Benarkah Gandingan Pemimpin Yang Ada Disokong sebulat hati??
Tahniah ! kepada gandingan Ketua Bahagian, Ketua Pergerakan Pemuda & Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kapar yang telah mendapat pencalonan yang memberansangkan serta padu.
- Benarkah pencalonan ini diberikan dengan kehendak akar umbi, bukannya desakan?
- Benarkah barisan kepimpinan ini akan merubah UMNO Kapar kepada lebih cemerlang?
- Benarkah pemimpin-pemimpin yang telah dicalonkan ini disayangi dan disanjungi ahli-ahli UMNO Kapar?
Followers
Wednesday, August 6, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Salam Zelmey,
1. Spekulasi yang kita dengar di Kapar berbagai-bagai mengenai pencalonan pemimpin-pemimpin yang menawarkan diri dalam pemilihan UMNO Bahagian yang akan datang. Bagi saya itu normal dan seolah-olah sudah menjadi budaya di kalangan pendokong UMNO. Rumah siap pahat berbunyi. Namun saya yakin dengan usia UMNO yang sudah menjangkau 62 tahun, kita semua sudah cukup matang dalam membuat keputusan, lebih-lebih lagi dalam keadaan UMNO agak lemah selepas PRU12. Cawangan-cawangan tak kisah sebenarnya, siapa yang hendak dicalonkan, mereka berfikir ini masanya untuk reform UMNO, khususnya di Bahagian Kapar. Desak atau tidak saya fikir cawangan peduli apa, tetapi kita semua sangat rasional, kita tahu mana intan dan mana kaca. Mana pejuang dan mana pengampu, kerana itu pencalonan terus dibuat oleh cawangan tanpa mengira ada desakan, ugutan, tawaran dan sebagainya. Yang penting akar umbi UMNO membuat keputusan dengan bijak dan matang, itu yang membuat saya bangga dengan ahli UMNO di Kapar hari ini.
2. Soal barisan kepimpinan ini mampu merubah UMNO Kapar atau tidak, sukar untuk saya membuat kesimpulan, kerana bagi saya ia masih terlalu awal. Gandingan belum bertemu dan duduk semeja, sekadar mengagak dan membuat andaian bukan kerja rasional. Bagi saya elok kita beri peluang kepada gandingan ini untuk membuktikan kemampuan mereka. Soal Berjaya atau tidak, kita perlu tunggu ketika PRU13 nanti, ketika itu kita akan dapat lihat hasilnya yang sebenar samada gandingan ini cemerlang, gemilang dan terbilang atau sekadar temberang dan bermain dengan retorik politik sahaja.
3. Pemimpin bagi saya bukan untuk disanjungi dan disayangi, tetapi yang lebih penting, pemimpin itu mesti dihormati oleh pengikutnya. Sementara bagi mereka yang menjadi pemimpin, hanya mendapat amanah untuk memimpin itu sekadar sementara. Maka jangan berlebihan menghormati mereka, tetapi menghormatilah secara wajar.
Seorang pemimpin harus mampu menempatkan dirinya. Pemimpin di sini tidak hanya dalam konteks pimpinan negara saja, pemimpin ditafsirkan juga sebagai pemimpin sebuah rumah tangga (suami), pemimpin di pejabat (bos) atau pemimpin sebuah organisasi (ketua). Namun pemimpin jangan merasa kerana dia mempunyai kuasa dan kedudukan, maka ia menganggap dirinya harus dihormati, sementara jika ia merasa tidak dihormati, maka timbul rasa bahawa orang tersebut ingin menjatuhkannya.
Tidak semua yang dikatakan pemimpin itu dianggap bagus dan terbaik, kerana kemungkinan apa yang dikatakan pemimpin itu tidak semuanya benar. Sebagai penyokong, kita bertanggugjawab menyedarkan pemimpin agar ia menyedari bahawa apa yang dilakukannya salah.
Sikap menghormati berlebih-lebihan tidaklah digalakkan, begitu juga sikap takut berlebih-lebihan. Yang dianjurkan adalah menghormati secara wajar. Jika pemimpin salah diingatkan, dan jika ia benar didukung. Inilah penyokong yang akan membawa kepada kebaikan.
Peluang terakhir bagi mu rahman palil.
wht evr....
Post a Comment