Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, June 9, 2012

Aku Anak Yatim

Aku Anak Yatim


Ayahku Mohd Yusof meninggal dunia pada bulan November 1999 di Pelabuhan Klang akibat serangan jantung. Beliau merupakan seorang ayah yang banyak memberi pesanan yang amat berguna sehingga hari ini, antara yang terpahat di dalam sanubari aku hingga ke hari ini adalah, "sentiasa jaga nama baik orang tua". Ayahku sewaktu pulang ke rahmatullah, beliau masih bertugas di Balai Polis Pelabuhan Klang sebagai Ketua Polis Balai.

Ayahku pernah keluar di akhbar tempatan apabila mengetuai satu operasi menumpaskan pengedar dadah terbesar di Malaysia dan pada ketika itu berlakunya peristiwa tembak menembak. Yang paling penting dan banyak memberi semangat dan inspirasi kepadaku apabila ramai antara kenalannya menceritakan kebaikan ayahku. Saya berasa bertuah kerana mempunyai seorang ayah yang baik dan hebat.

Kepada anda di luar sana, sekiranya masih ada ayah di depan mata, maka jagalah dia dengan seberapa banyak kebaikan dan gembirakan hatinya kerana apabila dia telah tiada nanti anda akan menyesal jika tidak melakukannya.

Syukur kepada Allah Setelah ayahku meninggal dunia, Pak Habib kini menjadi ayah kepadaku. Banyak ilmu aku pelajari dari Abah. Percaya atau tidak, di suatu hari nanti Pak Habib akan menjadi Lagenda dan Hero Melayu yang banyak memberi kesedaran kepada seluruh rakyat.

Terima kasih Allah, terima kasih ayah dan terima kasih Abah.



0 comments: