Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, July 1, 2008

Majlis Ramah Mesra Calon-Calon UMNO Kapar












































29 Jun 2008 - Pelabuhan Klang

Restoran De Selat - Satu lagi majlis yang dianjurkan oleh Hj Md Ghazali bin Hj Md Amin telah diadakan di sini. Calon-calon yang bakal bertanding bagi merebut jawatan-jawatan UMNO di peringkat Bahagian Kapar telah diperkenalkan pada malam ini. Terdapat beberapa muka-muka baru yang akan bertanding pada pemilihan akan datang. Ini merupakan satu proses peralihan jawatan yang biasa terdapat pada mana-mana parti di negara kita.

Diperingkat UMNO Bahagian pula, YB Dato' Abdul Rahman bin Palil akan mempertahankan jawatannya, Hj Faizal bin Hj Abdullah pula akan bertanding untuk merebut jawatan Timbalan Ketua UMNO bahagian yang mana kerusi itu disandang oleh Dato' Jaei. Hj Md Ghazali bin Hj Md Amin akan bertanding untuk merebut jawatan Naib Ketua UMNO Bahagian. Sekiranya dilihat dari senarai tiga calon-calon ini nampak mantap dan kuat, dengan kredibiliti dan kepimpinan masing-masing. Apa yang kita harapkan sebagai ahli parti semoga UMNO dan Melayu akan bertambah kuat. Bukan sekadar kuat pada politik, malah pada sudut ekonomi juga kita perlu titik beratkan.

Wanita pula akan mempertahankan Pn Norliza sebagai Ketuanya serta Naibnya juga mempertahankan jawatan.

Pemuda telah mengenengahkan Hj Rosli atau nama sinonimnya Rosli Baya sebagai calon Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian dan Ustaz Azizi pula calon Naib.

Cik Hanimasrah akan mempertahankan jawatannya sebagai Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kapar bersama-sama Naibnya.

Pada malam itu kita telah diperlihatkan kesepakatan oleh ahli-ahli parti dengan calon-calon yang telah diperkenalkan.

Tetapi kita tidak tahu juga sekiranya ada perubahan pada saat-saat akhir pemilihan nanti.
Semoga pemilihan di peringkat Bahagian nanti berjalan dengan aman dan lancar.

4 comments:

Anonymous said...

ALO BRO....lu orang jangan asyik sibuk nak cari pencalonan aje...tengok2 la sikit cawangan-cawangan tu, jangan nanti bile tgh syok ronda cari pencalonan sampai hari persidangan bilik gerakan cawangan gantung bendera PKR...ada cawangan yang dah nak gulung tikar dan juga dah berkubur...lagi satu hal ada pulak calon KP yang pemuda cawangan takde pun ada hati nak bertanding peringkat bhg..nak pilih calon KP biarlah yang betul...teringat pulak cakap ustaz tentang ciri-ciri pemimpin yang munafik....LU PIKIR LA SENDIRI..BRO

zelmey said...

Salam saudara..

Pilihlah calon saudara yang benar-benar mampu memperkukuhkan UMNO bukan meruntuh.

Anonymous said...

politik ala melayu semakin rendah martabat nyer jika
kepentingan peribadi mengatasi kepentingan nasional

Anonymous said...

aik.. joint sekali nampak... mmmmmmaaaaaaassssyyyyuuuukkk.. hehe