Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, March 25, 2013

Transformasi Politik Malaysia

Transformasi Politik Malaysia


Tengah hari tadi aku dok sembang dengan bekas Pegawai Tinggi Angkatan Tentera Laut Di Raja Malaysia, Dato' Mat Rabi di satu cafe ni lah ... tertarik aku dengan cerita darinya tentang transformasi politik.

Di Malaysia kita hanya ada dua gelaran iaitu Parti Kerajaan dan Parti Pembangkang.  Maka dengan panggilan nama ini ia membuat bila dok bersidang dalam Parlimen, yang dari Parti Pembangkang dok asik membangkang sahaja kerja depa.  Apa saja ahli parlimen dari Parti Kerajaan sampaikan sentiasa ada banyak bangkangan.  Nak buat macam mana dah nama pun pembangkangkan.  Saya tidak berminat untutk menyebelahi mana-mana parti dalam penulisan ini, sebaliknya ia adalah faedah seluruh parti untuk rakyat.

Di sini bagi aku tak kira sama ada pembangkang atau kerajaan, apabila jadi wakil rakyat atau ahli parlimen tak kira dari mana parti sekali pun walau pun PAS, DAP atau PKR mereka juga ada tanggung-jawabnya sendiri untuk kepentingan rakyat.  Ada butut kan?

Sikap tidak profesional yang amat memalukan.

So, apa kata jangan lagi disebut sebagai Parti Pembangkang.  Sebaliknya terus sebut nama parti itu sendiri.  Setiap parti adalah wajib melaksanakan tugasnya.  Apabila seluruh parti dapat bekerja sama, maka akan terlaksanalah dan tercapai satu kesan yang sangat positif yang menguntungkan kesemua parti dan rakyat khasnya.  Jika tidak, setiap parti akan menghentam dentam dentum seakan nak padamkan atau ranapkan parti-parti tertentu.

Video ini jelas kalau ahli parlimen sering begini, politik negara menang akan terus caca marba.

Apabila Ahli-Ahli Parlimen di dalam Parlimen dah macam nak berperang, maka rakyat tengok pun rasa geli.  


Setiap ahli parlimen dari mana parti sekali pun adalah pemimpin kepada rakyat yang dijajah.

Peganglah AMANAH yang diberikan.  Mengundi, memilih calon dan parti adalah hak kami.  Yang diberi amanah dan dah jadi wakil kepada kami tunjukkan perangai profesional, matang, bermutu, berkualiti, berhemah dan senonoh.  Kerana anda adalah lilin dan cermin kepada rakyat.

Pemimpin yang baik akan beri manafaat kepada rakyat.  Pemimpin HAPRAK akan merugikan rakyat dan negara.

Oleh itu, TRANFORMASI POLITIK MALAYSIA harus dilaksanakan.



0 comments: