Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, July 31, 2012

PRU & BLOGGER

PRU & BLOGGER


Sudah pasti Pilihanraya UMUM ke 13 ini akan menjadi medan tempur yang paling sengit dalam sejarah pilihanraya Malaysia. Fenomena hebat yang sering menghantui setiap parti sering berlaku antara yang terbaru di Sabah di mana Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengumumkan perletakan jawatan Datuk Seri Lajim Akim di dalam jawatan UMNO dan Barisan Nasional.

Siapa lagi selepas ini, BN ke PR dan PR ke BN? Ini senario biasa di dalam politik di mana-mana negara sekali pun. Semakin hampir pilihanraya, semakin banyak isu dan propaganda terjadi sebagai strategik dan perang psikologi untuk memenangi pilihanraya atau lebih tepat lagi "mengelirukan pengundi".

Bakal calon tidak kurang hebat berperang sesama sendiri dengan pelbagai cara untuk mendapat tempat dan tercalon sebagai calon ADUN atau PARLIMEN. Ini merupakan Perang sebelum Perang. Apa yang pasti terjadi sebelum berperang dengan musuh masing-masing, mereka telah mencipta musuh di kalangan keluarga sendiri ataupun di kalangan tentera perang sendiri. Dan berlakulah permusuhan di dalam rumah sendiri. Permusuhan ini hendaklah dijadikan sebagai perang sihat yang tidak merugikan parti masing-masing.




Apa yang penting kita tidak mahu negara kita jadi seperti foto-foto di atas.

Kini BLOG sudah menjadi salah satu medium atau tentera atau jentera yang sangat penting bagi setiap parti politik. Peranan blogger tidak boleh dinafikan oleh para pemimpin kerana si blogger mampu menghentak, menaikkan dan menjatuhkan kredibility mahupun maruah seseorang pemimpin itu.

Kita lihat betapa besarnya KESAN kepada pemimpin mahupun parti apabila dicincang atau dicanang oleh sang blogger. Sebagai contoh sila klik link di bawah:



Dan banyak lagi ....

Apa yang penting, pembaca juga harus bijak menilai dan berfikir apabila membaca dan penulis blog juga harus jujur dan ikhlas dalam penulisan. Kepada para peminpin, anda WAJIB menghargai puak-puak BLOGGER kerana sumbangan kepada anda semua tersangat BESAR.

Jika anda semua tidak tahu menilai golongan blogger ini semua, ANDA boleh diklasifikasikan sebagai HARAM JADAH! ... Kepada geng blogger, salah tak gua guna perkataan HJ tu? hehe

Selamat Memblogging dan Selamat Hari Raya serta Selamat Pilihanraya ...

Rakyat Pintar, Negara Aman dan Maju.

Pemimpin Paidai, Rakyat Bodoh masih banyak sekolah untuk diberi ilmu. Tetapi kalau Pemimpin Bodoh, Negara Hancur.

Sekian ...












0 comments: