Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, August 26, 2012

UMNO Ibarat Pinggan Antik

UMNO Ibarat Pinggan Antik

Pinggan Antik

Mangkuk Antik

Lama tak menulis blog gara-gara 3 laptop aku masih belum dipulangkan oleh Pihak Polis sewaktu aku ditangkap bagi membantu siasatan ke atas Uncleseekers. Kepada ASP Fairoz, tolonglah percepatkan siasatan forensik ke atas laptop gua tu beb .... sumpah kerja banyak tergantung. Terima kasih atas kerjasama yang terbaik.

Nah, petang tadi aku borak-borak dengan Kak Fairuz (kakak angkat) .. dia kata Abah (Syed Hussien Al-attas @ Pak Habib) kata "UMNO ni ibarat pinggan antik". Maksudnya pinggan tu dah berusia lebih setengah abad. Jadi makanan yang dimakan yang diletakkan dalam pinggan tu kenalah makanan yang berzat dan bersih lagi halal. Kalau yang dok masuk dalam pinggan tu makanan atau benda yang dah tak berzat, buat-buat la tukar kepada makanan atau barang lain.

Kot kalau tak faham maksud tersirat tu ... ibarat pemimpin yang dah lama tu tak payah la nak merosakkan lagi parti. Tukar saja dengan yang lebih berzat dan berkrim ....

Petang tadi banyak juga cerita-cerita bersama abah. Abah juga kata, kenapa UMNO (United Malays National Organization) ibarat parti orang putih kerana pakai bahasa omputeh tapi untuk orang Melayu. Bila pikir dalam-dalam, agaknya apa punca UMNO ditubuhkan dan cadangan siapa? Dan kenapa namanya singkatan dari Bahasa Inggeris? Kalau parti untuk orang Melayu guna sajalah bahasa Melayu.

Pak Habib juga kata, apabila 1Malaysia pada 16 September (kebetulan tarikh lahir aku) dilancarkan ia mengingatkan sejarah negeri-negeri Sarawak, Sabah dan Singapura yang mengekalkan namanya, tetapi nama Tanah Melayu ditukar kepada Malaysia pada hari penubuhan nama negara Malaysia. Atau Malay Si A .... apa maksud tersirat ... dan kenapa sekarang bangsa Melayu sangat kritikal dan goyang akibat bangsa sendiri. Hidup di bumi sendiri tapi bagai tersepit.

Kadang-kadang aku naik letih tengok bangsa aku sendiri asik bercakaran, maki, fitnah, hamun, cari, cerca sesama sendiri. Dah macam orang bodoh .... Ibarat membunuh keluarga sendiri.

Cuba anda semua bayangkan kalau UMNO sanggup mengorbankan pemimpin-peminpin antik dan digantikan dengan pemimpin dari parti Pas jika kedua-dua parti ini sudi bergabung. Bangsa Melayu akan menjadi bangsa yang sangat kuat tidak kira dari segi perpaduan, politik mahupun ekonomi.

Tidak salah membahagikan kekayaan kepada bangsa Cina, India dan lain-lain kerana mereka juga adalah RAKYAT MALAYSIA. Keseimbangan politik dan perpaduan sesama bangsa amatlah dituntut di dalam ajaran ISLAM. Kerana itulah Allah menjadikan manusia dari pelbagai kaum agar dapat kita mengenali antara satu dengan lain. Bukan untuk bermusuhan.

Kuasa dunia selepas Amerika Syarikat nampak jelas menuju kepada Negara Cina dan India. Apa yang uniknya di sini, negara kita memiliki jumlah kedua-dua bangsa tersebut dengan satu jumlah yang besar selepas bangsa Melayu.

Parti pembangkang harus ada, jika tidak pemimpin UMNO akan terus kurang ajar dan sombong macam yang lepas-lepas. Kini pemimpin UMNO bekerja keras untuk mengembalikan kepercayaan rakyat dengan pelabagai usaha dan berbilion ringgit dilaburkan. Persoalannya adakah rakyat menerima dengan menyayangi kerajaan atau sekadar balun tapi tetap mahu jatuhkan kerajaan. Pihak kerajaan pula jangan ada rasa tak puas hati jika si penerima habuan tidak beri sokongan atau undi kepada BN. Kerana kebajikan rakyat itu adalah tanggung-jawab pemerintah atau kerajaan. Soal selebihnya biarlah Tuhan yang menentukan. Jangan sesekali buat kerja Tuhan kerana kita bukan Tuhan. Tapi kalau tak faham jugak, jadilah Tuhan kepada diri sendiri.

Tak perlu dan tak payah nak maki hamun orang-orang PAS yang bergabung dengan DAP dan tak payah juga nak mengutuk UMNO dengan MCA atau MIC. Kan dah memang negara kita ni berbilang kaum dan bermasyarakat majmuk. Kalau tak faham juga, elok jadi beruk.



Aku tak berminat langsung nak sentuh pasal PKR kerana pemimpin-peminpin dalam parti ni boleh diibarat "PENYAMUN KECEWA" dan buat platform baru untuk menyamun.

Fikir-fikirkan lah .... buat lah apa yang terbaik untuk negara anda sendiri dan generasi akan datang.

Akhir kata, Majulah Sukan untuk Negara.

Psst ... Apa aku nak tulis, adalah suka hati aku lah atau lebih tepat lagi, suka hati mak bapak aku la ...

4 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum...

We,Malaysian will be celebrating our 55th National Year but things seem to be so different from the previous celebration...but

BUT... how come there is a "but" now? why must more.UMNO...just is just like an antic plate. a platter to serve but the food is not delicious at all.. How can we the new generation lost the interest in the food served though the plate is so mesmerizing..? Why the younger generation now is not keen to cook or choose the excellence of all the raw general resources ingredient to cook such a delicious recipe to put on the most precious plate..?? loosing the magic touch...or is there an intention of hanging the piece of antic in a frame...? where has gone all the "love,compassion,self of belonging,empathy and sympathy... can it be compromise with money, wealth and fame...?

zelmey said...

Salamun alaikum ..... Maka harus kembalikan keikhlasan dalam perjuangan RAKYAT dan NEGARA, bukannya keturunan sendiri.

ESAmor said...

bang!!! adoi

zelmey said...

apo yg adoinya tu ..