Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, June 29, 2012

Italy 2 - 1 Germany

Italy 2 - 1 Germany

Perlawanan separuh akhir antara Italy dan Germany telah menyaksikan satu babak yang sangat menarik di mana ke dua-dua pasukan banyak melakukan serangan terutama pasukan Italy.

Semangnya Jerman dengan badi tewas kepada Italy sepanjang sejarah perlawanan mereka berdua tidak dinafikan. Pasukan Jerman nampak tertekan dan gementar membuatkan serangan mereka tidak menjadi apatah lagi dengan barisan pertahanan Italy yang cukup baik hingga hampir tiada ruang bagi penyerang Jerman masuk ke kawasan kotak penalti Italy.

Balotelli menjaringkan 2 gol untuk mempastikan Itali ke perlawanan akhir untuk menentang Spain hujung minggu ini. Dia membuka baju setelah menjaringkan gol dan dia tahu pasti kad kuning dilayangkan, tapi apa dia nak peduli yang penting dia menjawab kritikan peminat bolasepak antarabangsa yang mengatakan beliau banyak persiakan peluang menjaringkan gol sebebelum ini.

Penyokong Jerman gembira dalam tekanan walau 1 gol telah dijaringkan tetapi waktu sudah di penghujung.

Ni dia penyokong Italy yang sering mencuri tumpuan kamera tidak rasmi. Haha

Mario Balotelli the Azzuri's Hero


Finale

Saya percaya semua skuad Spain menyaksikan gerak serang dan total perlawanan Itali malam tadi. Dan Spain pasti risau dengan pasukan Itali yang semakin mantap di barisan pertahanan, tengah dan depan. Apakah resepi Spain untuk menewaskan Italy pada final nanti?

Atau Italy akan merobek gawang Spain untuk menjuarai dan seterusnya menafikan hasrat Spain untuk mengekalkan tahta JUARA !

Kita saksikan pada hujung minggu ini ....
Reactions:

0 comments: