Kata-Kata Keramat Pemuda UMNO Bahagian Kapar
Ketetapan Pemuda UMNO Bahagian KAPAR dalam persidangan hari ini, 13.09.2012. Klang Executive Club.
1. Penyatuan pemimpin dan orang Melayu Islam dalam isu-isu kepentingan kaum Melayu, Agama dan Raja Melayu sentiasalah harus bersepakat dan dipertahankan.
2. Idea penyatuan dan perpaduan antara parti kaum Melayu terbesar iaitu UMNO dan PAS harus terus digerakan demi menyelamatkan Bangsa Melayu , Agama Islam , kuasa Raja dan menyelamatkan Negara daripada mereka yang berkepentingan peribadi
3. Semangat Patriotik dan cintakan Negara serta semangat kasih sayang antara kaum harus digerakan supaya tidak terhakis pembangunan, kemajuan ekonomi , semangat daya juang dan pembinaan Negara bangsa,
4. Undang-undang dan Tindakan yang lebih tegas harus digubal, dinilai dan diambil supaya dapat membendung gejala-gejala tidak bertamadun , dan diambil tindakan keras keatas mereka-mereka yang menanamkan semangat kebencian kepada pemimpin dan mereka memporak perandakan Negara.
5. Pemimpin harus lebih berani dan lebih tegas bersuara dalam menangani isu-isu bila melibatkan Negara, bangsa, agama serta Raja-raja Melayu dan seharusnya berani mengambil tindakan lebih keras, dan menegur walaupun pahit.
6. Semua Pemimpin –pemimpin harus mengambil iktibar agar tidak sekali kali menimbulkan kesombongan baru politik, rakyat tidak didahulukan, dasar diubah secara bukan-bukan, terlalu bertolak ansur dan menolak prinsip penerimaan yang akhirnya membawa bahana yang besar pada keseluruhan kaum Melayu.
Pengulungan persidangan Pemuda UMNO Kapar.
Melayu-Islam itu sendiri yang sukakan perpecahan. Melayu beragama Islam tetapi menolak persaudaraan Islam. Itukah dilema politik Melayu?
Perjuangan nasionalis Islam nampaknya berpandangan lebih jauh. Sejak
kemerdekaan negara 1957 dan pembentukan Malaysia 1963, kita telah
menyaksikan turun naiknya gelombang politik dan kehidupan rakyat dalam semuabidang. Kini, kita sedang memasuki Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10),2011-2015 melalui Gagasan 1Malaysia, Program Transformasi Kerajaan dan Model Baru Ekonomi yang diperkenalkan pucuk pimpinan nasionalis Islam.
Politik Melayu terletak di bahu UMNO dan Pas. UMNO sudah melebarkan
sayapnya ke Sabah. Kebijaksanaan kesepakatan kerajaan BN sudah terbukti.
Persekongkolan Pas, PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat (PR) belum berjaya
menunjukkan kehebatan, kecuali pecah belah, dikepalai orang yang menentang
Melayu dan menolak Islam, serta mengharu-birukan pentadbiran. Hala tuju
kepimpinan politik Malaysia sebenarnya pula tergantung kepada Melayu dan
bumiputera. Masyarakat Cina dan India telah memahami dan akur akan situasi
ini. Jika Melayu hilang kuasa, sebabnya bukan kerana orang lain, tetapi kerana
perbuatan sesama Melayu. Oleh yang demikian, Bangsa Melayu perlukan
transformasi budaya politik tersendiri.
Tuan Pengerusi dan siding perwakilan…..
Kuasa politik Melayu di Malaysia ternyata merupakan pertarungan antara UMNO
dengan Pas. PKR bukan sebuah parti Melayu tulen dan baru diasaskan. Melayu
patut mengkaji bagaimana pola politik bukan Melayu khususnya orang Cina dan
India. Kenapa mereka bersatu apabila berhadapan dengan isu-isu kepentingan
kaum mereka. Pola MCA, DAP, Gerakan dengan sokongan pertubuhan bukan
kerajaan (NGO) mereka sentiasa sepakat mempertahankan isu bahasa, budaya dan pendidikan sendiri.
Perbalahan sesama Melayu janganlah sampai merosakkan idealisme perjuangan, menjadikan 'yang dikejar tidak dapat, yang dikendung berciciran', apalagi sampai merobekkan tonggak-tonggak kenegaraan. Melayu pula suka bertelingkah hatta terhadap dasar-dasar nasional. Sepatutnya di mana ada kelemahan, di situ dibuat pembaikan bersama. Masalah umum rakyat dan kenegaraan jangan dipinggirkan.
Kita bimbang politik Melayu mudah berubah prinsip kerana meraih sokongan. Kita juga bimbang kalau ada mana-mana parti dan perjuangan politik Melayu menjadi semakin lemah. Jika Melayu benar-benar mahu mempertahankan Islam sebagai agama negara, kemajuan bangsa dan Malaysia menjadi tanah air terbaik buat rakyatnya, maka kekuatan kuasa politik Melayu adalah suatu kemestian.
Era 1980-an, era parti induk Melayu hampir terkubur. UMNO pengsan sebentar,
kerana perebutan kuasa dalaman, tetapi mujur dapat dipulihkan. UMNO pernah
kehilangan tokoh-tokoh besar dalam peristiwa parti pada tahun 1987 dan 1999.
Pada dekad itu, bukan sahaja UMNO yang berpecah, bahkan sampai sekarang,
hubungan UMNO dengan Pas terlalu 'masam'. Untuk menemukan pimpinan
Melayu dari kedua-dua parti itu sehingga bermuzakarah pun terlalu sukar.
Apakah politik Melayu boleh bertahan lebih lama kerana semakin banyak tandatanda menunjukkan Melayu dihinggapi penyakit. Dahulu politik Melayu sangat kuat kerana didukung oleh para guru, orang-orang desa dan mereka yang berjuang tanpa mengharapkan ganjaran mata benda. Kini dikaitkan pula dengan politik wang. Mungkin kerana generasi pimpinan sudah berubah, lebih ramai orang korporat terlibat secara langsung.
Perjuangan komersialisme telah mengatasi idealisme asal. Skandal politik wang
diakui oleh para pemimpin kita sendiri. Kalau nilai-nilai buruk sedemikian
tidak dilupuskan, krisis politik akan terjadi, keikhlasan akan hilang, timbul
penyakit-penyakit lain yang lebih kronik yang akan menjalar kepada kerja-kerja
pembangunan, kemajuan ekonomi, kelunturan daya juang dan kesan besar terhadap pembinaan negara bangsa.
Sewaktu kaum lain terus mengukuhkan kuasa ekonomi mereka dan tegar
mempertahankan kuasa politik, amat tidak 'comel', Melayu dan bumiputera
asyik bercakaran, sorak sorai macam 'Pak Kaduk'. Ketahanan orang lain sudah
lama ditegakkan melalui ekonomi, pendidikan, kebudayaan dan bahasa sendiri,
dan menguasai kehidupan kota dan gerakan terbaru pembangkang ialah untuk
menguasai setiap bandar di Malaysia.
Melayu yang tidak tetap pendirian dan 'tidak lekat dasar' tergamak bersekongkol
dengan mereka itu semata-mata kerana dendam dan kerakusan kuasa.
Tuan Pengerusi dan sidang perwakilan….
Saya ingin menyelar pembangkang yang dilihatnya telah 'mempamerkan
keupayaan' memporak perandakan negara dalam tempoh sehari sahaja dengan
merosakkan sambutan Hari Kemerdekaan menggunakan perhimpunan 'Janji
Bersih' di Dataran Merdeka dan sambutan di peringkat negeri Selangor.
"Bayangkan, selama 54 tahun kita telah menyambut hari kebangsaan dengan
bersatu hati di bawah satu bumbung, mengibarkan Jalur Gemilang sambil
menyanyikan lagu Negaraku dengan semangat patriotik, tetapi pada sambutan
kali (ke-55) ini, terdapat segelintir rakyat Malaysia enggan mengakui kewujudan
bendera yang kita hormati.
"Tidak cukup itu, mereka kelihatan begitu bangga mengibarkan pula bendera yangseakan-akan bendera dari Singapura dan Indonesia. Terasa patah hati melihat anak bangsa sendiri berkelakuan seperti tidak berakal kerana termakan tohmahan kumpulan berkepentingan yang mahu mengubah Jalur Gemilang.
"Perlu saya ingatkan golongan ini bahawa Jalur Gemilang adalah hak milik setiap
rakyat Malaysia. Ia bukan bendera parti politik yang perlu diubah mengikut cita
rasa pemerintah. Cubaan mengubah bendera rasmi sesuka hati adalah perbuatan yang saya anggap sebagai jijik dan hina,"Pembangkang telah menyemai benih kebencian terhadap Jalur Gemilang dan kelihatannya sungguh yakin bahawa agenda pembangkang adalah mahukan pembentukan Malaysia kepada sebuah negara republik. Lebih menyedihkan terdapat penglibatan golongan anak muda Melayu yang turut sama di dalam perhimpunan itu.
Saya harap rakyat dapat lihat ke manakah arah hala tuju pembangkang kini.
Dalam sekelip mata saja, pelbagai keinginan serta perubahan-perubahan 'aneh'
cuba dilakukan oleh mereka.Baru sahaja 4 tahun memerintah, mereka sudah
besar kepala seolah-olah telah memerintah negara selama 55 tahun. Kita tidak
dapat membayangkan apakah kita masih bersatu padu, seandainya diperintah oleh mereka yang hanya mempunyai kepentingan mereka sendiri.
Tuan pengerusi dan sidang perwakilan….
Ini bukan kali pertama cubaan pakatan pembangkang memprovokasi Jalur
Gemilang. Sebelum ini, bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin pernah bertindak di luar dugaan dengan menggelarkan Jalur Gemilang kepada 'Jalur Malang' tanpa sedikit pun perasaan bersalah. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M. Manoharan pula lebih drastik dengan berjanji akan mengubah bendera Malaysia kepada bendera baru jika pembangkang berjaya ke Putrajaya. Malah dia enggan mengakui Jalur Gemilang sebagai bendera rasmi dan berdegil untuk tidak mengibarkan bendera Malaysia di mana-mana beliau berada sehingga kini.
Kita turut membidas sikap peserta perhimpunan 'Janji Demokrasi' yang bertindak
luar batasan dengan memijak potret Perdana Menteri dan isterinya, Datin Seri
Rosmah Mansor. Tidak cukup dengan itu, ada peserta bertindak melampau dengan melondehkan seluar pada gambar tersebut dan ditatap beberapa orang Melayu dengan siulan kegembiraan oleh anak-anak muda.
Demikian juga apabila kerajaan PKR Selangor membelakangkan peranan Sultan
Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dengan tidak menjemput baginda ke
sambutan Hari Kemerdekaan peringkat negeri Selangor. Kerajaan negeri berkenaan dilihat hanya membiarkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim seorang untuk menjadi orang kenamaan (VIP) dengan memberikan ucapan selama lebih setengah jam. Apakah ini seminar ekonomi atau majlis ceramah politik PKR?
"Apa lagi perubahan yang ingin dibuat oleh mereka? Bagaimana boleh bertindak
sedemikian? Adakah ini gaya pembangkang apabila sampai ke Putrajaya kelak?
Kita minta rakyat terutamanya orang Melayu menilai sendiri betapa rakusnya
pembangkang yang cuba mengambil tampuk kuasa dari kerajaan.
Tuan Pengerusi dan sidang perwakilan…..
Kalau tidak kena jalannya, Melayu memang boleh hilang kuasa politik. Sesuatu
yang hilang bukan mudah untuk diganti. Senario politik kian kompleks. Kalau
kita hilang ketegasan, maka akan banyak hak-hak Melayu dan kenegaraan akan
terkorban. Sokongan ahli parti, semangat kekeluargaan berparti, amanah mesti
dipupuk kembali agar tidak mati, bukannya amalan rasuah. Sejarah menunjukkan kejatuhan Melayu terjadi disebabkan adanya orang-orang seperti Pateh Karma Wijaya, Raja Mandaliar dan Si Kitol. Melayu jatuh kerana ruang akal budinya dipenuhi dendam, hasad dengki, cemburu, dan perbalahan yang merugikan. Sampai bilakah Melayu harus berpecah belah….Ayuh..!!! Berubahlah Melayu demi anak bangsa, agama, dan Negara. Tekadkan hati, satukan pendapat, kuatkan semangat untuk terus kita bersatu di bawah satu bumbung yang teguh dinamakan MELAYU….
Allah hu Akbar ..Allah hu Akbar…Allah hu Akbar.. Hidup Melayu..!!!
0 comments:
Post a Comment