Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, March 4, 2013

Gambar Penceroboh Yang Menyerang Sempoerna

Gambar Penceroboh Yang Menyerang Sempoerna


Aku percaya kita mempunyai kepakaran untuk membuatkan si lahanat ni buka mulut dan membuatkan konflik Lahad Datu dapat diselesaikan dan juga dapat mencari maklumat tentang kewujudannya DALANG.

Sanggupkah kita membiarkan mereka dan jika wujudnya pengkhianat terus membunuh nyawa-nyawa anggota keselamatan kita?

Sanggupkah kita melihat negara yang aman makmur ini terus dihuru-harakan dan kini bertumpah darah?

Sanggupkah kita menggadai negara kita dengan cara begini?

Apakah perasaan anda terhadap ini semua?

Adakah masih lagi menganggap nyawa yang terkorban ini sebagai sandiwara?

Adakah anda tidak dapat merasakan betapa sedih dan pilunya perasaan keluarga mangsa korban?

Adakah anda tahu bahawa ada di antara anggota kita yang terkorban dipenggal kepalanya dan dikerat-kerat tubuhnya?

Dapatkah anda bayangkan bagaimana perasaan ahli keluarga mangsa korban ini bila melihat jenazah suami dan ayah tersayang dalam keadaan begitu?

Bukalah mata hatimu wahai insan.
Hidupkanlah semula jiwa dan perasaan kita sebagai anak Malaysia.
Usahlah kerana politik TERGAMAK MENGHINA PENGORBANAN MEREKA SEMUA INI.

Mungkin tidak dapat kita merasakan dengan sebenarnya kerana bukan ayah kita atau suami kita yang terkorban dan yang ditugaskan di medan tempur ini.

Marilah bersama kita satukan hati kita, rapatkan silaturahim kita dan tingkatkan semangan cintakan tanah air ini dengan penuh hemah dan doakan lah perjuangan anggota keselamatan kita ini semua.





Allahuakhbar !


Reactions:

0 comments: