Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, September 1, 2012

MERDEKA OH MERDEKA !

MERDEKA OH MERDEKA !


Sambutan Hari Kemerdekaan yang ke 55 pada kali ini pastinya semakin lusuh dan luntur semangatnya jika nak dibandingkan dari tahun-tahun sebelumnya.

Sangat sukar nak melihat kibaran Jalur Gemilang di kenderaan-kenderaan persendirian mahupun awam.

Tetapi apa yang banyak boleh kita lihat adalah pelbagai slogan dan logo untuk MERDEKA pada kali ini. Jelas menunjukkan RAKYAT telah BERPECAH-BELAH. Salah siapa?



Kelihatan berjuta rakyat mengeluh dengan slogan "Janji Ditepati".







Bagi saya pula, apakah erti KEMERDEKAAN :

Sebagai rakyat Malaysia kita wajib mengekalkan kemuafakatan dan semangat sayangkan seluruh bangsa agar kita terus hidup di dalam keamanan dan bahagia.

Kita juga wajib sentiasa mengenang jasa tok nenek moyang kita yang terkorban kerana mencari kemerdekaan untuk kita pada hari ini. Bacalah sejarah mereka agar kita semakin syang kepada negara dan seluruh rakyat yang berbilang kaum dan budaya ini.

Hormat-menghormati antara satu dengan yang lain, ikhlas dan jujur menjadi resepi lengkap untuk mengekal keharmonian negara.

MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !!


0 comments: