Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, June 12, 2012

KETAM CILI

KETAM CILI

Salah satu daripada hobi aku adalah memasak.  Antara orang-orang popular yang biasa dan pernah menikmati masakanku adalah, Permaisuri Siti Aishah (Bekas Raja Permaisuri Agong, Pak Habib a.k.a Syed Hussien Alattas, Uncleseekers dan ada beberapa orang lagi (tak ingat la beb) dan tempat yang biasa aku menghidangkan masakanku adalah di Saufiville Boutique Resort Janda Baik Pahang.

Permaisuri Siti Aishah

Di facebook aku ada dimuatkan album 'my recipe'.  Kini tiba-tiba aku rasa nak buat 'posting' kesemua recepi aku satu demi satu untuk tatapan umum dan sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Hoho..



Bahan-bahan:
.  Ketam
.  Cili kering (dipotong 1 inci & buang biji)
.  Halia (hiris halus)
.  Bawang besar
.  Bawang putih (cincang halus)
.  Sos tiram
.  Kicap pekat (masak)
.  Kicap cair

Cara memasak:
Tumis bawang putih, bawang besar.  30 saat kemudian masukkan halia dan cili kering.  Seminit kemudian masukkan ketam.  Setelah ketam suku masak, masukkan sos tiram, kicap pekat dan kicap cair.

Selamat mencuba.... I tell you sedap taw! :)




Reactions:

0 comments: