JANDA BAIK : Jika ada buku yang paling sedikit dicetak dengan harga yang paling mahal senaskah, mungkin buku berjudul "99 Jelmaan Makhluk Halus dengan Antropologi Melayu" yang telah siap, boleh mencatat rekod itu di Malaysia.
Buku karya Syed Abdullah Hussein Alattas setebal 1,066 muka surat itu yang memaparkan kajian selama empat tahun mengenai dunia paranormal di lingkungan masyarakat Melayu akan dicetak sebanyak 99 naskah sahaja.

Menariknya, buku itu bukan untuk dijual secara komersial tetapi Syed Abdullah yang juga ketua Kumpulan Team PSI (Paranormal Scene Investigation dulu dikenali sebagai Seekers Malaysia) yang lebih dikenali sebagai UNCLE bersedia untuk memberikan kepada mereka yang berminat tetapi dengan syarat mereka sanggup memberikan 'hadiah' dengan nilai RM999.99 bagi setiap naskah buku itu.
"Buku ini merupakan hasil kajian peribadi saya dan ahli-ahli PSI dan saya tidak mahu menjual secara komersial hasil karya ini tetapi saya mahu buku ini dimiliki oleh mereka yang betul-betul berminat tentang kajian makhluk halus, justeru itu cetakannya saya hadkan sebanyak 99 naskah sahaja," katanya dalam satu kenyataan akhbar.
Menurutnya, mereka yang berminat untuk memiliki buku itu boleh mendapatkannya secara ekslusif dengan datang sendiri ke Pondok Pak Habib, Wadi Hussein di Janda Baik, Bentong, Pahang.
"Saya ingin mengenali secara peribadi mereka yang ingin memiliki buku ini dan saya akan rakamkan gambar kenang-kenangan dengan mereka sebelum membawa pulang buku ini," katanya lagi.

Buku ini turut memaparkan ilustrasi mengenai rupa bentuk makhluk halus berdasarkan kepercayaan masyarakat Melayu di samping kajian-kajian ilmiah yang dibuat oleh pengkaji sebelumnya sejak 1866 lagi.
Buku ini mengandungi kajian mengenai jenis-jenis 99 hantu menurut kepercayaan Melayu seperti Hantu Raya, Toyol, Pontianak, Hantu Kopek dan lain-lain. Antara lain ialah mengenai kepercayaan masyarakat Melayu tentang tanda-tanda kewujudan hantu, cara menghindari dan cara berhubung dengan makhluk halus.
Menariknya buku ini turut mengupas teknik-teknik rahsia yang digunakan oleh bomoh palsu untuk mengaburi masyarkat (pesakit) terhadap ilmu-ilmunya.
Selain daripada Jenglot, bigfoot dan fenomena santau, buku ini juga memaparkan barang-barang mistik yang dipercayai sebagai medium pengasih, penggerun, pelaris perniagaan dan ilmu kebal.
Turut dimuatkan ialah pengalaman beberapa pengkaji dari Eropah dan Jepun yang membuat kajian bersama dengan Team PSI tentang makhluk halus dan paranormal di Malaysia.
Buku ini memang manarik untuk dimiliki oleh cendiakawan, pensyarah dan pelajar antropologi dan peminat dunia mistik serta paranormal.
Kajian tentang budaya melayu berhubung dengan hantu secara ilmiah dan tersusun telah banyak ditulis oleh pengkaji-pengkaji barat. Penulis merupakan orang melayu yang pertama yang membongkar rahsia ini secara ilmiah serta lebih lengkap dan secara langsung menambah koleksi pembendaharaan ilmiah negara secara umum dan masyarakat melayu secara khusus.
99 Jelmaan Makhluk Halus dengan Antropologi Melayu mengajak pembaca berfikir berkenaan kewujudan makhluk halus. Pemikiran dan persepsi masyarakat berkenaan makhluk halus akan berubah sesudah membaca buku ini yang sarat dengan sejarah, fakta dan penyelidikan saintifik, serta penemuan-penemuan yang belum pernah didedahkan.
Seperti ungkapan Mufti Kerajaan Negeri Perak, Dato' Seri Harussani Zakaria dalam kata-kata aluannya menyatakan buku ini adalah usaha berani dengan kesanggupan menongkah arus adat dan kepercayaan dalam masyarakat Melayu yang sudah berakar umbi sejak ratusan tahun dahulu.
Menarik juga dihalusi kata-kata aluan dari Profesor Madya Hanapi Dollah dari Pusat Pengajian Bahasa, Kesusteraan dan Kebudayaan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) terhadap buku karya Syed Abdullah ini: " Buku ini bukan cerita hantu, tetapi berkenaan pengalaman para pengkaji paranormal semasa berada di tempat-tempat yang dikatakan berhantu".
Diharap anda akan akan menjadi orang pertama memiliki buku ini daripada 99 naskah yang diterbitkan. Mereka yang berminat boleh hubungi Pengurus Team PSI, Zelmey di talian 019-349 6688 atau 019-368 2323 atau e-melkan ke zelmey@hotmail.com atau Syed Abdullah sendiri, uncleseekers@gmail.com.
Disediakan oleh
Zelmey Mohd Yusof
H/p: 019-349 6688 / 019-368 2323
p/s: Untuk mendapatkan foto sila hubungi Pengurus Team PSI, Zelmey di talian 019-349 6688 atau emel zelmey@hotmail.com.

17 comments:
Bila buku ini boleh didapati?
Saya ada dengar tentang buku ini kira-kira 2 tahun yang lalu.
Tahniah !
Siap juga akhirnya. Nak beli tak mampu, tapi saya tahu isi kandungnya sangat bagus untuk golongan intelek.
Takde buku free ke?
Good Morning sir,
First of all, i would like to congrat to Uncle and PSI.
I heard about this book and is worth to purchase.
I have sent you an email about this book.
I want to have one. Pls contact me via my mobile number (my number in your email box)
Have a great day sir..
Regards
Dr. Roslan

Elok lah beli senaskah koran dan baca daripada membeli buku yang boleh memalingkah akidah. Mempercayai apa yang ditulis oleh khayalan seseorang itu adalah syirik.
Bagus juga cadangan saudara utk membaca Quran. Tetapi harus dengan memahami maksud firman-firman Allah.
Mempercayai kewujudan makhluk halus adalah salah satu dari keimanan.
Kajian juga berdasarkan dari kepercayaan purba masyarakat Melayu serta kepercayaan Islam dari Al-Quran serta kajian saintifik.
Kenapa melatah sebelum membacanya? :)
Lebih Baik aku beli quran, bayar kelas blajar quran biar taiko & betul baca quran,
elok jugak aku Beli buku cara beribadat, blajar mandi junub sbb ari2 suka lancap.
Ni semua salah Najib!!
Najib patut resign!!
Ini la perbezaan antara orang2 yg berilmu dan berakhlak tinggi dgn org yang akalnya kelas bawahan :)
bukan orang yang pandai je yang mampu berkata-kata dengan baik, tapi ade juge orang berkata-kata dengan baik kerana kebodohannye...
Saidina Ali berkata - Berdebat dengan 10 orang yang bijak mungkin kamu akan menang, tetapi berdebat dengan 1 orang yang bodoh memang pasti kamu tidak akan menang.
(ini bermaksud berbahas dgn org yg bodoh hanya membuang masa kerana kebodohan sibodoh itu)
Ilham_syah
mana yang lebih berfaedah, beli buku ni ker beli Al-Quran?? fikir sendiri la bro..
saya rasa ada baiknya kita beli buku 99 Nama Allah dan Maknanya.. daripada 99 yang entah pa2 ni..
AlQuran adalah keutamaan yang pertama. IQRAQ dengan memahami maksud firman2NYA.
Tetapi menuntut ilmu tidak kira dari sudut apa sekali pun. :)
Boleh saya tahu beberapa bilangan muka surat buku tu..
Ni dh tahun 2017..macm mana nak dptkan senaskah buku ini?
Buat apa nak knal 99 nama allah yang ghoib tu..sedangkan Nak kenal Nama dan diri sendiri yang zahir jelas kelihatan tu pun masih terkapai kapai tuk belajar kenal...xyah nk comment bebagai ii... ilmu allah tu luas, x kira ai dtg dari kiri,kanan,depan belakang atas dan bawah pun korang masih xnk mencari...
Yang mana comment ikut dan tp xnk memikirkan rezeki seseorang..
Jangan ganggu dan ttup rezeki seseorang kalau rezeki kamu taknak diganggu dan diturup...
Jangan mengganggu hidup seseorang,
kalau hidup kamu taknak diganggu...
KALAU TAKUT DILAMBUNG OMBAK,
JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI,
KALAU DIRI TAK TAHU NAK BAWAK,
JANGAN SAMPAI KAU YANG TERSIDAI,
"Untuk renung renung kan...
"Dan selamat Beramal...
Yang hang kata nak kenal 99 Nama Allah lagu mana.??
Hari hari Allah buat Nasi, dok Pelahap tak ingat dunia, Allah pun hang tak kenai... lagu mana kata nak kenai Allah.??
-Jika benar benar ikhlas untuk belajar ilmu Allah, dia tidak akan berkata tentang Harga atau Mahar yang ditawarkan walau sebesar Gunung Uhud sekalipun maharnya, itulah ilmu yang Haq kebesaran allah bersemat didada...
-Jika yang HAQ muncul,Yang BATHIL pasti akan lenyap..
#Kenal-Perjalanan-Diri-sendiri-Baru-kenal-SangPencipta..🎗🎗🎗

Post a Comment