Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, August 29, 2012

Bekas Perdana Menteri, Perdana Menteri & Bakal Perdana Menteri

Bekas Perdana Menteri, Perdana Menteri & Bakal Perdana Menteri

Mantan Perdana Menteri Malaysia yang telah melahirkan beberapa Billionaire dan telah melahirkan ramai Millionaire. Pengaruh beliau sesuatu yang tak boleh sama sekali dinafikan oleh rakyat dunia. Sudah pasti Tun dianggap sebagai 'God Father' kepada ramai Taikun yang menjadi punca kerancakan ekonomi negara. Saya percaya Tun seorang yang masih berbisa didalam pengaruh politik mahupun ekonomi. Cuma mungkin diam-diam ubi saja. Masakan anak melupakan bapak. Itulah ibarat Taikun yang telah dilahirkan beliau. Sudah pasti ada satu rancangan besar sedang dilakukan untuk merencana dan memulihkan kestabilan ekonomi dan politik negara.

Tidak banyak yang dilaksanakan oleh PM dari sudut pembangunan ekonomi secara total melainkan menabur bakti sumbangan kepada rakyat seperti BRIM dan lain-lain. Fokus PM kini jelas lebih kepada memancing hati rakyat untuk kembali memberi sokongan kepada BN. Ibarat kata, beliau akan lakukan apa sahaja bagi mempertahankan kedudukannya didalam Kerajaan sebagai 'The Number 1'. Usaha berlipat kali ganda bagi mengembalikan semula kepercayaan rakyat bukan satu perkara mudah, apatah lagi setelah seorang lagi mantan PM iaitu Pak Lah dianggap telah membuat banyak kerosakan hati rakyat apabila beberapa kali menaikkan harga petrol yang menjadi punca kenaikkan harga barang dan kenaikkan darah rakyat. Ibarat mencuci mangkuk kotor yang digunakan oleh orang lain. Segala bentuk jentera dikerah di seluruh negara bagi melaksana dan menyampaikan mesej dan misinya. Tapi harus kita ingat, Najib merupakan PM yang agak panas dengan pelbagai kontroversi yang semua orang pun tahu tidak kira dari dalam mahupun luar negara. Mampukah beliau mempertahankan kedudukannya?


TPM, yang membantu dari belakang dan tepi untuk memastikan kemenangan BN sudah pasti turut bekerja keras siang dan malam dengan pelabagai acara dan program untuk rakyat. Insan yang bernama Muhyiddin Yassin anak kelahiran Johor ini amat terkenal dari dulu dengan sikap brutal apabila sampai waktunya, sepertimana beliau menjolok Pak Lah untuk berundur bagi memberi laluan kepada Najib. Namun, adakah ianya benar-benar untuk Najib atau untuk Muhyiddin sendiri selepas ini apabila sampai gilirannya untuk menjolok Najib pula.

Muhyiddin merupakan seorang yang berani menjolok sarang tebuan dan cara jolokkannya penuh perancangan yang cukup teliti dan stratergik yang sering memihak kepada beliau. So, you watch out Najib !

Dengan permasalahan yang telah diteliti oleh beliau dari segala sudut mahupun kehendak rakyat saya percaya beliau mempunyai satu rancangan teliti yang akan menggembirakan semua tidak kira sama ada bangsa Melayu, Cina mahupun India.

Akan tetapi, segala penulisan saya di atas sekadar congak dan bacaan peribadi saya sahaja. Sekiranya betul, maka betullah, jika salah maka salah lah. Bagi saya setiap orang berhak untuk membuat andaiannya. Kerana buah fikiran dan pandangan rakyat adalah hak rakyat.

Jangan pulak nanti ia dijadikan kontroversi dan saya ditanya oleh pelbagai pihak pulak. Tapi kalau nak tanya pun itu hak masing-masing.

Semoga rakyat yang mengganggap mereka semakin bijak benar-benar menjadi bijak dan berilmu. Tuntutlah ilmu hidup dan ekonomi bagi memastikan kita benar-benar merdeka bukan sekadar terpekik melaungkan suara Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !

Selamat Hari Merdeka !


0 comments: