Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, March 22, 2013

Negara Cyprus Di Ambang Bankrup Guna Manifesto Pakatan Rakyat Malaysia?

Negara Cyprus Di Ambang Bankrup Guna Manifesto Pakatan Rakyat Malaysia?

Negara bersempadanan dengan Turki, Syria, Israel kini diambang bankrup.  Cyprus terkenal sebagai sebuah negara yang sangat harmoni, tenang, cantik, indah dan menjadi tumpuan pelancong dari seluruh dunia.  Lokasinya di laut Mediteranian, sebagai sebuah pulau yang menakjubkan kecantikannya.

Cyprus mengamalkan sistem Cukai Rendah kepada rakyatnya.  Banyak barang-barang keperluan harian, kenderaan dan bermacam lagi dijual dengan harga yang sangat rendah oleh kerana cukai yang terlalu rendah.

Kini Cyprus terdesak kerana kejatuhan ekonominya yang serius akibat pendapatan negara merosot yang berpunca dari cukai rendah telah mengakibatkan Cyprus menanggung hutang yang terlalu besar kepada salah sebuah bank di Eropah.  Ini juga merupakan cara pengendalian negara itu yang mana menyerupai manifesto Pakatan Rakyat.  Sebagai rakyat kita harus bijak dan tidak mudah terpesona dan terpedaya dengan janji-janji yang memudaratkan.  Siapa yang tidak suka cukai rendah dan barang banyak yang turun harga?  Tetapi persoalannya adakah kita telah kaji dari segenap sudut perangkaan ekonomi?

Berbalik kepada senario Cyprus, kini bank tersebut mendesak Cyprus untuk membayar dan antara tindakan pihak bank adalah:

1.  100% dari wang simpanan rakyat Cyprus yang berada di seluruh bank di Cyprus ditolak sebahagiannya untuk membayar hutang. Akan tetapi akibat bantahan dan tunjuk perasaan di seluruh pelusuk Cyprus akhirnya syarat (1) ini dibatalkan.

2.  Wang tidak boleh dikeluarkan lagi menggunakan cek dan buku di kaunter, sebaliknya hanya menggunakan kad ATM yang mana jumlah pengeluaran adalah terhad dan had juga dikurangkan.


Anda boleh dapat banyak maklumat tentang krisis Cyprus ini di internet.  Maklumat yang saya peroleh sebahagiannya adalah dari seorang kawan (rakyat Malaysia) yang sedang bekerja di Cyprus.


Sekadar berkongsi untuk kita bersama berfikir agar menjadi Orang yang BIJAK dan BERAKAL ...

Reactions:

1 comments:

Shitsurei Shimashita said...

cyprus ni terbahagi kepada dua, satu cyprus selatan yg diiktiraf dunia, satu lagi cyprus utara diiktiraf turki. cyprus utara dipanggil 4th world country. Selatan dipengaruhi pentadbiran ala greece.