Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, August 15, 2008

Benarkah YB Arif Shah bin Hj Omar Shah akan menang di Permatang Pauh??

Benarkah YB Arif Shah bin Hj Omar Shah akan menang di Permatang Pauh??


Siapakah Arif Shah??

Keahlian UMNO sebelum UMNO Baru diwujudkan. Secara rasmi beliau merupakan ali UMNO semenjak 13hb January 1989 dengan nombor keahlian 00483844

Jawatan-jawatan politik yang disandang -

1. Ahli UMNO Cawangan Tuna;
2. Bertukar menjadi Ahli UMNO Cawangan Sri Kalui;
3. Ketua Pemuda UMNO Cawangan Sri Kalui;
4. AJK beberapa Biro UMNO Bahagian Permatang Pauh;
5. Pengerusi beberapa Biro UMNO Bahagian Permatang Pauh;
6. Ketua Pemuda UMNO Bahagian Permatang Pauh;
7. Bendahari Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang;
8. AJK UMNO Bahagian Permatang Pauh;
9. Naib Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh; dan
10. Ketua Penerangan UMNO Bahagian Permatang Pauh.

Beliau juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Kawasan Seberang Jaya (N10).

Di samping bergiat aktif dalam arena politik beliau juga turut terlibat di dalam kegiatan-kegiatan NGO. Antara jawatan yang disandang oleh beliau ialah:

1. Pengerusi Majlis Perpaduan dan Kebajikan Rakyat Negeri Pulau Pinang;
2. Timbalan Pengerusi PEMADAM Seberang Perai Tengah;
3. Ahli Lembaga Pengarah Kooperasi Seberang Jaya Berhad;
4. Penasihat Kelab Belia Tamil Permatang Pauh; dan
5. Penaung dan Penasihat kepada kepada banyak Pertubuhan NGO di Peringkat Negeri dan Pusat.

Setelah diberi peluang oleh YAB Dato Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi untuk beliau menjadi calon pilihanraya pada Tahun 2004, beliau telah memenangi pilihanraya tersebut dan menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Kawasan Seberang Jaya N10 dengan memperolehi majoriti 4464 undi.

Beliau telah mewujudkan beberapa sekretariat-

1. Sekretariat Permasalahan Rakyat;
2. Sekretariat Sumber Manusia;
3. Sekretariat Kebajikan;
4. Sekretariat Keselamatan;
5. Sekretariat Hal Ehwal Cina;
6. Sekretariat Hal Ehwal India;
7. Unit Agama Islam dan Qariah;
8. Unit Perhubungan Awam dan lain.

Untuk mencapai ke tahap cemerlang Pusat Khidmat YB Arif Shah telah diiktiraf dengan Persijilan ISO 9001 2000.

Pusat Khidmat YB Arif Shah adalah di antara Pusat Khidmat yang paling aktif dengan berbagai kegiatan dan aktiviti dijalankan dari masa ke semasa.



- Benarkah Arif Shah ibarat buku bertemu ruas kepada Anwar Ibrahim?
- Benarkah Anwar Ibrahim goyah dengan Arif Shah sebagai pencabarnya?
- Benarkah rakyat telah mulai sedar permainan politik peribadi Anwar Ibrahim yang telah banyak mencetus huru-hara?

4 comments:

Anonymous said...

BOleh menang ke?

Anonymous said...

boleh la sayang

KHAIRUL NAZRI said...

Salam,

Pada fikiran saya, samada BN atau PKR menang dalam pelihanraya PP ini, kesannya tetap sama - Melayu terus berpecah dan saya yakin kesan perpecahan ini akan lebih ketara sekiranya PKR menang.

Apa pun pilihanraya di PP ni sebenarnya merupakan suatu pembaziran dari pelbagai segi. Melayu yang lebih rugi sebenarnya.

zelmey said...

Saya setuju dengan pandangan khairul nazri.

Tetapi walaubagaimana pun ... Kerajaan tiada pilihan.. pemilihan ini harus diperjuangkan demi kesejahteraan dan kemakmuran negara yang dicintai ini.