Malaysia Akan Terus Aman dan Makmur
Negara yang sudah merdeka lebih setengah abad ini telah terbukti bijak menangani pelbagai konflik dalaman. Pihak berkuasa dan keselamatan negara ktia diiktiraf antara yang terbaik di dunia. Kepercayaan mesti diberi sepenuhnya kepada negara untuk menangani krisis politik semasa. Cuma sekarang ini agak tegang dari bahana pilihanraya yang ke 13 lalu.
Apa yang berlaku hanyalah dari beberapa pihak yang mengambil langkah agresif dengan provokasi yang agak keterlaluan sehingga boleh mencetus rasa bimbang dan tidak selamat. Padahal negara masih lagi dalam keadaan aman dan terkawal.
Sebagai orang yang bijak kita harus menenangkan hati dan perasaan tanpa berbaur perkauman. Ini akan hanya menjadikan kita rakyat yang derhaka kepada rukun negara.
Oleh yang demikian, marilah kita tarik nafas panjang dan buka minda dengan niat ikhlas untuk terus memiliki negara yang sejahtera. Tuhan tidak suka jika kita marah berlebih-lebih kerana kita tahu itu semua bisikan dan nafsu imarah syaitan.
Tidak perlulah kita meniup api yang di dalam sekam. Nanti membakar diri. Sayangilah anak-anak generasi kita yang menjadikan kita sebagai ikon mereka. Mereka masih mentah untuk kita tanamkan sifat benci membenci antara satu sama lain.
Ayuh kawan-kawan, demi negara tercinta ini, bersatu kembali tanpa kira apa agama dan bangsa kita. Agar perjalanan harian kita terus lancar dan damai. Teruskan memberi senyuman kepada orang-orang di kiri dan di kanan kita.
Semoga Tuhan bersama kita dalam mencapai cita-cita ini.
0 comments:
Post a Comment