Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, July 20, 2008

BENARKAH PAS & UMNO AKAN BERSATU??


BENARKAH PAS & UMNO AKAN BERSATU??

- Benarkah Pak Lah membuat pengakuan bertemu dengan Hadi Awang?

- Benarkah Pak Lah bersedia untuk bermuzakarah dengan PAS?

- Benarkah PAS yang tidak mahu bersatu dengan UMNO?

- Benarkah pemimpin-pemimpin UMNO sukar terima PAS kerana bimbang kepentingan peribadi mereka tergugat?

- Benarkah MELAYU akan menjadi lebih kuat sekiranya dua parti keramat ini bergabung atau semakin hancur?




13 comments:

Anonymous said...

Salam Perpaduan,

Nampaknya pemilihan cawangan kali ini membuatkan blog ini kurang dikunjungi. Sibuk agaknya... Badai dan ombak telah melanda Bahagian kapar terutama jawatan Ketua Pemuda.

Ok, berhubung dgn muzakarah Pas-Umno ni sy rasa satu bentuk jalan dan kerjasama yg positif. Melayu sememangnya wajib bersatu. Tapi ada juga melayu tak sedar diri macam sahabat2 di dlm PKR. Dia pun kawan2 kita juga dulu dlm UMNO.

Kalau dpt PAS dan UMNO bersatu maka akan berlakulah satu perubahan besar ke atas sosio politik negara. Kalau tak silap Selangor, Perak dan Kedah kita dapat rampas semula. Biar padan muka PKR tu yg terang2 dah jadi alat bagi parti DAP. PAS yg kesian melukut tepi gantang.

Bak kata Sdr Zelmey, pemimpin-pemimpin UMNO harus berfikiran terbuka dan jgn ada sikap tamak pulak pasal 3 negeri dah nak dapat balik. Mulalah mereka buat chai siapa nak jadi MB, jadi EXCO. Rasanya kat Bah. Kaparpun ada yg berhajat kot. Dgr cerita nak jadi pemimpin kanan. Kalau betullah...

Saya amat2 menyokong usaha ini demi kebaikan agama, bangsa dan negara tanah melayu yang tercinta.

Anonymous said...

Sdr Zelmey saya nak tanya, kenapa ko letak gambat ko tengah ketawa besar... da masyyuukk ke????

zelmey said...

:)

Anonymous said...

Saper bg masyuk, faizal ker rahman. 2 ni jer hero bagi makan ikan talapia yang aku tau.

Anonymous said...

UMNO dan PAS mempunyai perbezaan pendapat, cara, perjuangan dan pendirian masing-masing.

Saya tidak percaya Pas dan Umno boleh bersatu.

Anonymous said...

Assalam.......semoga para pembaca diberi hidayat hendaknya dari allah s.w.t. Sebagai hamba kita sering membuat salah dan silap samada secara sedar ataupun tidak. Saya menyeru dan mohon belas ikhsan kepada semua ahli-ahli Umno Bahagian Kapar memberi sokongan padu kepada Perubahan yang ingin di bawa oleh Hj Azman Hj Miskam dan Cik Siti Azrah Razali. Lawatilah blog mereka.....azmanmiskam.blogspot.com dan sitiazrahrazali.blogspot.com. Berilah mereka peluang untuk mengubah kerana Bahagian Kapar sekadar sepertimana adanya kini. sekian terima kasih. wassalam. mohon maaf kiranya dilihat sebagai berkempen. Hanya sekadar mengambil berat.

Anonymous said...

Salam perjuangan,
Semoga Allah merahmati & melindungi bangsa Melayu & Negara Malaysia yg kita cintai... Masa ni lah pemimpin Melayu memikirkan jalan yg terbaik untuk megekalkan Ketuanan Melayu.,.Bukan tembolok & harta kekayaan sendiri.. Ingatlah Anak Cucu kita yg akan mewarisi negara ini.. Agar terus menjadi tuan di Tanah Tumpah Darah.. " Anak kecil main api.. Terbakar hatinya yg suci .. Airmata Darah bercampur keringat... Bumi dipijak milik orang..".. Insaf lah wahai teman..

Anonymous said...

HAI ZAILAN KO NI KENAPA CAKAP BYK KAT LUAR GELANGGANG HA. RAMAI YG CARI KO TAK SETTLE LAGI DUIT PILIHANRAYA UTK BANTU KOMALA. KO MAKAN SORANG KE... KOMALA PUN KO NAK LIPAT YE. NI KO NAK LIPAT UMNO PULA KE. KO TU PATUT INSAF

Anonymous said...

HANCUR.. HANCUR.. HANCUR.. DAH TAK PERLU FIKIR LAGI BILA NIK AZIZ DAH BERPESAN PADA AHLI PAS TAK PAYAH MUZAKARAH. KATANYA , NANTI JADI KERA SUMBANG. KECEWA BETUL.! ITU KE SEORG PEMIMPIN YG MEMPERJUANGKN ISLAM YG DIWAR-WARKAN.

zelmey said...

Perjuangan yang sejati adalah perjuangan yang mementingkan hak menyeluruh serta mengutamakan parti dan rakyat.

Berjuanglah dengan penuh rasa ikhlas dan keinsafan. Kita mempunyai matlamat bagi merampas kembali tampuk kerajaan negeri dan seluruh negara.

Jadikan diri kita sebagai pemimpin yang disayangi dan dihargai.

Pemimpin datang dan pergi
Bangsa tidak kan pupus dek masa
Biar PAS tak sudi
UMNO akan terus berjuang demi agama & bangsa....

Salam perjuangan...

Anonymous said...

PAS dgn UMNO pun sama je...

KHAIRUL NAZRI said...

Salam Perpaduan,

Pada fikiran saya tidak perlu diadakan sebarang muzakarah. itu semua hanya membuang masa. Lagipun ketika idea ini diketengahkan, kedua-dua pihak hingga ke hari ini masih bermain tepuk tampar. Salah tepuk kena tampar, salah tampar kena tumbuk.

Tidak nampak sebarang keihklasan dari kedua-dua pemimpin untuk berusaha menyatukan kembali bangsa Melayu melainkan dengan ucapan-ucapan sinis dan ego terhadap satu sama lain yang akhirnya terus merugikan bangsa Melayu sendiri.

Sedar atau tidak, walaupun selepas 50 tahun kita merdeka, pemimpin silih berganti namun bangsa Melayu kita ini masih lagi tidak bersatu, bercakar sesama sendiri, alpa, mudah lupa, mudah belot dan.... sedih untuk meneruskannya.

Khairulnazri

Anonymous said...

Tak mungkin