Benarkah Mohd Saiful Bukhari Azlan Membuat Sumpahnya Dengan Jujur?
KUALA LUMPUR 15 Ogos – Mohd. Saiful Bukhari Azlan hari ini mengotakan janjinya bersumpah mengikut syariat Islam untuk membuktikan kebenaran dakwaan dirinya diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta di sini pukul 6.30 petang ini.
Dalam upacara yang berlangsung di Dewan Solat Utama masjid berkenaan, Mohd.
Saiful, 23, yang berbaju Melayu coklat menghadap kiblat sebelum melafazkan sumpah berikut:
“Saya Mohd. Saiful Bukhari Azlan dengan nama Allah saya bersumpah saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008 dan pada hari tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam dubur saya.
“Jika saya berdusta dengan perkara ini, saya berdusta dengan Allah S.W.T dan akan dilaknat oleh Allah S.W.T sehingga hari kiamat.
”
Sebelum lafaz itu, beliau mengucapkan kalimah syahadah sebanyak tiga kali diikuti bacaan surah Al-Fatihah.
Majlis itu disaksikan beberapa pegawai masjid tersebut dan ahli keluarga Mohd. Saiful di samping para pegawai dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).
Antaranya ialah Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali.
Followers
Friday, August 15, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Salam,
Terima kasih kerana menyokong saya di YouTube. Tolong bantu di video terbaru saya (Lagu PKR) yang menerima serangan hebat dari penganut PKR yang memuja dan menyembah Anwar. Bukan niat untuk mengiyakan tuduhan liwat terhadap Anwar, tetapi sekadar nak sakitkan hati penganut PKR yang semakin dirasuk.
Sokong blok ini http:\\antipr.blogspot.com
nazzcaveman,
Penyokong PKR bukan memuja atau menyembah Anwar, mereka sekadar menyokong, itu saja. Menyokong dengan menyembah adalah dua perkara yang amat berbeza. Kita sokong Mancester Unitwed, bermati-matian bukan bermakna kita sembah MU gitu... Sembah itu mengabdikan diri kepada yang disembah. Tiada siapapun manusia yang layak kita menyembah kepada mereka.
Jadi saya cadangkan gunakan perkataan yang lebih sesuai bagi menggambarkan kegilaan penyokong PKR itu...
Baik, terima kasih.
Dari ulaq lidi.
Post a Comment