Jalan Lurus, jalan belok-belok
Kadang-kadang bila aku dok pikir dalam-dalam, kesian pulak aku tengok kerajaan dan pihak berkuasa mahupun pihak keselamatan. Apa saja yang depa buat semua jadi tak betul. Contoh di bawah:
1. Pencerobohan Lahad Datu - Pihak Keselamatan dihina dan dikecam.
2. Pilihanraya - SPR ditomah dan dipropaganda dengan pelbagai cara.
3. Himpunan - Tatacara mohon permit tahu, tapi buat tak tau. Jadilah Perhimpunan Haram.
4. Bantahan PRU13 - Saluran betul ada, tapi guna cara terbalik, kononnya undang-undang tak bole pakai.
5. Isu moral - Pihak tu tak pernah pulak nak buat Sumpah. Tapi asik dok ngelak saja.
6. Kerajaan - Bagi dikata pakai duit rakyat ikut suka hati mak bapak. Tak bagi dikata tak jaga rakyat.
7. Saman - Acah-acah je nak saman RM100 juta, lepas tu haram, senyap je. Bunyi pun tarak.
8. Onar - Puak depa yang buat, dikatakan puak pro BN atau Kerajaan yang buat.
9. Menang - Kerusi yang PR menang tak pula kata tidak ketelusan kiraan undi berlaku.
Hujung-hujung, apa saja yang dispin dan dionarkan tak dapat bukti betul. Akhirnya terbukti ia sekadar propaganda dan fitnah. Nanti yang kena sumbat dalam lokap korang jugak. Tak rasa sia-sia ka? Hangpa punya bos-bos besaq dok diam sempoi cuci tangan. Korang jugak jadi mangsa.
Bila kita dok pikir, pasai apa tak mau guna chanel betoi? Setiap perkara mesti nak guna cara agresif luar batasan. Motif apa? Nak dapat publisiti luar negara? Supaya seluruh dunia dok keji negara hangpa sendiri?
Kita tau, kerajaan pun ada juga kesilapannya. Bukan ka dah banyak yang diperbetol? Sudah-sudah la geng. Tak rasa malu dan bersalah ka buat cara lagu tu?
Hangpa jangan marah,,, aku sekadar beri pandangan. Apa pun hangpa nak buat apa, tu hak hangpa la ...
Kalau hangpa kesian kat Anwar Ibrahim, aku pun kesian juga kat pemimpin Melayu UMNO yang tak habis-habis dicerca.
Peace yo!
Jalan lurus, jalan belok belok ....
0 comments:
Post a Comment