MERDEKA YANG MERDEKA ! MERDEKA YANG BINASA !
Apakah Maknanya Laungan MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA ! jika akal dan ekonomi masih dijajah oleh Bumi sendiri. Walau kini sambutan Merdeka dari tahun ke tahun yang baru semakin pudar dan tiada semangat kemerdekaan. Tanggal 31 Ogos 1957 atau 31 Ogos tiap-tiap tahun tetap hari mengingati MERDEKA.
Sebagai rakyat Malaysia yang hidup di bumi hasil tumpah darah Tok Nenek Moyang kita dahulu, apakah peranan kita kini? Adakah meneruskan keharmonian, meneruskan kemuafakatan sesama bangsa ataupun menjadi rakyat yang menyumbang kepada masalah dalam negara?
Adakah lebih setengah abad negara merdeka, kita kini menjadi orang yang berjaya, pintar, bijak, berilmu atau masih ibarat manusia yang hidup di zaman sebelum Merdeka?
Cuma kini kepala tidak dipenggal saja, tetapi otak dan jiwa yang dipenggal.
Sebagai manusia tak kiralah hidup di negara mana sekali pun, apa yang kita harus perjuang dan nikmati adalah kebebasan hidup, bersuara, mencari rezeki, beramal, menuntut ilmu dan bergembira. Anda bagaimana?
Bukan seperti foto di atas yang kita mahukan. Jadi, jagalah bersama keharmonian negara kita yang tercinta ini.
Selami maksud MERDEKA ! dan baca serta ambil tahu sejarah kemerdekaan dan jangan kita terlalu seronok dengan kehidupan hari ini sehingga kita lupa keturunan kita yang terawal ramai yang terkorban nyawa untuk memerdekakan KITA semua.
Kepada yang telah MERDEKA, jangan sesekali merompak hasil usaha rakyat kerana kesannya KETURUNAN KAMU akan hidup MEWAH tetapi hakikatnya banyak BALA yang menimpa. Takuti Tuhanmu dan Kasihani rakyat yang masih lagi ramai hidup dalam keadaan miskin dan merana.
Jika KAMU, KERAJAAN mahukan HATI dan JIWA rakyat kamu, maka jangan sesekali mencuri wang rakyat dari rasuah dan pelbagai cara lagi.
Jika KAMU, KERAJAAN mahukan KEMENANGAN, singkirkan dan buang pemimpin yang menjadi perosak kepada hati rakyat atau perosak kepada negara tercinta ini.
Di sini, AKU dan aku percaya RAKYAT MALAYSIA yang membaca ini juga setuju denganku seperti di bawah:
"Ya Allah, sekiranya PEMERINTAH kami melakukan KEMUNGKARAN dan MEROMPAK maka ENGKAU hapuskan mereka dan gantikan dengan yang BAHARU yang lebih IKHLAS, JUJUR & AMANAH terhadap kami. Dan sekiranya PEMERINTAH kami merompak tetapi tiada pengganti yang baik, maka ENGKAU berilah PETUNJUK kepada MEREKA bahawa KUASAMU TERAMAT BESAR dan Berikan PENGAJARAN KEPADA MEREKA DAN KELUARGA MEREKA sekiranya apa yang mereka lakukan telah menganiaya KELUARGA KAMI semua."
Aku tidak mahu dengar perkataan dan tak mahu tahu perkataan JANJI DITEPATI. Tetapi apa yang aku mahu PEMERINTAH semua tidak menjadi PEROMPAK & PENYAMUN dengan rasuah. Tetapi menjadi PEMERINTAH yang BERSIH yang sebersih-bersihnya.
TAKUTI TUHANMU, TAKUTI PENCIPTAMU, TAKUTI KUASANYA, TAKUTI BALASAN DARINYA. KERANA BALASANNYA AMAT AZAB BAGI KAMU YANG MELAKUKAN KEMUNGKARAN.
MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !
0 comments:
Post a Comment