Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, May 7, 2013

Kekalkan Keharmonian, Buang Sifat Kebencian

Kekalkan Keharmonian, Buang Sifat Kebencian


Malaysia telah mengamalkan sistem perkongsian sesama kaum.  Ini telah dipraktikkan selama berpuluh-puluh tahun.  Tapi malang sekali pada hari ini isu perkauman ini semakin hangat dibangkitkan.  Untuk apa?  

Adakah ini akan menguntungkan semua pihak atau sebaliknya?  Kita semua sudah jelas, menghormati sensitiviti antara satu kaum dengan yang lain adalah sebuah budaya kita.  Jika ini pun kita sudah lupa, bagaimana nak hidup aman dan damai.

Ini boleh menimbulkan rasa tidak selamat di dalam negara sendiri.  Kepada seluruh rakyat Malaysia, jangan terbawa-bawa emosi kemarahan.  Kerana apabila kita sedang marah, kita tidak boleh berfikir secara rasional.  Ini merugikan kita semua.  

Oleh itu, bertenanglah dan bersabar.  Setiap kekalutan pasti ada jalan penyelesaian.  Propaganda dan fitnah itu bahaya.  Kesannya amat buruk sekali jika kita tidak tangani dan hentikan.

Marilah kita selesaikan sengketa dan aman kembali demi masa depan negara dan anak cucu kita.



0 comments: