Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, May 11, 2013

Barack Obama Tunaikan Permintaan Rakyat Malaysia

Barack Obama Tunaikan Permintaan Rakyat Malaysia



Beriya-iya sangat minta tolong dengan Obama di facebooknya.  Nah! amek kau ....


WASHINGTON 10 Mei - Presiden Barack Obama mengucapkan tahniah atas kejayaan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak memimpin Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Umum ke-13, baru-baru ini.
Jurucakap White House, Jay Carney yang mewakili Obama berkata, jumlah tinggi rakyat Malaysia yang keluar mengundi pada pilihan raya itu disifatkan sebagai satu asas demokrasi.
Bagaimanapun, beliau meminta Malaysia menangani 'kebimbangan' yang timbul selepas parti pembangkang mendakwa berlakunya penyelewengan.
''Kami merujuk kepada perkara berkaitan berlakunya kebimbangan ketika proses pilihan raya dan mempercayai penting untuk pihak berkuasa Malaysia menangani kebimbangan tersebut.
''Kami akan menunggu hasil siasatan tersebut,'' katanya.
Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) pada awal minggu ini mengucapkan tahniah kepada BN atas kemenangan parti itu tetapi melahirkan kebimbangan berhubung dakwaan penyelewengan dalam pengundian.
Jabatan itu meminta semua pihak 'menghormati kehendak pengundi'. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130511/lu_06/Obama-ucap-tahniah-kepada-Najib#ixzz2SvRA6oQ6
© Utusan Melayu (M) Bhd 
Reactions:

0 comments: