Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, March 7, 2013

TERKINI ! Sulu minta Gencatan Senjata

TERKINI ! Sulu minta Gencatan Senjata

PBB gesa rundingan selesai krisis Lahad Datu

KUALA LUMPUR: Waris Kesultanan Sulu mengumumkan gencatan senjata dan meminta pasukan keselamatan negara melakukan hal yang sama.

Gencatan senjata itu diisytiharkan oleh jurucakapnya, Abraham Idjirani dalam satu sidang media di Taguig City, Filipina.

"Sultan (Jamalul Kiram III) mengumumkan gencatan senjata pada pihak Kesultanan Sulu berkuatkuasa pukul 12.30 tengahari,” katanya seperti dipetik oleh media Filipina.

Dalam kenyataannya, Idjirani bagaimanapun memberi alasan gencatan senjata itu dibuat bagi mengelak lebih banyak pertumpahan darah dan mendakwa operasi oleh pasukan keselamatan negara mengorbankan orang awam.

Sultan Sulu umum gencatan senjata

Idjirani juga memaklumkan kesediaan keluarga waris Kesultanan Sulu itu untuk mengambil pulang ahli keluarga mereka yang kini berada di Sabah sekiranya pasukan keselamatan negara mematuhi gencatan senjata tersebut.

Menurut Idjirani, kumpulan pengikut waris Kesultanan Sulu yang diketuai oleh Azzimuddie Kiram, yang digelar sebagai Raja Muda, tidak akan melakukan apa-apa sebaliknya hanya akan bertahan.

Pengumuman ini menyusul kenyataan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu,Ban Ki-moon yang mahu ketegangan dalam krisis ini dihentikan dan semua pihak terlibat berunding untuk mencari penyelesaian damai.

Dalam kenyataan melalui jurucakapnya, Ki-moon melahirkan kebimbangan terhadap orang awam yang tersepit dalam krisis berkenaan. 

Kerajaan Malaysia sebelum ini memberi kata dua kepada kumpulan tersebut supaya menyerah diri atau sedia berdepan tindakan pihak berkuasa. Amaran itu tidak diendahkan.

Kerajaan Filipina juga sebelum ini memberikan nasihat yang sama supaya mereka menyerah diri tanpa syarat. Presiden Filipina, Benigno Aquino III malah turut mengingatkan bahawa jalan perang yang mereka pilih untuk membangkitkan soal tuntutan ke atas Sabah adalah salah.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dibantu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada Selasa melancarkan operasi menggempurkan kumpulan berkenaan yang dilabelkan sebagai pengganas dalam misi yang diberi nama Operasi Daulat.

Kalau awal-awal lagi sudah dengar nasihat untuk rundingan tanpa pertumpahan darah, tiada lah sampai jadi begini.  

0 comments: