Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, March 5, 2013

Terkini - Pencerobohan Lahad Datu

Terkini - Pencerobohan Lahad Datu



Pada  hari ini 5hb Mac 2013, pasukan keselamatan Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Di Raja Malaysia telah memulakan operasi  'offensive' terhadap kumpulan pengganas yang bertapak di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah pada jam 7.00 pagi tadi. Sejak operasi ini dimulakan sehingga kini, masih terdapat tentangan dalam bentuk beberapa das tembakan yang dilepaskan oleh pihak musuh. Ketika ini 'mopping up' dan penggeledahan sedang dijalankan. Bagaimanapun, jumlah kematian dan kecederaan di pihak musuh masih belum dapat disahkan dan setakat ini tidak ada kemalangan di pihak pasukan keselamatan.
Pihak polis juga telah menubuhkan pusat pemeriksaan di jalan utama di Tanjung Labian, iaitu kira-kira 5km dari medan pertempuran. Tiada siapa dibenarkan masuk ke kawasan itu.  



Bunyi letupan telah berhenti sejak sejam yang lalu. Tidak jelas sama ada tentera darat telah dikerah masuk ke Kampung Tanduo.  

Di Manila pula, pasukan polis dan wartawan berkumpul di luar kedutaan Malaysia. Mereka menjangka satu kumpulan penunjuk perasaan akan tiba di sana.  Bendera Malaysia dan gambar PM dibakar oleh penunjuk perasaan di hadapan kedutaan Malaysia di Filipina.  




Azzimudie Kiram mengesah dalam temubual dengan radio dzMM ABS-CBN bahawa pasukan Malaysia menggunakan jet pejuang dalam serangan terbaru itu ke atas kedudukan mereka di Lahad Datu.
Pemimpin tentera diraja itu juga melahirkan kekecewaan terhadap pendirian Presiden Filipina Benigno Aquino berhubung krisis tersebut.  Beliau berkata kerajaan Malaysia dan Filipina jelas telah berhenti mendengar gesaan mereka untuk menyelesaikan krisis tersebut secara aman.

Bagaimana rundingan aman nak dilaksanakan lagi setelah mereka berdegil dengan menunjukkan kekerasan dan membunuh anggota keselamatan kita.  

Marilah kita bersama-sama mendoakan keselamatan anggota keselamatan dan kemakmuran negara.

Perjuangan mereka semua kita anggap sebagai tindakan tepat demi mempertahankan maruah negara kita yang berdaulat.

Biarlah apa penunjuk perasaan itu nak kata, kita WAJIB bertindak mengusir dan menghapuskan penceroboh dan penjenayah yang telah terbukti jelas membunuh dan memulakan kekerasan terhadap anggota kita.




0 comments: