Namun berita gembira itu bersalut dengan kerunsingan Nora sekiranya anaknya tahu pekerjaan sebenarnya.

Leman pula kalut dengan masalah teman wanitanya, Jamilah iaitu anak tiri Tahir, seorang ketua gengster di Kelab Karaoke Semarak Hati tempat ibu Norma bekerja. Jamilah mengandung kali kedua angkara perbuatan ayah tirinya selepas kandungan pertamanya gugur akibat ditendang oleh ayah tiriya. Jamilah mahu melahirkan dan membesarkan bayi tersebut. Leman meminta bantuan Narti dan Nora agar membantu Jamilah melahirkan anaknya di rumah mereka.

Yanto dan Pak Jamal merancang untuk mengadakan kenduri aqiqah dengan menyembelih seekor kambing. Tahir mencari Jamilah hingga ke rumah Yanto dan berlakulah pertengkaran antara Parjo dan Wan Dol dengan Tahir. Tahir kemudian menghantar seorang penagih dadah untuk merisik maklumat tentang Jamilah.

Nora menghadapi masalah besar apabila anaknya, Norma Hamima tiba-tiba muncul di rumah sewanya. Norma yang sudah pun mengetahui pekerjaan ibunya telah bertengkar dan mengeluarkan kata-kata pedas hingga menggores hati Nora. Bagaimanapun perselisihan tersebut berakhir apabila Nora bertekad berhenti kerja dan mengajak anaknya pulang ke kampung.

KARYA - Ismail Kassan
PENGARAH - Siti Rohayah Attan

BARISAN PELAKON-

Juhara Ayob / Narti
Shukor Yon / Yanto
Safura Ya'cob / Salmi
Norish Karman & Mardiana Alwi / Nora
Mardiana Alwi & Abby / Norma
Datuk Jalaluddin Hassan / Tahir
Yussak Kassan / Parjo
Aris Othman / Leman
Eyzendy Aziz / Wandol
Maziah Thany / Jamilah
Siti Asmeira / Siti
Rasdi / Pak Jamal

Teater ini sangat menarik untuk ditonton. Ia memaparkan kisah-kisah yang sangat lucu hingga tak kering gusi dibuatnya dan juga kisah sedih yang boleh membuat anda menitiskan air mata.

  • Wangsa Melawati Ticket2U Call Centre: 03-4149 8600
  • Istana Budaya, Jln Tun Razak: 03-4026 5558
  • KL Sentral, Travel Mart: Departure Hall
  • KL Sentral, Holiday Tours: Arrival Hall
  • KLCC, Triways Travel&Tours, 4th Level left wing
  • IKEA, Damansara: Reliance
  • One Utama: Asia Travel Mart
  • Desa Sri Hartamas: Triways Omega Travel & Tours, 2nd Floor Unit 42
  • TTDI, Jln Tun Mohd Fuad: Triways Travel & Tours
  • Mid Valley : Ticket charge
Sokong dan tonton teater kita untuk memartabatkan seni tanah air.

Tayangan dari jam 8.30 pm hingga 11.15 pm
(Tiket boleh didapati terus di pintu masuk panggung)

http://www.bukandejavu.blogspot.com

Thursday, July 10, 2008

KEPIMPINAN MELALUI TAULADAN

Salam saudara pembaca.

Nama Hj Md Ghazali Hj Md Amin bukanlah nama yang asing bagi kita di UMNO Kapar ini. Beliau merupakan seorang bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kapar. Beliau juga pernah dicalonkan pada pilihanraya umum ke-12 yang lalu bagi DUN Meru. Beliau merupakan AJK UMNO Bahagian Kapar dan sekarang telah dilantik sebagai Pegawai Khas kepada Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang mana menterinya adalah YB Senator Tan Sri Muhammad bin Muhd Taib.

Dengan kredibiliti dan intergritinya, beliau mampu membawa pembaharuan dan kemajuan kepada UMNO Kapar. Sememangnya ahli-ahli UMNO dahagakan pimimpin seperti beliau, dengan sifat-sifat rendah dirinya, tidak lokek untuk memberi senyuman, tekun dalam menjalankan tanggung-jawab dan mesra, ini mencorakkan beliau sebagai seorang pemimpin yang baik.

Semoga dengan jawatan beliau selaku Pegawai Khas kepada menteri di KKLW, dapat membantu para peniaga kecil di kampung-kampung untuk dinaik taraf perniagaan kepada industri yang lebih baik.

Gandingan bersama YB Dato' Rahman dan Hj Faizal Abdullah bakal menguatkan lagi UMNO Bahagian Kapar.



TERIMA KASIH

Assalamualaikum.

Saya berbesar hati untuk mengucapkan terima kasih dan syabas kepada pelawat-pelawat blog ini. Ini menandakan peningkatan dan peka kepada laman web yang kini telah menjadi satu tapak untuk menyatakan pandangan serta luahan rasa.

Saya akan sentiasa berusaha untuk mendapatkan pelbagai infomasi buat tatapan saudara. Di sini juga saya telah membuat pautan (link) dengan beberapa blog yang terdapat pada tepi laman web ini untuk kita sama-sama layari dan terokai blog kawan-kawan kita dan berilah komen-komen saudara di sana.

Sekiranya saudara mempunyai sebarang maklumat untuk dipaparkan menerusi blog ini, sila hantar ke email saya, zelmey@hotmail.com

Terima kasih.

Yang ikhlas,

Zelmey Mohd Yusof

"Bersatu, Berjuang & Berkhidmat"

Wassalam..

Tuesday, July 8, 2008

Adakah Dato' Rahman Palil masih relevan sebagai Ketua UMNO Bahagian Kapar?


Salam saudara pembaca.

Kini YB Dato' Abdul Rahman bin Palil bakal memasuki penggal ke-3 sebagai Ketua UMNO Bahagian Kapar. Beliau juga satu-satunya wakil rakyat tunggal di Parlimen Kapar yang menang dan menang tanpa bertanding pada PRU-12 yang lalu.

Adakah sebagai wakil rakyat, beliau berhak mendapat penghormatan tidak ditandingi dan mempertahankan kedudukannya sebagai Ketua UMNO Bahagian Kapar?

Persoalan ini terletak pada akar umbi ahli-ahli dan perwakilan UMNO Bahagian Kapar.

BUKU 99 JELMAAN MAKHLUK HALUS DENGAN ANTROPOLOGI MELAYU





Menariknya, buku itu bukan untuk dijual secara komersial tetapi Syed Abdullah yang juga ketua Kumpulan Team PSI (Paranormal Scene Investigation dulu dikenali sebagai Seekers Malaysia) yang lebih dikenali sebagai UNCLE bersedia untuk memberikan kepada mereka yang berminat tetapi dengan syarat mereka sanggup memberikan 'hadiah' dengan nilai RM999.99 bagi setiap naskah buku itu.


"Buku ini merupakan hasil kajian peribadi saya dan ahli-ahli PSI dan saya tidak mahu menjual secara komersial hasil karya ini tetapi saya mahu buku ini dimiliki oleh mereka yang betul-betul berminat tentang kajian makhluk halus, justeru itu cetakannya saya hadkan sebanyak 99 naskah sahaja," katanya dalam satu kenyataan akhbar.

Menurutnya, mereka yang berminat untuk memiliki buku itu boleh mendapatkannya secara ekslusif dengan datang sendiri ke Pondok Pak Habib, Wadi Hussein di Janda Baik, Bentong, Pahang.


"Saya ingin mengenali secara peribadi mereka yang ingin memiliki buku ini dan saya akan rakamkan gambar kenang-kenangan dengan mereka sebelum membawa pulang buku ini," katanya lagi.



Menurutnya, mereka yang berminat untuk memiliki buku itu boleh mendapatkannya secara ekslusif dengan datang sendiri ke Pondok Pak Habib, Wadi Hussein di Janda Baik, Bentong, Pahang.


"Saya ingin mengenali secara peribadi mereka yang ingin memiliki buku ini dan saya akan rakamkan gambar kenang-kenangan dengan mereka sebelum membawa pulang buku ini," katanya lagi.

Buku ini turut memaparkan ilustrasi mengenai rupa bentuk makhluk halus berdasarkan kepercayaan masyarakat Melayu di samping kajian-kajian ilmiah yang dibuat oleh pengkaji sebelumnya sejak 1866 lagi.

Buku ini mengandungi kajian mengenai jenis-jenis 99 hantu menurut kepercayaan Melayu seperti Hantu Raya, Toyol, Pontianak, Hantu Kopek dan lain-lain. Antara lain ialah mengenai kepercayaan masyarakat Melayu tentang tanda-tanda kewujudan hantu, cara menghindari dan cara berhubung dengan makhluk halus.

Menariknya buku ini turut mengupas teknik-teknik rahsia yang digunakan oleh bomoh palsu untuk mengaburi masyarkat (pesakit) terhadap ilmu-ilmunya.

Selain daripada Jenglot, bigfoot dan fenomena santau, buku ini juga memaparkan barang-barang mistik yang dipercayai sebagai medium pengasih, penggerun, pelaris perniagaan dan ilmu kebal.

Turut dimuatkan ialah pengalaman beberapa pengkaji dari Eropah dan Jepun yang membuat kajian bersama dengan Team PSI tentang makhluk halus dan paranormal di Malaysia.

Buku ini memang manarik untuk dimiliki oleh cendiakawan, pensyarah dan pelajar antropologi dan peminat dunia mistik serta paranormal.

Kajian tentang budaya melayu berhubung dengan hantu secara ilmiah dan tersusun telah banyak ditulis oleh pengkaji-pengkaji barat. Penulis merupakan orang melayu yang pertama yang membongkar rahsia ini secara ilmiah serta lebih lengkap dan secara langsung menambah koleksi pembendaharaan ilmiah negara secara umum dan masyarakat melayu secara khusus.

99 Jelmaan Makhluk Halus dengan Antropologi Melayu mengajak pembaca berfikir berkenaan kewujudan makhluk halus. Pemikiran dan persepsi masyarakat berkenaan makhluk halus akan berubah sesudah membaca buku ini yang sarat dengan sejarah, fakta dan penyelidikan saintifik, serta penemuan-penemuan yang belum pernah didedahkan.

Seperti ungkapan Mufti Kerajaan Negeri Perak, Dato' Seri Harussani Zakaria dalam kata-kata aluannya menyatakan buku ini adalah usaha
berani dengan kesanggupan menongkah arus adat dan kepercayaan dalam masyarakat Melayu yang sudah berakar umbi sejak ratusan tahun dahulu.

Menarik juga dihalusi kata-kata aluan dari Profesor Madya Hanapi Dollah dari Pusat Pengajian Bahasa, Kesusteraan dan Kebudayaan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) terhadap buku karya Syed Abdullah ini: " Buku ini bukan cerita hantu, tetapi berkenaan pengalaman para pengkaji paranormal semasa berada di tempat-tempat yang dikatakan berhantu".


Diharap anda akan akan menjadi orang pertama memiliki buku ini daripada 99 naskah yang diterbitkan. Mereka yang berminat boleh hubungi Pengurus Team PSI, Zelmey di talian 019-349 6688 atau 019-368 2323 atau e-melkan ke zelmey@hotmail.com atau Syed Abdullah sendiri, uncleseekers@gmail.com.


Disediakan oleh
Zelmey Mohd Yusof
H/p: 019-349 6688 / 019-368 2323
p/s: Untuk mendapatkan foto sila hubungi Pengurus Team PSI, Zelmey di talian 019-349 6688 atau emel zelmey@hotmail.com.