Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, July 6, 2012

Uncleseekers Berkata ..

Uncleseekers Berkata ..


Uncleseekers seorang yang 'Straight to the POINT !'. Bila bercakap dia bercakap BENAR dan bila berurusan dia telus.

Teringat aku beberapa perkara yang dia pesan dan pesanan ini berkali-kali dia ucapkan dan bertahun-tahun dia berpesan:

"Kita tidak perlu takut jika kita betul kerana yang Maha Kuasa bersama kita"

"Jangan takut dengan orang yang melakukan perkara yang tidak benar kerana segalanya datang dari Allah dan Allah jualah punca rezeki".

"Apa-apa yang kita hajat dan perlukan, mintalah pertolongan dari Allah kerana Dia jugalah Pencipta dan Pemberi dan juga yang Mengambil"

"Untuk melakukan perkara yang BENAR ia biasanya PAHIT"

Abah juga berpesan kepada aku dengan banyak perkara-perkara termasuklah "Manusia itu bukan Tuhan, tetapi Allah. Kalau manusia itu bertindak melewati Allah, manusia itu disuatu harinya pasti akan dibalas oleh Allah dengan balasan yang keji".

Apa pun yang telah terjadi semoga Pihak Berkuasa atau Kerajaan melaksanakan tugas dengan Jujur dan Amanah sejajar dengan slogan PDRM "Bersih, Cekap dan Amanah"

Majulah Sukan Untuk Negara ..



Reactions:

1 comments:

Didie said...

Pesanan yg sngt berguna..
terima kasih untuk berkongsi..