Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, June 21, 2012

Hosni Mubarak Telah Meninggal Dunia?

Hosni Mubarak Telah Meninggal Dunia?


KAHERAH – Bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak (gambar kecil) berada dalam keadaan koma dan terpaksa bergantung kepada mesin sokongan hayat di sebuah hospital di sini selepas diserang strok di penjara, kata sumber perubatan dan ketenteraan yang menafikan beliau sudah meninggal dunia.

Keadaan kesihatan bekas pemimpin tersebut menjadi tidak menentu selepas situasi di Mesir semakin tegang apabila kedua-dua calon pilihan raya Presiden, Mohammed Mursi dan Ahmed Shafiq mendakwa memperoleh kemenangan manakala pemerintah tentera masih belum melepaskan kuasa mereka.

“Mubarak belum mati. Dia dalam keadaan koma dan doktor masih cuba untuk menyelamatkannya,” menurut sumber berkenaan. (Harian Metro)

0 comments: