Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, March 4, 2013

Anggota Tentera Malaysia Mula Masuk Ke Lokasi Pencerobohan Di Sabah

Anggota Tentera Malaysia Mula Masuk Ke Lokasi Pencerobohan Di Sabah
Foto Menarik
Tindakan susulan pihak ATM memang amat diperlukan ketika ini setelah penceroboh terus berkeras dan menyerang hendap anggota keselamatan kita.  Kita harus faham kenapa anggota tentera tidak ditempatkan diperingkat awal, ini kerana apa yang berlaku adalah pencerobohan oleh penjenayah bukannya peperangan. Jika tentera dikerah diperingkat mula ini akan menyebabkan masalah yang lebih besar.  


Marilah kita bersama-sama mendoakan keselamatan wira kita yang berjuang demi mempertahankan tanah air kita yang tercinta ini.  Sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai rasa cinta kepada negara, pengorbanan mereka semua termasuk pihak Polis yang bertugas amat kami hargai dan selami dengan rasa setinggi-tinggi hormat.  Kita faham, berat mata memandang lebih berat bahu yang memikul.  Perasaan sedih turut dirasai kepada keluarga anggota dan pegawai yang terkorban di medan tempur ini.  Hanya doa dan kata-kata semangat yang mampu kami hulurkan.


Rasa sebak di dada bila menyelami dan membayangkan pengorbanan mereka semua yang sudah tentu pelbagai perasaan dan pelbagai gambaran oleh mereka semua di lokasi.  Perjuangan anda semua akan diingati sehingga akhir zaman.


Allah pelihara seluruh anggota yang terlibat.





0 comments: