Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, September 7, 2012

JANJI BN & JANJI PR

JANJI BN & JANJI PR






Kepada seluruh rakyat Malaysia yang penuh azam dan cita-cita.  Tiba-tiba sedang belek-belek internet ternampak foto janji politik.  Kita dah lalui beberapa kali pilihanraya umum dan dah masak dengan janji-janji serta kempen-kempen politik tak kira lah parti mana sekali pun.

Asal nak menjelang pilihanraya, macam-macam hantu raya punya perangai keluar... Tak da rasa meluat ke?  Yang sini bantai dan fitnah yang situ, Yang situ bantai dan fitnah yang sini .. Dei porah ! Muttapa yilek !

Konon nak perjuangkan rakyat .. tapi balik2 ramai rakyat lapar.  Kaum kerabat depa jugak yang hidup melambung senang.  Kalau nak dicabar para pemimpin 'declare' aset dan wang tunai mereka gua rasa .... mampos gigil depa semua ni ... Jadi pemimpin parti ramai yang masih dalam kotak pemikiran untuk memberi kesenangan kepada kaum kerabat sendiri atau keluarga ... Dan apabila seseorang pemimpin itu dah mula dalam otak dan hati mereka ada akal-akal yang macam ni ... Tak kira lah parti mana sekali pun ... pemimpin itu tetap akan melakukan kerosakan secara senyap ... Ini bukan tuduhan, tetapi fakta ... Kita tahu berapa gaji mereka sebulan kan ... Tapi kekayaan mak datok ... laen macham .... Depa ni tak kiralah dari parti mana pun ... hampir sama saja pada sesetengah pemimpin tu ...

Tapi bila dah kecewa kerana kalah dan gagal pertahankan kerusi dan jawatan ... mula lah tubuhkan NGO lah .. lompat parti lain lah ... Dei macha ..... yenna dei !! . Lu pikir ... kami semua tak perhatikan perangai lu orang ka?

Soal Janji kepada rakyat tu ... kalau ikut HUKUM AKAL .. tak payah la nak berjanji-janji .... buat je lah apa yang patut dan yang wajib kerana menjadi PEMERINTAH dah memang itu tanggugjawab dan amanat yang MESTI dibuat.

Kepada rakyat Malaysia .... jangan lah mudah sangat tergoda dan terpesona dengan janji-janji politik ni semua sebab banyak pun janji yang dah buat tapi tak tertunai .... 


Jangan jadi macam beruk yang bila dapat pisang suka ... bila tak dapat nak tunjuk garang


Sebaliknya apa yang harus kita lakukan .. undi je lah parti yang kita rasa benar-benar telah menunaikan banyak janji dan kita yakin parti itu akan memberi kestabilan politik dan ekonomi.  Tapi kadang-kadang tu bila kita tak sukakan sesebuah parti itu bukan kerana parti ... Tapi kerana individu pemimpin yang rakyat dah meluat dan menyampah .. Asik ada je kontroversi dan salah laku perangai tak senonoh ..

Apa yang sedang berlaku sebenarnya adalah proses menuju KEMATANGAN tidak kiralah kepada rakyat mahupun pemimpin.  Kalau seseorang pemimpin itu telah jelas menjadi masalah kepada rakyat, maka tak perlulah teragak-agak untuk dia ditumbangkan.  Malaysia ni tak cukup manusia ke yang boleh jadi pemimpin?  Tak semesti yang lama tu bagus dan tak semesti yang baru tu tak elok.

Kera dengan kucing pun boleh kamcheng .. Takkan lu orang sesama manusia nak maki hamun manjang dan bermusuh tak habis-habis. 

Kepada Pemimpin .. Korang semua ni adalah PEMIKUL amanah dan tanggungjawab kepada kami semua.  Ingat! jangan bohong dan tipu kami ... Esok di akhirat korang jawab sendiri ... Korang kalau mencuri kami tak nampak tapi TUHAN?  

Apa yang sedang berlaku sekarang ni semua ada sebab dan hikmah ..  Cuma pesan aku kepada kawan-kawan, jagalah akhlak dan maruah bangsa kita.  Jangan sampai tergadai esok dan generasi akan datang yang susah akibat kebodohan kita.  Di sini aku tak mau cerita memihak kepada mana-mana parti, tapi sekadar kata-kata secara terbuka dan seimbang.

Majulah sukan untuk negara .... 


2 comments:

C++ said...

Bhai Zelmey...

Lu tau dak semua nak jadi pemimpin pasai boleh masyuk... tak kira la yang kaki tonggang ker... kaji mapiau ka... serban melilit ka... jubah labuh ka...

Semua pasai duit...

kalu yang kerana Allah tue... gua rasa ader la dalam 0.00001% jer kot.... macam haram kan... betul dak....

Samer gak ngan dewata raya.... semua pasai duit jer... hahahaha

zelmey said...

Kehadapan Dato Seri C++ .. sesungguhnya Dato amat memahami .. hehe