Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, May 3, 2013

Pilihanraya Bukanlah Peperangan Dalam Negara.

Pilihanraya Bukanlah Peperangan Dalam Negara.

Ia ibarat satu sukan atau pertandingan yang besar.  

Akan tetapi ia bukannya sebuah peperangan.

Sendiri pakai akal lah! ... Kempen PRU 13 ini nampaknya macam perang zaman komunis.  Malah ia nampak lebih dasyat lagi.  Cuma yang membezakan kini bukannya pertumpahan darah.  Tetapi perang psycho yang melibatkan tuduhan, fitnah, tohmahan, propaganda sesama sendiri.  Bumi Malaysia seaakan dilanda perang saudara.  Memang hebat bahang pilihanraya kali ini.  Tak dapat digambarkan dengan hanya sebutan di bibir.  Ia begitu dasyat sekali.  

Kemakmuran dan keamanan yang dikecapi dan diperjuang oleh moyang kita selama ini akhirnya dihancurkan oleh generasi baru yang meroyan kuasa dan berniat tidak baik dalam kebaikan yang dikaburinya.

Pelbagai sms berantai palsu yang mengatakan SPR terlibat dengan BN dalam melenyapkan nama pengundi yang mana apabila mereka dikenal pasti merupakan penyokong PR.  Sampai begitu sekali buruk dan hinanya kemanusiaan di Malaysia hari ini.  Di manakah perginya akhlak murni dan di manakah perginya keprofesionalisma para pejuang politik.  

Demokrasi telah tiada kini, ketakutan memuncak di fikiran rakyat.  Siapakah yang bertanggung-jawab hal ini semua?  Siapakah yang harus dibunuh karier politiknya?  

Anak muda buang sejarah.  Anak muda bernafsu lupa asal usul mereka.  Mereka tidak kira, mereka akan buat apa sahaja asal dapat memuaskan nafsu serakah sendiri.  Pemimpin dijulang bagai Tuhan, pemimpin diangkat bagai dialah pencipta bumi ini.

Percayalah ..... 2013 ini merupakan tahun yang akan membuatkan kamu, wahai rakyat Malaysia merasa menyesal yang tidak berkesudahan kelak.  Tidakkah ada rasa berdosa dan bersalah di atas perbuatan?

Damai dan nyaman yang dicari, tetapi permainan merosak minda dan jiwa yang penuh dengan kepalsuan menular berakar di saraf tubuhmu.

Semoga Tuhan terus merestui dan memberi kedamaian di atas bumi yang penuh dengan nikmat dan tuah ini.

Selamat Mengundi!





0 comments: