Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, July 10, 2008

KEPIMPINAN MELALUI TAULADAN

Salam saudara pembaca.

Nama Hj Md Ghazali Hj Md Amin bukanlah nama yang asing bagi kita di UMNO Kapar ini. Beliau merupakan seorang bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kapar. Beliau juga pernah dicalonkan pada pilihanraya umum ke-12 yang lalu bagi DUN Meru. Beliau merupakan AJK UMNO Bahagian Kapar dan sekarang telah dilantik sebagai Pegawai Khas kepada Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang mana menterinya adalah YB Senator Tan Sri Muhammad bin Muhd Taib.

Dengan kredibiliti dan intergritinya, beliau mampu membawa pembaharuan dan kemajuan kepada UMNO Kapar. Sememangnya ahli-ahli UMNO dahagakan pimimpin seperti beliau, dengan sifat-sifat rendah dirinya, tidak lokek untuk memberi senyuman, tekun dalam menjalankan tanggung-jawab dan mesra, ini mencorakkan beliau sebagai seorang pemimpin yang baik.

Semoga dengan jawatan beliau selaku Pegawai Khas kepada menteri di KKLW, dapat membantu para peniaga kecil di kampung-kampung untuk dinaik taraf perniagaan kepada industri yang lebih baik.

Gandingan bersama YB Dato' Rahman dan Hj Faizal Abdullah bakal menguatkan lagi UMNO Bahagian Kapar.



9 comments:

Anonymous said...

Salam zelmey.

Terlebih dulu saya nak ucapkan syabas dengan blog anda.

Blog anda kelihatan agak menarik dengan pelbagai isu, tidak hanya politik, malah ada juga info-info yang lain.

Tentang Hj Ghazali, saya memang suka peribadinya. Secara overall, dia bukan saja layak, malah memang patut duduk di kerusi yang ingin dia bertanding.

Semoga Hj Ghazali dapat memberikan khidmat yang cemerlang kelak.

Wassalam

Anonymous said...

Assalamualaikum

Sdr Zelmey, saya telah membaca kesemua artikel saudara tentang UMNO di Kapar ini. Nampaknya Hj Ghazali tiada mendapat bantahan untuk beliau bertanding.

Saya fikir, beliau boleh menang. Tetapi kerja kena teruskan. Takut2 ada kejutan je..

Anonymous said...

Peringatan !

Walau hebat mana pun gandingan yang ada, jangan terlalu yakin tuan akan menang. Ini kerana pihak lawan sedang menjalankan kerja-kerja gerak saraf..

Good LUck !!

Anonymous said...

hj.. kita punya keja kat Kementerian ni banyak... tak payahlah nak berganding bahu dengan kapal yg dah nak karam.. orng dah naik roket .. kapar masih naik sampan kolek.. buang masa aje hj.. hehehe.. jgn lupa undi bos saya

Anonymous said...

(samb.. hj)
nama Dato' Seri Hisham memang tak akan timbul utk pencalunan VP.. pati jgn lupa bawa sekali.. lain2 urus dgn saya

Anonymous said...

hanya orang kapar aje kenal sape zailan....dato hisham hantar la spy kalau tk caya...takbirrrrr

Anonymous said...

SAYA BERDOA SEMOGA TUAN HAJI GHAZALI AKAN DI NAIKKAN DARJATNYA DAN BERJAYA MENANG (KALAU BOLEH TANPA TANDING) SBG NAIB KETUA BAHAGIAN KAPAR. KAMI AMAT BERKEYAKINAN TUAN HJ AKAN DPT MEMAKMURKAN PARTI DAN AHLI-AHLI DENGAN MISI DAN VISI YG MAMPU UNTUK MEMBELA AHLI PARTI DAN RAKYAT KAPAR KESELURUHANNYA.

KAMI BERSEDIA UTUK BEKERJASAMA DAN BERKONGSI KEPAKARAN DAN PENGETAHUAN DAN MENGGUNAKAN PELUANG DAN PERUNTUKAN DI KEMENTERIAN UNTUK KEBAIKAN BERSAMA

WAHAI RAKAN2 SEKALIAN, SAHUTLAH SERUAN SAYA INI AGAR KITA SAMA-SAMA MENOBATKAN TUAN HJ MENANG PD PEMILIHAN YG AKAN BERJALAN TAK LAMA LAGI

SALAM PERJUANGAN...

Anonymous said...

Hanya mereka yang inginkan perubahan dan kekuatan UMNO Bahagian Kapar yang akan memilih Tn Hj Ghazali.

Anonymous said...

1. Lama tak baca blog tuan
2. Lalu terbaca artikal berkaitan Tn Hj Ghazali
3. Mcmana prestasi perkhidmatan beliau sekarang setelah hampir 3 tahun berkhidmat?
4. Akan saya kupas setelah membaca komen dari tuan/puan dulu..