Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, March 1, 2013

Dua Anggota Unit Komando 69 Terkorban di Lahad Datu Sabah


Gambar Hiasan

Berita dimaklumkan bahawa dua anggota unit Komando 69 diserang ketika melakukan rondaan di kawasan pencerobohan.  Sewaktu anggota Polis melakukan rondaan mereka tiba-tiba diserang oleh penceroboh dengan menggunakan mortar dan mengakibatkan kematian.  Mereka yang terkorban adalah G/17984 skuad 2/2006 Inspektor Zulkifli Mamat 29 tahun dan Sarjan Sabarudin dari unit 69.  5 lagi anggota turut tercedera.  



Hisham dikatakan mahu berunding dengan damai namun sebaliknya terjadi.  Sudahlah cukup untuk bersabar lagi.  Damai yang kita tawarkan tetapi darah dan nyawa yang mereka korbankan.  Apa lagi yang hendak ditunggu?  Skuad komando kita amat cekap untuk kendalikan pencerobohan ini, hanya menunggu arahan sahaja.  Akan tetapi mungkinkah campurtangan Amerika atau sekutunya akan terjadi sekiranya Tentera kita membalas serangan ke atas penceroboh?


Kita nantikan apakah berita selanjutnya.

Semoga kemelut ini dapat diselesaikan dengan cepat tanpa campur tangan tentera asing.  Pelbagai spekulasi juga boleh diandaikan di atas peristiwa ini lebih-lebih lagi ianya terjadi di waktu menjelang pilihanraya umum yang ke 13.

Sebagai rakyat Malaysia marilah kita bersama mendoakan kedaulatan negara dan juga mendoakan keselamatan dan kemenangan anggota kita yang mempertahankan tanah air tercinta ini.



Reactions:

0 comments: